[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Gol Ronaldo dibatalkan kerana kebodohan Nani


pemain bola paling bangang pernah aku jumpe
korang layan je video nie ~






Sneijder sedia rendahkan gaji







LONDON - Bintang Inter Milan, Wesley Sneijder sanggup menurunkan permintaan gaji bagi memastikan penghijrahan ke Manchester United menjadi kenyataan.


Pemain tengah berusia 27 tahun itu gusar kerana terlepas peluang menyertai United selepas juara Liga Perdana Inggeris itu enggan melayan permintaan gaji lumayan 200,000 pound (RM980,000) seminggu.


Namun, Sneijder kini difahamkan pula bersedia mengurangkan permintaan tersebut sebanyak 60,000 pound seminggu.


Sekiranya berjaya menjadi pemain United kelak, dia tetap merupakan bintang kedua bergaji termahal di Old Trafford selepas Wayne Rooney yang meraih 250,000 pound seminggu.


United menawarkan kontrak kepada Sneijder bulan lalu selepas Inter bersetuju menjual tonggaknya itu pada harga 35 juta pound.


Bagaimanapun, rundingan antara pemain antarabangsa Belanda itu dengan United gagal mencapai kata putus berhubung permintaan gaji.


Sneijder menyangka United akan akur dan kembali kepadanya dengan tawaran baru tetapi ia tidak berlaku. - Agensi

[ 2nd Leg ] Real Madrid VS Barcelona Goals Spanish Super Cup 2011

Format : AVI at 1120 Kb/s
Length:  478 MB for 1 h 50 min
Video  : x264 Visual at 1000 Kb/s
ALanguage Version: ENG
Upload size: 885 MB
Content upload File. Avi
Compression: none
Data Recovery: None
Password: none











Wednesday, August 17, 2011

Magik Messi Sahkan kejuaraan Super SEpanyol Barca

piala pertama Fabregas


pemain terhebat abad ini  









LEDAKAN Lionel Messi pada penghujung perlawanan memastikan trofi Piala Super Sepanyol menjadi milik Barcelona setelah menewaskan Real Madrid 3-2 pada pertemuan di Nou Camp awal pagi tadi yang berakhir dengan pergaduhan. Barcelona muncul juara menerusi agregat 5-4 setelah kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi pertama di Santiago Bernabeu.

Detik panas berlaku di tepi padang setelah pemain baru Barcelona, Cesc Fabregas diterjah keras Marcelo sehingga menyebabkan pemain pertahanan Brazil itu bersama-sama rakan sepasukannya, Mesut Ozil serta penyerang Barcelona, David Villa dibuang padang.

Messi mencipta gerakan untuk membolehkan Andres Iniesta menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-15 sebelum disamakan oleh Cristiano Ronaldo hanya lima minit kemudian. Namun Messi meletakkan Barcelona di hadapan pada penghujung babak pertama tetapi berjaya disamakan sekali lagi oleh Real menerusi Karim Benzema pada minit ke-82.

Messi bagaimanapun sekali lagi melakukan sentuhan ajaib pada minit ke-88 untuk gol ketiga Barcelona.

“Para pemain telah melakukan usaha yang luar biasa kerana dalam beberapa aspek pemain kami agak kurang daripada persembahan terbaik mereka.
“Messi juga tidak beraksi pada tahap terbaiknya. Jadi saya perlu ucapkan tahniah kepada semua pemain di atas usaha keras dan karakter yang ditunjukkan,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Sementara itu, jurulatih Real, Jose Mourinho yang terus gagal mencatat kemenangan di Nou Camp selepas lapan kunjungan tetap enggan mengaku kalah.
“Jika saya katakan yang kami gembira apabila kami gagal memenangi piala ini, ia umpama saya seorang yang hipokrit.
“Memang ia trofi yang kecil tetapi kami tetap tidak gembira kerana gagal menjuarainya. Tapi apa yang menggembirakan saya ialah evolusi dalam pasukan.
“Kami berjaya beraksi dengan baik dalam kedua-dua perlawanan timbal balik ini dan mempamerkan persembahan yang mengagumkan,” kata Mourinho.



P/s : Hanya Selepas 3 hari, Fabregas telah mengecapi piala pertama bersama Barca sekaligus menamatkan penantian kemarau 8 tahun tanpa trofinya di Arsenal...'Wenger is the reason why i leave emirates'- Fabregas



Sunday, August 14, 2011

Man Utd mula epl dengan langkah kanan








Manchester United memulakan saingan EPL musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran West Bromwich albion pada aksi pembukaan EPL semalam. United yang turun dengan kesebelasan pemain muda dan kelibat  bintang baru seperti David de Gea dan Ashley Young  berjaya mengekang asakan West Brom pada awal perlawanan sebelum berjaya mendominasi 90 minit masa permaianan. United terlebih dahulu di depan menerusi Wayne Rooney, susulan hantaran kemas ashley Young.

Seminit sebeleum masa pertama berakhir, rembatan rendah Shane Long gagal ditangkap kemas De Gea untuk gol penyamaan  West Brom . Perlawanan kembali rancak pada separuh masa kedua dengan asakan United untuk memburu gol. Namun selang 10 minit permainan, Ferguson memasukkan Phil Jones dan Johny Evans untuk menggatikan bek utma mereka, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand kerana kecederaan.

United yang turun tanpa Javier Hernandez akibat kecederaan gegaran otak, akhirnya memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan sendiri Stephen Reid ekoran sepakan Ashley Young 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Tuesday, August 9, 2011

Gabriel Obertan Berpindah ke Newcastle







Pemain sayap Perancis, Gabriel Obertan menyertai Newcastle dari Manchester United pada hari Selasa lalu.

Obertan, 22, akan sedia untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Arsenal Sabtu ini selepas menandatangani kontrak lima tahun.

"Saya menghabiskan tempoh dua tahun yang baik di Manchester, tapi agak sukar dengan persaingan dan saya amat perlukan kelab yang mana saya boleh bermain lebih lagi," kata Obertan. "Saya tahu tak mudah bermain setiap perlawanan kerana ada kumpulan yang baik di sini, tapi saya mahu mulakan hidup baru dalam bola sepak saya."

Bekas pemain Bordeaux itu terhad kepada hanya 15 penampilan bersama United musim lalu.

"Dia ada kelajuan dan teknik yang sangat baik serta telah kian hebat dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan kini sedia membuat impak sebenar dalam Liga Perdana," kata pengurus Newcastle, Alan Pardew.

"Saya menghubungi Sir Alex mengenainya pada awal musim panas untuk melihat jika ada peluang untuk membawanya ke Newcastle, tapi itu mustahil sehingga Wayne Routledge menyertai Swansea, baru kami mampu untuk membawanya."

Monday, August 8, 2011

Ashley Young janji musim terbaik





LONDON – Pemain sayap England, Ashley Young yakin perpindahannya ke Manchester United bakal menjadi pemangkin kepada musim terbaik bagi kerjaya bola sepaknya musim ini.
Young membuat penampilan pertamanya bersama The Red Devils selepas hanya dua bulan berpindah dari Aston Villa pada nilai £16 juta (RM79.4 juta), apabila skuad Sir Alex Ferguson bangkit menundukkan Manchester City 3-2 pada perlawanan Piala Perisai Komuniti Ahad lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu mensasarkan permulaan kempen bersama MU yang lebih cemerlang dan berharap menamatkan karier bersama kelab itu dengan memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah dan membantu England menjulang Piala Eropah 2012.
“Ia mungkin menjadi musim yang paling bermakna dalam hidup saya. Diharapkan semua akan menjadi yang terbaik buat saya. Saya perlu membuktikan ketika latihan dan mengharapkan semuanya dibayar dengan ganjaran diharapkan,” katanya. – AFP

Arsenal beli Chamberlain £15 juta








ALEX Oxlade-Chamberlain malam tadi mendapat hadiah istimewa sempena hari jadinya iaitu perpindahan bernilai £15 juta (RM74.3 juta) ke Arsenal.
Bintang muda Southampton itu yang bakal genap berusia 18 tahun pada Isnin depan akhirnya sah menjadi pemain baru The Gunners.
“Saya cukup teruja dapat menyertai Arsenal. Ia sebuah kelab yang hebat dan saya memandang ke hadapan untuk merebut peluang beraksi di peringkat tertinggi.
“Arsenal juga memiliki seorang pengurus yang hebat iaitu Arsene Wenger, pemain-pemain yang berkualiti serta memiliki corak dan gaya permainan yang menarik.
“Kesemua faktor inilah yang menjadi pendorong untuk saya menandatangani kontrak dengan Arsenal,” kata Chamberlain.
Chamberlain mengikut jejak langkah pemain sayap England, Theo Walcott yang menyertai Arsenal daripada Southampton pada 2006.

