LONDON – Pemain sayap England, Ashley Young yakin perpindahannya ke Manchester United bakal menjadi pemangkin kepada musim terbaik bagi kerjaya bola sepaknya musim ini.
Young membuat penampilan pertamanya bersama The Red Devils selepas hanya dua bulan berpindah dari Aston Villa pada nilai £16 juta (RM79.4 juta), apabila skuad Sir Alex Ferguson bangkit menundukkan Manchester City 3-2 pada perlawanan Piala Perisai Komuniti Ahad lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu mensasarkan permulaan kempen bersama MU yang lebih cemerlang dan berharap menamatkan karier bersama kelab itu dengan memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah dan membantu England menjulang Piala Eropah 2012.
“Ia mungkin menjadi musim yang paling bermakna dalam hidup saya. Diharapkan semua akan menjadi yang terbaik buat saya. Saya perlu membuktikan ketika latihan dan mengharapkan semuanya dibayar dengan ganjaran diharapkan,” katanya. – AFP
0 comments:
Post a Comment