Tuesday, August 2, 2011

Ally Iskandar Putus Tunang?





KUALA LUMPUR – Berita ini mula kedengaran sejak beberapa hari yang lalu, makin lama makin panas sementara semua pihak menantikan penjelasan dari pengacara TV3, Ally Iskandar dan tunangnya sendiri mengenai hal ini.
“Kalau melihatkan artikel dibawah ni yang dipetik daripada OhBulan, tidak syak lagi ianya seperti ditujukan kepada pengacara TV3, Ally Iskandar, lihat artikel pertunangan Ally di sini LINK.
“Kisah putus tunang ini mula menjadi bualan hangat blog-blog, Forumer, Facebooker dan juga peminat Ally apabila ‘si wanita’ berkenaan mengubah status di Facebook. Namun kenyataan rasmi daripada mulut Ally sendiri belum lagi dapat didengar.
“Kita harap ini semua gosip semata-mata,” kata blog hiburan, izyan.com.
Ally bertunang pada 11 Februari lalu dengan wanita yang berjaya mencuri hati jejaka berusia 35 tahun itu ialah Nur Aishah Zainal, 26, bekas naib juara Gadis Melayu musim pertama.



p/s : lpas kes khairul fahmi, Ally iskandar plak?.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...