Tuesday, August 16, 2011

Misteri Bebola Ais di Hutan Milovice,Republik Czech









Satu bebola ais misteri telah muncul dalam hutan Milovice di Republik Czech, dengan beberapa laporan yang mengatakan ia adalah objek 'asing'.


Saksi mendakwa mereka percaya ia benar-benar objek asing dan ada hubung kait dengan UFO, Pandangan mereka juga disokong oleh media tempatan, yang mendapat telahan kasar daripada Pusat Pelaporan Global UFO.


Objek berbentuk sfera yang masih tidak dikenali itu dilitupi oleh lapisan ais dijumpai berada di tengah-tengah trek laluan hutan yang berlumpur. Ia mempunyai garisan mendatar dan menegak yang menyerupai rumah salji atau igloo.


Kewujudan bebola ais itu dianggap misteri kerana ia berlaku dalam persekitaraan yang tidak mempunyai tanda-tanda ais atau salji di dalam hutan itu . Persoalan timbul mengenai asal usul bebola misteri itu dan ada yang pihak yang mengandaikan ia benar-benar berasal dari ankgkasa lepas.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder