Wednesday, August 17, 2011

Magik Messi Sahkan kejuaraan Super SEpanyol Barca

piala pertama Fabregas


pemain terhebat abad ini  









LEDAKAN Lionel Messi pada penghujung perlawanan memastikan trofi Piala Super Sepanyol menjadi milik Barcelona setelah menewaskan Real Madrid 3-2 pada pertemuan di Nou Camp awal pagi tadi yang berakhir dengan pergaduhan. Barcelona muncul juara menerusi agregat 5-4 setelah kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi pertama di Santiago Bernabeu.

Detik panas berlaku di tepi padang setelah pemain baru Barcelona, Cesc Fabregas diterjah keras Marcelo sehingga menyebabkan pemain pertahanan Brazil itu bersama-sama rakan sepasukannya, Mesut Ozil serta penyerang Barcelona, David Villa dibuang padang.

Messi mencipta gerakan untuk membolehkan Andres Iniesta menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-15 sebelum disamakan oleh Cristiano Ronaldo hanya lima minit kemudian. Namun Messi meletakkan Barcelona di hadapan pada penghujung babak pertama tetapi berjaya disamakan sekali lagi oleh Real menerusi Karim Benzema pada minit ke-82.

Messi bagaimanapun sekali lagi melakukan sentuhan ajaib pada minit ke-88 untuk gol ketiga Barcelona.

“Para pemain telah melakukan usaha yang luar biasa kerana dalam beberapa aspek pemain kami agak kurang daripada persembahan terbaik mereka.
“Messi juga tidak beraksi pada tahap terbaiknya. Jadi saya perlu ucapkan tahniah kepada semua pemain di atas usaha keras dan karakter yang ditunjukkan,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Sementara itu, jurulatih Real, Jose Mourinho yang terus gagal mencatat kemenangan di Nou Camp selepas lapan kunjungan tetap enggan mengaku kalah.
“Jika saya katakan yang kami gembira apabila kami gagal memenangi piala ini, ia umpama saya seorang yang hipokrit.
“Memang ia trofi yang kecil tetapi kami tetap tidak gembira kerana gagal menjuarainya. Tapi apa yang menggembirakan saya ialah evolusi dalam pasukan.
“Kami berjaya beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan timbal balik ini dan mempamerkan persembahan yang mengagumkan,” kata Mourinho.



P/s : Hanya Selepas 3 hari, Fabregas telah mengecapi piala pertama bersama Barca sekaligus menamatkan penantian kemarau 8 tahun tanpa trofinya di Arsenal...'Wenger is the reason why i leave emirates'- Fabregas



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder