Rumah paling mahal di Britain, Park Place, telah dijual kepada pembeli Rusia dengan harga rekod £ 140m ( RM 684,062,277 juta )
Pembeli, yang tidak dikenal pasti, berjaya membida rumah berusia 300 tahun yang terletak di kampung Remenham, berhampiran Henley-on-Thames, Oxon.
Penjualan rekod itu juga termasuk kira-kira 200 ekar taman-taman, monumen tugu , rumah, kotej, kandang kuda dan sebuah rumah bot.
Pakar-pakar berkata jualan itu menunjukkan bahawa pasaran hartanah di UK masih cergas meskipun krisis ekonomi global.
Rumah yang dibina pada awal abad ke-18 itu pernah dimiliki oleh Frederick, Prince of Wales dan anak sulungnya George II, sebelum beberapa strukutrnya diubahsuai dan dibina semula pada tahun 1800-an.
Namun, Ruang biliknya masih mengekalkan ciri asal batuan besar dan tingkap kaca berwarna, meskipun suatu ketika dahulu rumah itu pernah dihantui cerita seram Mary Blandy, yang dituduh meracuni bapanya pada tahun 1752 di rumah itu.
0 comments:
Post a Comment