Sunday, August 7, 2011

Manchester United vs. Manchester City (3-2) | Goals & Highlights



p/ s : glory2 man utd 


Farizal sedia rampas kembali posisi No. 1



REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.


Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.


Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.


“Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.


“Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.


“Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih,” kata Farizal.


Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai latihan skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang dipanggil menggantikan Nasril Nourdin.


Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.


“Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.


“Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automatik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama,” jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shahzan Muda dan Perlis.


Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan selepas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010. –KOSMO

Saturday, August 6, 2011

Fabregas sanggup keluar wang sendiri untuk ke barca






LONDON: Laporan terkini mengenai bidaan terbaru Barcelona untuk membawa kapten Arsenal Cesc Fabregas ke Nou Camp sekali lagi ditolak kelab dari London itu.


Menurut laporan Sky Sports, Arsenal berpegang pada jumlah 40 juta (RM196.5 juta), tanda harga yang diletakkan ke atas pemain tengah Sepanyol itu.


Tawaran asal juara Eropah, Barcelona sekitar 30 juta (RM147.4 juta) sebelum ini menemui kegagalan dan mereka dilaporkan membuat tawaran baru 29 juta euros (RM124 juta) dengan tambahan enam juta euros (RM25.6 juta) akan dibayar kemudian tetapi masih gagal memikat Gunners.


Fabregas yang mahu berpindah ke Barca dilaporkan sedia mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak tiga juta euros (RM12.8 juta) bagi memastikan urusan perpindahan itu menjadi.


Tetapi pakej keseluruhan sekitar 38 juta euros (RM162.6 juta) itu masih kurang tujuh juta euros (RM29.9 juta) jika dibandingkan dengan permintaan kelab Liga Perdana itu. -AFP

Kanak-kanak 7 Tahun Ikat Kontrak Dengan R.Madrid




BUENOS AIRES – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Argentina, Leonel Angel mengikat kontrak dengan kelab ternama Sepanyol, Real Madrid.

Ini menjadikan kanak-kanak itu sebagai pemain termuda dalam sejarah kelab berkenaan.
Agensi berita Xinhua, China melaporkan Miguel Coira, bapa kepada Angel memberitahu stesen radio tempatan bahawa anaknya sudah mengikat kontrak dengan kelab berprestij Sepanyol itu.

“Dia amat bagus. Apa yang terbaik ialah dia seronok ketika bermain, itu yang amat penting. Dia bermain dengan pemain lebih tua dan itu yang menjadi perbezaan,” kata Coira.

Kanak-kanak itu dilahirkan pada 29 Mac dan akan menjalani latihan di Real Madrid pada 6 September depan. – BERNAMA

Tuesday, August 2, 2011

Inter Setuju Bidaan Manchester United




WESLEY Sneijder bakal bergelar pemain baru Manchester United minggu ini andai dia menerima struktur pembayaran gaji yang ditetapkan untuk perpindahannya ke kelab Liga Perdana England itu.
Inter Milan secara dasarnya telah bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak £30 juta (RM144.8 juta) yang dikemukakan United untuk mendapatkan pemain tengah Belanda itu dan United dijangka akan membuat tawaran rasmi dalam masa terdekat.
Kelab Itali itu juga bersedia untuk membenarkan Sneijder melakukan perbincangan dengan wakil pegawai dari Old Trafford.
Hanya satu perkara yang mampu menyekat perpindahan tersebut iaitu berhubung jumlah gaji yang akan diminta oleh Sneijder setelah dia menikmati status cukai memuaskan sepanjang beraksi di Itali.
Sneijder sudah pasti tidak mahu mengalami penurunan gaji berbanding ketika bersama Inter ketika ini iaitu bersamaan £190,000 (RM916,978) seminggu, jumlah yang agak tinggi dalam struktur gaji United.
Namun United bakal tampil menerangkan kaedah pembayaran gaji di United yang turut merangkumi bonus dan juga bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak bergantung kepada tempoh kontrak tersebut.
Ia pasti akan menyamai kontrak Sneijder ketika bersama Inter dan para pemain United turut berpeluang menambah pendapatan menerusi hak cipta imej bagi tujuan pengiklanan.
Ejen kepada pemain itu turut dijangka akan terbang ke London sebelum hujung minggu ini dan United berharap agar Sneijder dapat turut menjalani latihan pada Sabtu ini. – mynewshub. my

Monday, August 1, 2011

Rekod jaringan bola sepak paling besar ~ 31-0

Owen musnahkan Barca




WASHINGTON - Jaringan Michael Owen pada minit ke-76 membolehkan Manchester United menewaskan Barcelona 2-1 pada aksi persahabatan pagi semalam.
Ia sekali gus membalas dendam kekalahan 1-3 mereka kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara pada Mei lalu.

Nani membuka tirai jaringan buat United pada minit ke-22 sebelum Barcelona menyamakan kedudukan menerusi Thiago Alcantara pada minit ke-70. Kemenangan itu melengkapkan siri jelajah penuh cemerlang United yang menang kesemua lima aksi persahabatan mereka di Amerika Syarikat.

"Perlawanan ini bukanlah berbentuk situasi hidup mati. Tapi, ia penting apabila para pemain faham apa yang perlu mereka lakukan di atas padang ketika menentang pasukan hebat.

"Kami menurunkan beberapa pemain muda dan mereka telah mempamerkan aksi membanggakan untuk sama-sama beraksi pada tahap tertinggi," kata penolong pengurus United, Mick Phelan. Barcelona yang tidak menampilkan Lionel Messi, Daniel Alves, Javier Mascherano dan Alexis Sanchez seterusnya bakal bertemu pula kelab Mexico, Chivas Guadalajara pada siri jelajah pramusim mereka.

"Keyakinan masih tinggi terhadap skuad ini. Mustahil untuk saya memerlukan lebih keyakinan terhadap para pemain ini kerana mereka telah banyak kali menunjukkan kualiti yang dimiliki," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. - AFP

Skuad Olimpik Malaysia mengganas di Slovakia


BARISAN skuad Olimpk negara ketika turun menentang Topvar Topolcany di Slovakia kelmarin.


SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin. Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.

“Saya merehatkan lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal.
“Dalam kesebelasan utama kali ini, saya meletakkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri.

“Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam. Pada perlawanan tersebut, Topvar Topolcany mendahului pada minit ke-21 menerusi Durcek Michal sebelum skuad Olimpik negara membalas hasil jaringan Ferris Danial pada minit ke-64 dan sepakan penalti Fandi (87).

Jelas Kim Swee, enam pemain baru iaitu Azrul, Syazwan, Nazmi, Azrif, Hazwan dan Izuan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad yang dianggotai majoriti pemain Harimau Muda A itu.

“Antara mereka ini, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.

“Pada perlawanan kedua ini, para pemain secara keseluruhannya telah menunjukkan kebangkitan serta keinginan untuk menyamakan kedudukan serta mendapatkan gol kemenangan dan ia harus dipuji,” ujar Kim Swee. Perlawanan ketiga bakal berlangsung malam esok dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.- kosmo

Saturday, July 30, 2011

[ livestream ] Man Utd vs Barcelona - UCL Final Rematch - 30/7/2011

Thursday, July 21, 2011

Gol Kontroversi Drogba - Malaysia vs Chelsea [ 21.7.11 ]







Gol Kontroversi perlawanan antara Chelsea dan Malaysia sebentar tadi. Gol yang berpunca daripada sepakan percuma Didier Drogba terkena tiang kanan gol sebelum melantun mengenai belakang badan penjaga gawang malaysia, Izham tarmizi....

sekali imbas posisi bola itu tidak melepasi garisan gol apatah lagi menerjah jaring. Namun, penjaga garisan mngesahkan bola itu msuk utk mnghadiahkn gol tunggal perlawanan kpd Chelsea...

Walaupun tewas 1-0 namun pujian harus dberikan kpd skuad msia yg kental menahan asakan dan juga mengatur beberapa serangan berbahaya  yg hampir2 mnembusi gawang lawan. 

Tahniah skuad Harimau Muda especially penjaga gawang Farizal Marlias yg banyak mnyelamatkan gawang msia pada separuh masa pertama serta pemain pertahanan senior , Norhafiz Zamani Misbah yg bijak mengatur benteng pertahanan negara....



p/s : ramai yang xpuas ati ngn ref... ntah dri ceruk mane dia kutip. panas je ak tgok tdi



Paraguay Melangkah Ke Final Copa America





MENDOZA – Paraguay menumpaskan Venezuela 5-3 menerusi sepakan penalti untuk mara ke final kejohanan bola sepak Copa America sebentar tadi selepas seri tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.
Paraguay akan menentang Uruguay pada final Ahad ini. – AFP



p/s : ana rasa Uruguay la juara...hehee

Friday, July 15, 2011

Jersi away Manchester United ~ HoDoH nyer !!!











pe pendapat korang ???
ak rse mcm baju tdo jew...Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder