Wednesday, August 17, 2011

Nenek 102 tahun masuk sekolah darjah satu



Ma Xiuxian,   menjadi orang yang tertua di dunia untuk masuk ke sekolah iaitu pada umur 102 tahun . Semangat beliau membuktikan umur bukanlah penghalang untuknya mencari ilmu dan mengejar cita-cita meskipun usianya mencecah lebih satu abad.




Ma mula bekerja di kilang kapas pada usia 13 tahun dan tidak pernah mendapat peluang untuk pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain-lain.


Katanya, peluang belajar di kelas darjah Satu di Sekolah Jalan Elementary Weshan di China adalah satu impian yang menjadi kenyataan.


Sekolah tersebut menawakan pengajaran asas dalam pendidikan seperti membaca, mengiran, dan sebagainya.
Ma memakai alat bantu pendengaran dan membawa kanta pembesar untuk membantu beliau semasa kelas ejaan.


Pada akhir hari pertama persekolahan, Ma mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan kelasnya, dan beliau berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada negara.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder