Manchester United memulakan saingan EPL musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran West Bromwich albion pada aksi pembukaan EPL semalam. United yang turun dengan kesebelasan pemain muda dan kelibat bintang baru seperti David de Gea dan Ashley Young berjaya mengekang asakan West Brom pada awal perlawanan sebelum berjaya mendominasi 90 minit masa permaianan. United terlebih dahulu di depan menerusi Wayne Rooney, susulan hantaran kemas ashley Young.
Seminit sebeleum masa pertama berakhir, rembatan rendah Shane Long gagal ditangkap kemas De Gea untuk gol penyamaan West Brom . Perlawanan kembali rancak pada separuh masa kedua dengan asakan United untuk memburu gol. Namun selang 10 minit permainan, Ferguson memasukkan Phil Jones dan Johny Evans untuk menggatikan bek utma mereka, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand kerana kecederaan.
United yang turun tanpa Javier Hernandez akibat kecederaan gegaran otak, akhirnya memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan sendiri Stephen Reid ekoran sepakan Ashley Young 10 minit sebelum perlawanan berakhir.
0 comments:
Post a Comment