Tuesday, August 2, 2011

Inter Setuju Bidaan Manchester United




WESLEY Sneijder bakal bergelar pemain baru Manchester United minggu ini andai dia menerima struktur pembayaran gaji yang ditetapkan untuk perpindahannya ke kelab Liga Perdana England itu.
Inter Milan secara dasarnya telah bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak £30 juta (RM144.8 juta) yang dikemukakan United untuk mendapatkan pemain tengah Belanda itu dan United dijangka akan membuat tawaran rasmi dalam masa terdekat.
Kelab Itali itu juga bersedia untuk membenarkan Sneijder melakukan perbincangan dengan wakil pegawai dari Old Trafford.
Hanya satu perkara yang mampu menyekat perpindahan tersebut iaitu berhubung jumlah gaji yang akan diminta oleh Sneijder setelah dia menikmati status cukai memuaskan sepanjang beraksi di Itali.
Sneijder sudah pasti tidak mahu mengalami penurunan gaji berbanding ketika bersama Inter ketika ini iaitu bersamaan £190,000 (RM916,978) seminggu, jumlah yang agak tinggi dalam struktur gaji United.
Namun United bakal tampil menerangkan kaedah pembayaran gaji di United yang turut merangkumi bonus dan juga bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak bergantung kepada tempoh kontrak tersebut.
Ia pasti akan menyamai kontrak Sneijder ketika bersama Inter dan para pemain United turut berpeluang menambah pendapatan menerusi hak cipta imej bagi tujuan pengiklanan.
Ejen kepada pemain itu turut dijangka akan terbang ke London sebelum hujung minggu ini dan United berharap agar Sneijder dapat turut menjalani latihan pada Sabtu ini. – mynewshub. my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder