Monday, August 15, 2011

Roti Gardenia boleh guna semula logo halal




KOTA KINABALU: Larangan mempamerkan logo halal pada roti Gardenia di Sabah yang dikuatkuasakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu berikutan ada keraguan mengenai kaedah pembuatan roti itu, sudah ditarik balik pertengahan bulan lalu. 

Penarikan balik dibuat selepas kajian Hab Halal JAKIM di Cyberjaya mendapati beberapa aspek kebersihan yang menimbulkan keraguan sebelum ini, sudah terjawab.
Sumber JAKIM berkata, sepanjang Januari hingga pertengahan Julai lalu, syarikat pengeluar roti Gardenia di sini yang menjalankan perniagaan itu secara francais dari syarikat induk di Shah Alam, diarah menutup logo halal pada bungkusan roti kerana permohonan mereka untuk memperbaharui penggunaan logo itu mempunyai keraguan.

“Syarikat yang berpejabat di Inanam itu mengemukakan permohonan untuk memperbaharui penggunaan logo halal dikeluarkan JAKIM hujung tahun lalu. 

“Berikutan itu, kami menghantar sampel ke Hab Halal JAKIM di Cyberjaya. JAKIM melalui kerjasama Jabatan Makmal dan Jabatan Kesihatan menemui beberapa keraguan berhubung aspek kebersihan ketika itu, tetapi tiada gelatin **** ditemui,” katanya kepada Berita Harian. 

Sumber itu menjelaskan, JAKIM mengarahkan syarikat berkenaan menggunakan bungkusan baru tanpa logo halal JAKIM tetapi syarikat itu membuat rayuan untuk terus menggunakan bungkusan berkenaan kerana sudah mengeluarkan kos tinggi membuatnya. 

Berikutan itu, JAKIM mengarahkan syarikat menutup logo halal sejak Januari lalu. 
“Hanya pertengahan Julai lalu, Hab Halal JAKIM selesai membuat penyelidikan dan mengeluarkan surat menyatakan syarikat itu boleh menggunakan semua logo halal,” katanya. 

Seorang pengguna, Noor Izati Shamsuddin, 46, berkata sejak logo halal ditutup, beliau tidak lagi membeli roti berkenaan kerana bimbang ia mengandungi gelatin babi. 

“Bagaimanapun, sejak sebulan lalu, saya dapati penutup itu sudah dibuka semula. Saya hairan macam mana logo halal itu boleh sekejap ditutup dan sekejap dibuka,” katanya. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder