Wednesday, August 17, 2011

Itik Berkaki empat















Seekor itik yang diberi nama "Stumpy" menarik perhatian dunia apabila dilahirkan dengan 4 kaki di Warrawee Duck Farm, New Forest, Hampshire, pada 7 februari 2011. Lebih menarik lagi itik ini dilahirkan dengan satu sayap sahaja.


Bagaimanapun, satu daripada kaki itik itu terlerai dari badannya selepas mengalami kemalangan ketika cuba melepaskan diri akibat tersangkut di pagar. Ini menjadikan Stumpy hanya memiliki tiga kaki saja.


Di sebalik kemalangan itu, ianya merupakan satu kebaikan bagi itik tersebut. Stumpy boleh merayau dan berjalan secara bebas dengan itik yang lain tanpa berhadapan dengan risiko tersangkut sehingga membahayakan nyawanya sendiri.


Pemilik ternakan, Nicky Janaway, berkata "dia sekarang hanya mempunyai tiga kaki dan satu sayap. Ketika kaki dia tersangkut di pagar, dia berjaya melepaskan diri tetapi tidak merasa apa-apa kesakitan walaupun kakinya terlerai. Kami telah mengubati luka pada bahagian kakinya dan membalut luka tersebut. Kebaikan daripada kemalangan itu ialah dia boleh merayau di sekitar ladang bersama dengan teman wanitanya, Alice sambil membuli itik-itik yang lain".


Isteri Nicky Janaway iaitu Mrs Janaway pula berkata, dia sangat terkejut apabila melihat Stumpy mempunyai empat kaki ketika sedang memeriksa jantinanya. Kes kelahiran sebegini pernah berlaku pada tahun 2002 di Queensland, Australia, tetapi itik yang diberi nama Jake telah meninggal dalam waktu yang singkat.







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder