Monday, August 1, 2011

StarBucks halal lah !





KUALA LUMPUR – Beberapa blog berpengaruh meletakan entry di blog mereka bahawa kedai kopi Starbucks menyajikan minuman dan makanan yang haram kerana mengandungi unsur babi.
Antara blog berkenaan adalah The Unspinners dan Taiping Mali.
Taiping Mali menyebut:
“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 – 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut.”
Sebenarnya isu berkaitan sama ada Starbucks halal atau sebaliknya sudah banyak kali diperdebatkan dalam blog-blog dan forum.
Ia sudah menjadi satu isu yang berlanjutan.
Persoalan mengenai halal atau tidak produk yang dihidangkan di Coffee Beans turut menjadi persoalan.
Namun, setakat ini, jika maklumat yang diperoleh melalui Direktori Halal Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijadikan sandaran, maka kedua produk itu sebenarnya halal.
Kesemua bahan yang dihidangkan di kedua premis berkenaan memiliki sijil halal yang hanya akan luput tempoh tahun hadapan atau pada tahun 2013.
Jika Jakim, badan yang dipertanggungjawabkan dengan amanah halal haram melakukan kajian dan penelitian sebelum memberikan status itu, maka apakah kita masih perlu ragu dengan status halal yang dimiliki kedua pihak itu?
Untuk status halal Coffee Beans dan Starbucks klik sini (Taip Starbucks atau Coffee Beans dalam ruangan maklumat carian)


nak kepastian lagi ??

4 comments:

starbucks tak best...kopi kedai mamak lagi best

agk la...kopi mamak mmg kaw
tpi starbuck ade standard..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder