[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Monday, May 30, 2011

Ducload Premium Account

Saturday, May 21, 2011

Mari Kita Lihat Berapa Gaji Orang Yang Naikkan Harga Minyak

Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati





3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.
sumber maklumat disini



sumber

Thursday, May 12, 2011

Realiti Perbandingan Harga Petrol di Malaysia Dengan Negara Lain




Jika dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Berikut adalah perbandingannya..

Perbandingan harga Petrol di Asia Tenggara:
  • Singapura: RM 5.14 seliter untuk RON 95
  • Thailand: RM 3.91 seliter untuk RON 95
  • Filipina: RM 3.90 seliter untuk RON 95
  • Indonesia: RM 3.18 seliter untuk RON 95
  • Vietnam: RM 3.14 seliter untuk RON 95
  • Malaysia: RM 1.90 seliter untuk RON 95 dan RM 2.90 seliter untuk RON 97
  • Brunei: RM 1.28 seliter untuk RON 97

Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000(kira-kira RM 6000) sebulan masih perlu membayar S$2.12(kira-kira RM 5.14) untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan pula perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.


Perbandingan Diantara Malaysia dan Brunei 

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.


Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.

Malaysia hanya berada pada tangga ke-60 senarai ini. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut.

Pembahagian ini penting untuk perbandingan yang lebih tepat kerana sebagai contohnya walaupun pendapatan Malaysia lebih besar daripada Brunei, jumlah penduduk Malaysia juga ialah 68 kali ganda lebih besar. Maka KDNK (PKB) adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi bagi membandingkan kebajikan per kapita dan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara.



Realiti Malaysia Sebagai Negara Pengeluar Minyak 

Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang utama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008 walaupun ia adalah negara pengeluar minyak yang lebih besar dari Malaysia.

Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.



Negara-Negara Arab Mempunyai Harga Petrol Termurah di Dunia 

Negara yang memiliki harga termurah (RM0.82 untuk RON 97) antara sepuluh negara tersebut ialah Qatar, yang juga merupakan anggota OPEC. Ia diikuti oleh Oman (RM0.93 untuk RON 95). Kedua-dua negara tersebut memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia.

Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir (RM1.38 untuk RON 95), namun dalam mata wang Mesir harganya ialah EGP2.75. Bayangkan sekiranya rakyat Malaysia perlu membayar RM2.75 untuk petrol gred terendah di pasaran, mungkin rusuhan sebesar di Mesir pula berlaku di sini.



Subsidi Minyak di Malaysia Antara Yang Tertinggi

Berdasarkan data Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah subsidi minyak Malaysia sudah pun yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4 peratus daripada KDNK. Brunei, negara yang memiliki harga petrol terendah di Asia Tenggara pun sekadar membelanjakan 2.2 peratus sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) jauh lebih kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).


Realiti Subsidi Minyak 

Pada November 2010, sidang kemuncak negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.


Situasi ini sudah pasti akan menggalakkan pembaziran minyak, seterusnya meningkatkan permintaan untuk bekalan yang lebih. Bayangkan apabila berjuta-juta pengguna kereta di negara terbesar di dunia menuntut bekalan minyak yang lebih, tidakkah ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia? Apabila China menaikkan harga petrol sebanyak 20 peratus pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun AS$5 setong.

Tekanan daripada G20 telah menyebabkan China mula mengambil langkah untuk mengurangkan subsidi. Harga produk-produk minyak telah diindekskan kepada harga-harga wajar minyak mentah antarabangsa pada 2008. Harga gas asli telah dinaikkan sebanyak 25 peratus pada Mei 2010, manakala tariff kuasa untuk industri intensif buruh telah dihapuskan.


Berpijak di Bumi Nyata 

Ketika kuasa ekonomi dan politik gergasi seperti China pun terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir di antara kita dalam negara ini yang kononnya lebih bijak apabila menabur janji untuk mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta-merta". Apa yang lebih pelik, walaupun janji mereka ini langsung tidak berpijak di bumi nyata, berduyun-duyun orang mempercayai janji ini, termasuklah golongan terpelajar.


sumber: berita harian, utusan, OPEC, mstar, 

Entry Khas UNtuk Peminat James Bond

Koleksi Filem James Bond AVI Format)

James Bond 007 ialah seorang agen perisik British. Watak James Bond ialah seorang polis dan perisik rahsia yang cukup cekap menyiasat dan membongkar kegiatan jenayah yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.
Watak ini dicipta pada 1952 oleh penulis Ian Fleming dalam 12 buah novel, 2 antologi dan filem bersiri. Ian Fleming meninggal dunia pada 1964 tetapi siri novelnya dilanjutkan oleh penulis Kingsley Amis, John Pearson, John Gardner, dan Raymond Benson. Ini diikuti oleh Charlie Higson yang menulis 'Young James bond'. Pada Julai 2007, Sebastian Faulks telah ditugaskan untuk menulis novel James Bond untuk cetakan 2008. Manakala Christopher Wood menjadi penulis skrip untuk filem.
Menurut majalah National Enquirer, Ian Fleming mematen watak James Bond berdasarkan watak Dusko Pupov, seorang agen perisik bangsa Serbia yang menggunakan singkatan 'Trycycle'.

Download Link :


Tomorrow Never Dies

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6
Part 7 | Part 8 | Part 9 | Part 10 | Part 11


Join sume video menggunakan Hjsplit Pro



Moonraker

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Part 5 | Part 6 | Part 7

Join sume video menggunakan Winrar Pro





You Only Live Twice

Part 1 | Part 2 | Part 3
Part 4 | Part 5 | Part 6

Join sume video menggunakan Winrar Pro




On Her Majesty Secret Service

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Part 5 | Part 6 | Part 7

Join sume video menggunakan Winrar Pro




Golden Eye
CD 1
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8

CD 2
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Part 5 | Part 6 | Part 7

Join sume video menggunakan Hjsplit Pro



Diamond Are Forever

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Part 5 | Part 6 | Part 7

Join sume video menggunakan Winrar Pro

Wednesday, May 11, 2011

Arsenal vs stoke

Arsenal vs stoke

Manchester United 2 - 1 Chelsea 8/5/11

Manchester United 2 - 1 Chelsea


Fulham 2 – 5 Liverpool 9/5/11

Fulham 2 – 5 Liverpool 9/5/11


Tuesday, May 10, 2011

Cara Transfer Paypal Ke Bank Malaysia

Cara Transfer Paypal Ke Bank Malaysia


Ikot step2 dibawah k. . .
Step 1 – Login to your PayPal Account, Go to Profile > Add / Edit Bank Account
paypal-malaysianbank-step0
Step 2 – Kalau korang tak tau nak letak pe kat name bank atau MEPS routing code tu korang leh rujuk list bank name dan MEPS code kat bawah skali page ni ok. .

paypal-malaysianbank-step1                                                                                    Step 3 – Confirm the details and you are done!
paypal-malaysianbank-step2
paypal-malaysianbank-step3
Step 4 – You will receive an email notification on PayPal too upon successful update.
paypal-malaysianbank-step4
Malaysia Bank Routing Code (also known as SWIFT Code)
==========================================
Here are the bank numbers for some of the major banks in Malaysia.
Bank Name – MEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHAD – PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD – MFBBMYKL
AMBANK BERHAD -  ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD -  BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD - BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD - BMMBMYKL
BANK OF AMERICA -  BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD - CIBBMYKL
CITIBANK BERHAD - CITIMYKL
DEUSTCHE BANK -  DEUTMYKL
EON BANK BERHAD - EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD -  HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD - HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD - MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD - OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD -  PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD -  RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD - SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) - ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK -  UOVBMYKL


Cara Buat Akaun PayPal

Cara Buat Akaun PayPal

Entri kali ni aku nak terangkan cara nak buka akaun Pay Pal... Akaun ni penting kalau kita nak buat duit online ni... Ikut step by step bawah ni k. . 

1) Firstly, korang bukak laman web www.paypal.com
2) Korang tekan butang Sign Up kat atas sebelah kanan tu...



3) Pastu, korang diberi pilihan untuk pilih jenis akaun... Aku pilih personal je... Pastu, korang tekan butang GET STARTED...




4) Dah tekan? Lepas je korang tekan, isila maklumat diri korang ni ok... Haaa...



5) Selesai je isi maklumat... Korang di minta untuk isi maklumat kad kredit... Kepada yang ada kad kredit tu isila... Tapi, kepada yang takde macam aku ni just tekan ja Go To My Account... Sebab aku nak ajar korang cara nak link kan bank korang punya akaun dengan pay pal punya akaun tanpa pakai kad kredit... Tapi pada tutorial yang seterusnya la ek... Huhuhu..



"DAH SIAP AKAUN PAYPAL KORANG"

Mudah ja kan? Macam mana korang nak transfer duit dari akaun paypal ke akaun bank malaysia korang?

Klik SINI!







jom la cube !!!

About iPanelOnline

About iPanelOnline



Nama Syarikat: iPanel(iPanel Online Market Research Co.,Ltd.)
Kami adalah sebuah platform pembeli yang profesional,iPanel Online Market Research Co., Ltd. Melalui platform kami, anda boleh mengongsikan komen dan cadangan anda terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Pandangan anda akan membantu kami meningkatkan kualiti sesuatu produk dan perkhidmatan. Penyertaan anda akan mempengaruhi sesuatu produk dan perkhidmatan seharian kita dengan secara langsung dan akan dapat memperbaiki kualiti kehidupan kita. Anda boleh mengongsikan pandangan anda melalui penyertaan dalam kaji selidik. Jika anda menyertai kaji selidik yang disediakan, anda akan mendapat mata ganjaran selepas melengkapkan soalan kaji selidik. Apabila anda mendapat mata ganjaran yang cukup, anda boleh menebus wang tunai atau hadiah dengan mata yang dikumpul. Sekiranya anda menjadi ahli kami, anda tidak perlu risau tentang keselamatan maklumat keperibadian anda. Sebagai seorang ahli ESOMAR, kami akan menjaga maklumat keperibadian ahli kami. Maklumat anda akan dilindungi oleh sistem kami dan tidak akan diketahui oleh pihak ketiga.

Mengenai Kami:
Ipanel telah ditubuh pada tahun 2004. Kami adalah sebuah syarikat kaji selidik yang profesional. Dalam masa yang singkat, melalui usaha kami, iPanel telah mempunyai ahli dari China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, Philippines, Vietnam dan lain-lain. Kejujuran dan perjanjian adalah prinsip kami, kami akan memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk anda.

Jom Buat Duit Tanpa Modal Dengan Mudah !


Kita sering dengar masalah daripada membe-membe blogger kita yang diorang payah sangat nak dapat BE. .Sebab apa? Sebab trafik rendah. .Nak main klik-klik kat churp2 dengan heartbeat pun kadang-kadang kena tipu. .So, aku nak kongsi dan share dengan korang tentang penemuan baru aku ni. .Tak perlu pun trafik tinggi-tinggi semua boleh join. .Dan tak payah nak pasang banner ke apa ke. .Mudah sangat ! 
Tapi firstly korang kena ada akaun paypal dulu. .Sebab dia akan transfer mata menjadi duit kat akaun paypal korang. .So, korang buat akaun paypal dulu... Sila rujuk sini. .Cara Nak Buka Akaun Pay Pal dan korang jangan risau xperlu buat kad kredit paypal sbb korang leh transfer duit dari paypal trus ke akaun bank anda klik pada link ni yer tok tutorialnya


Selepas buat 2 tutorial diatas, sila ikut step untuk register di iPanelOnline dibawah pula k. . .
REGISTER
1) Korang gi kat laman web iPanelonline..
2) Korang register macam biasa (macam nak buat email je)
3) Lepas korang dah register korang tgok email korang sebab activation link akan dihantar ke email dan perlu klik link tu baru status keahlian anda disahkan. .slepas login ke akaun anda sila pergi ke button Mata Saya... korang akan diberi mata percuma oleh pihak iPanelonline sebanyak 50 ataupun RM0.50

MACAM MANA NAK TAMBAH MATA @ DUIT
1) Selepas 1 hari atau beberapa jam selepas tu korang akan terima beberapa survey dan setiap server yg anda jawab beberapa mata akan diberikan.
2) Korang kena jawab survey tu dengan sejujur-jujurnya. .kalau korang jawab jujur akan menambah peluang anda untuk mendapat mata yang banyak. .
3) Copy link invite yang akan dia bagi nanti dan suruh rakan anda register di link itu. 50 mata akan anda peroleh !
4) Pastu semak mata pada kolum pemberian. .
*500 mata = RM5.00

MACAM MANA NAK TEBUS MATA JADI DUIT
1) Korang klik kat Menebus Markah pada halaman saya
2) Korang nampak gambar duit kan? Pilih amount yang korang nak... (minimum RM5 = 500 mata)
3) pastu ikut la dia punya arahan... 
Dah ramai yang berjaya cashout daripada program nih termasuk aku yang baru beberapa minggu join. .huhu.Korang ley tgok gambar screen snap duit aku yg terkumpul kat bawah ni yer. .


Klik untuk besarkan.


Apa lagi... Jomla join...
p/s : rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Ahakss...


Sumber : Jom Buat Duit Tanpa Modal Dengan Mudah !|Segalanya Disini. . . 

Monday, May 9, 2011

[Wajib Baca] Skandal Scorpene: Gelombang Perancis Bermula






[CheguBard] LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini. 

Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut. 

“Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan. 

“Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup,” kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle. 

Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk ‘rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat’ selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen. 

Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia. 

Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro. 

Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah. 

“Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci,” kata Cynthia dipetik. 

Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis. 

Seks dan pembunuhan C4 Altantuya 

Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut. 

Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut. 

Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil. 

Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya. 

Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia. 

Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau ‘melepaskan’ Altantuya kepada Razak. 

Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia. 

Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro 

Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut. 

Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak. 

Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD. 

Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut. 

Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali. 

“Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya,” tambah Gabriel.

* Rencana ini dipetik dan diterjemahkan daripada Malaysia Chronicle.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...