[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Jom 'Honeymoon' di Hotel Angkasa Lepas



























Firma Rusia, Orbital Technologies telah mendedahkan rancangan untuk membina hotel angkasa lepas , yang dibuka kepada pelancong dunia menjelang 2016.


Hotel itu mempunyai empat kabin yang cukup untuk memuatkan tujuh tetamu dengan kemudahan melakukan aktiviti sosial seperti melihat keindahan sistem solar dengan teropong serta merakam pergerakan angkasa dengan kamera DSLR yang disediakan khas unutk pengunjung .Selain itu, hotel itu juga akan bertindak sebagai hab untuk penyelidikan saintifik dan ujikaji sains .


Pengalaman 'sekali seumur hidup itu' pastinya tidak semurah yang disangka . Ia akan menelan belanja kira-kira $ 410,000 (RM 1,220,979.97) hanya untuk sampai ke stesen angkasa komersial, dan kos tinggal selama lima hari dianggarkan sekitar $ 165.000 (RM 491,369.98).


"Kami menganggap Hotel Angkasa merupakan projek komersial yang amat menarik, dan kami sangat-sangat menggalakkan penyertaan pihak swasta. Ia akan menarik pelaburan swasta bagi industri angkasa Rusia," kata Vitaly Davydov, Timbalan Ketua Persekutuan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia.

Lelaki Kahwin adik beradik kembar elak keliru













Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.


Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.


Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.


Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.


Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.


Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.


Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.


Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Tuesday, August 16, 2011

Tertidur Selama 2 bulan




Lily Clarke, 21, mempunyai tabiat istimewa kerana mampu tidur selama 2 bulan dalam satu-satu tempoh masa. Beliau yang  mengalami Sindrom Kleine-Levin yang jarang ditemui ,  pernah tidur sewaktu peperiksaan universiti dan perayaan Krismas dan Tahun Baru.


Paling menyedihkan  beliau  terlepas majlis sambutan hari jadinya ke-18 selepas tertidur beberapa hari sebelumnya.


Ibu Adele, 47, berkata penyakit itu disedarinya pada tahun 2007 selepas mereka sekeluarga sedang makan di restoran . Beliau menambah: "Sebelum makanan sampai, Lily tiba-tiba tidur di kerusi beliau, kami gagal mengejutkannya dan terpaksa mangangkatnya keluar dari restoran."


Sindrom yang masih belum ditemui penawanya ini menyebabkan Lily tidur lena  kira-kira 23 jam sehari dan terbangun hanya untuk makan di rumah ibu bapanya di Haslemere, Surrey. Dalam tempoh tujuh bulan, purata masa tidur beliau adalah 2 bulan.





credit to
The Sun



Teknologi Storan 'kristal memory'








Pengguna komputer tidak lama lagi boleh menyimpan kerja-kerja mereka ke dalam cakera keras a.k.a hard disk yang dibuat dari kaca selepas saintis berjaya membangunkan teknologi 'kristal memory'.


Kumpulan Sainits berkenaan telah menggunakan pancaran laser untuk mengubah kaca bagi menyimpan data didalamnya.


Mereka berkata teknologi 'kristal Memory' ini mampu menyimpan lebih banyak data daripada cakera keras konvensional dan kurang terdedah kepada keroskan dan suhu panas.


Pada masa ini, belingan kaca itu boleh menyimpan sehingga 50GB data, bersamaan kapasiti storan Cakera Blu-ray. Ia  juga boleh menahan suhu sehingga 1800 F dan tahan untuk beribu-ribu tahun tanpa menjejaskan sedikit pun kualiti data yang disimpan di dalamnya.


Proses pembuatannya adalah dengan meletakkan titik-titik kecil yang dipanggil 'voxels' ke dalam gelas silika tulen yang mengubah cara cahaya bergerak melaluinya.
Voxels ini kemudian boleh dibaca menggunakan decoder optik, membenarkan pengguna untuk menulis atau memadam data seberapa kerap yang mereka suka.


Prof. Martynas Beresna, Ketua penyelidik, daripada  Pusat Penyelidikan Optoelektronik, Universiti  Southampton  berkata: 'Kami telah membangunkan teknologi 'Kristal Memory' yang bermaksud data boleh disimpan pada kaca dan kekal selama-lamanya selain lebih stabil dan selamat ia juga sangat mudah alih".


'Ia sangat berguna untuk organisasi yang mempunyai simpanan arkib yang besar memandangkan sesebuah syarikat kini harus melalukakan back-up arkib setiap 5-10 tahun, kesan daripada penggunaan teknologi storan sedia ada yang mempunyai jangka hayat yang agak singkat.


Para penyelidik kini bekerjasama dengan salah sebuah syarikat Lithuania untuk memasarkan teknologi 'kristal memory' ini -news.asiantown






Jutawan Rusia Beli Rumah Paling Mahal Di Britain










Rumah paling mahal di Britain, Park Place, telah dijual kepada pembeli Rusia dengan harga rekod £ 140m ( RM 684,062,277 juta )


Pembeli, yang tidak dikenal pasti, berjaya membida rumah berusia 300 tahun yang terletak di kampung Remenham, berhampiran Henley-on-Thames, Oxon.


Penjualan rekod itu juga termasuk kira-kira 200 ekar taman-taman, monumen tugu , rumah, kotej, kandang kuda dan sebuah rumah bot.


Pakar-pakar berkata jualan itu menunjukkan bahawa pasaran hartanah di UK masih cergas meskipun krisis ekonomi global.


Rumah yang dibina pada awal abad ke-18 itu pernah dimiliki oleh Frederick, Prince of Wales dan anak sulungnya George II, sebelum beberapa strukutrnya diubahsuai dan dibina semula pada tahun 1800-an.


Namun, Ruang biliknya masih mengekalkan ciri asal batuan besar dan tingkap kaca berwarna, meskipun suatu ketika dahulu rumah itu pernah dihantui cerita seram Mary Blandy, yang dituduh meracuni bapanya pada tahun 1752 di rumah itu.




Fakta Menarik tentang 2011



Pertamanya,

Tahun ni kita akan m'galami 4 tarikh yg jarang b'laku dLm setahun iaitu 
1/1/11, 11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11.
Itu fakta pertama.


Keduanya,
cuba ambil 2 nombor terakhir di mn tahun kita dilahirkan dan tambah dgn umur kita pd tahun ini.
result ialah 111 buat semua org.!
CTH: 88+23=111.!! 


Ketiganya, 
pd bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu. 
Untuk pengetahuan korang,perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun!


Subhanallah!!






MOHOR BESAR RAJA-RAJA




Tiba bulan puasa dan raya kita akan mendengar menantikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu memberi ucapan beliau di kaca TV. Pengumuman tahun ini dibacakan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang baru. Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara setelah memegang jawatan sejak 1989.Ada tak diantara kamu yang tertanya-tanya. Apa itu Mohor Besar Raja-Raja Melayu?Dibawah sedikit maklumat tentang apa itu Mohor Besar Raja Raja Melayu.





MOHOR BESAR RAJA-RAJA




Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.


Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.














Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan "Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu" dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.


Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos GBP 211.10


FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA


Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.


Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada 'cap getah' yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.

Info Pemegang Anak Kunci Kaabah
















Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan(8,000 kilogram).


Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.


Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.


Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah SWT menerusi ayat 58, surah An-Nisa' yang mafhumnya, 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya'.


Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasulullah memulangkan semula kunci Kaabah itu membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.


Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.









Tuesday, August 9, 2011

Komputer pertama Di dunia







Gambar di atas adalah Dr. Leonard Kleinrock bersama dengan Interface Message Processor (IMP) pertama, sebuah komputer mini Honeywell DDP-516. Sebuah kotak ajaib yang menjadi kegilaan umat manusia kini.


Interface Message Processor adalah Original Router. Dua mesin ini diuji dan dihubungkan pada 29 Oktober 1969. Salah satunya di laboratorium Dr. Kleinrock yang mendirikan teori matematika jaringan paket, teori pencetus revolusi internet di University of California - Los Angeles. Satu lagi,  berada di laboratorium Douglas Engelbart di Stanford Research Institute. Engelbart; juga  terkenal sebagai pencipta mouse, berkolaborasi secara online untuk sistem DARPA (sistem pertahanan Amerika) pada waktu itu.


Asas internet pertama-kemudian dikenal sebagai ARPANET, lahir dengan pertukaran paket data yang pertama. Sebelumnya, hanya beberapa berarti bit yang dipertukarkan. Dengan bertujuan untuk menyalurkan maklumat antara rangkaian komuniti terhad jaringan ARPANET. Namun pengaruh internat yang bersifat universal merebak dengan cepat hingga menjadi fenomena dunia lantas menjadi pencetus kepada kemajuan tamadun manusia





Monday, August 8, 2011

Wajib baca : 11 kata-kata hikmat daripada Bill Gates



Begitu ramai orang kaya dalam dunia nie kan, tapi ape rahsia Mr.Gates nie hingga mampu menjadi orang paling kaya di dunia selama 18 tahun...
Jom baca !



* Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life as by the obstacles which he has overcome.*

* Bill Gates reality check :-

Rule 1: Life is not fair - get used to it.

Rule 2: The world won’t care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something BEFORE you feel good about yourself.

Rule 3: You will NOT make £60000 a year right out of high school. You won’t be a vice-president with a car phone until you earn them both.

Rule 4: If you think your teacher is tough, wait till you get a boss.

Rule 5: Flipping burgers is not beneath your dignity. Your grandparents had a different word for burger flipping: they called it opportunity.

Rule 6: If you mess up, it’s not your parents’ fault, so don’t whine about your mistakes, learn from them.

Rule 7: Before you were born, your parents weren’t as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parents’ generation, try delousing the closet in your own room.

Rule 8: Your school may have done away with winners and losers, but life has not. In some schools, they have abolished failing grades and they’ll give you as many times as you want to get the right answer. This doesn’t bear the slightest resemblance to ANYTHING in real life.

Rule 9: Life is not divided into semesters. You don’t get summers off and very few employers are interested in helping you find yourself. Do that in your own time.

Rule 10: Television is NOT real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs.

Rule 11: Be nice to nerds. Chances are you’ll end up working for one.

Sunday, August 7, 2011

[ wajib baca ] Ranking 'kelakian' sedunia !



Namun menurut laporan ANI, negara yang menduduki tangga teratas ialah Republik Demokratik Congo, dengan saiz purata zakar lelakinya sekitar 7.1 inci atau 18sm (dakwaan sendiri).

Tempat kedua senarai ini ialah Equador dengan saiz purata zakar sekitar 6.9 inci atau 17.5sm (diukur), dan Ghana pula di tangga keempat dengan saiz zakar sekitar 6.8 inci atau 17.3sm (dakwaan sendiri). Tidak dinyatakan pula negara yang menduduki tangga ketiga.

Di tempat kelima ialah Colombia dengan saiz purata zakar warganegara lelakinya sekitar  6.7 inci atau 17sm (diukur),  tempat keenam ialah Venezuela dengan saiz purata zakar sekitar  6.7 inci atau 17sm (diukur).

Ranking diikuti Lebanon (no. 7), Jamaica (no. 12), Brazil (no. 15), Perancis (no. 17), Republik Czech (no. 22), Belanda (no. 27),  dan Itali (no. 31).

Seterusnya, Mesir diletakkan di tangga 33, Denmark ditangga 42, Mexico ditangga  49, Morocco ditangga 51, Sweden ditangga 58, Greece ditangga 61, Chile ditangga 64, Jerman di tangga 68, dan Norway ditangga 72.

Menurut ranking itu, United Kingdom ditangga 82, Sepanyol di tangga 85, Australia di tangga 94, Amerika Syarikat di tangga 98, Ireland di tangga 99, Romania di tangga 101 dan Indonesia ditangga 104.

Untuk pengetahuan pembaca , Malaysia berada di kedudukan 106.

Manakala India di tangga 116, Jepun di tangga 110, China di tangga  112, Thailand di tangga 117, dan Korea Selatan di tangga 119.

Anda tidak percaya dengan ranking ini? Terpulang. Saya hanya mahu berkongsi.

nenek paling muda dalam sejarah

Rifca dan cucunya Ion yang kini berusia 2 tahun.


Sebelum ini, DCM ada menyiarkan kisah nenek muda di Britain. Anda boleh membaca kisahnya di sini.

Semalam, saya baca satu lagi artikel yang memeranjatkan apabila seorang wanita yang berusia 25 tahun diiktiraf sebagai nenek paling muda di dunia seperti yang dilaporkan dalam  akhbar atas talianDM. Saya terjemahkannya semalam untuk dikirimkan hari ini. Rupa-rupanya akhbar Malaysia pun ada mengambil cerita yang sama. Tidak mengapalah.

Wanita yang dimaksudkan ialah Rifca Stanescu dari kelompok gipsi yang berasal dari Kampung Investi, Romania. Rifca kini berusia 25 tahun menurut laporan DM, bukannya 23 tahun seperti yang dilaporkan dalam HM. Mungkin ada kekeliruan kerana berdasarkan laporan DM, Rifca menjadi nenek pada usia 23 tahun apabila anaknya Maria melahirkan anak pada usia 11 tahun.

Rifca bersama suami dan cucunya.

Rifca sendiri melahirkan anak sulungnya Maria pada usia yang 13 tahun. Ketika berusia 11 tahun, Rifca berkahwin dengan suaminya, Ionel yang pada ketika itu berusia 13 tahun.Dia melangsungkan perkahwinan tanpa restu itu apabila bapanya mahu mengahwinkannya dengan pemuda yang tinggal di kampung lain. Biarpun begitu, perkahwinan mereka akhirnya direstui apabila Rifca melahirkan Maria. Rifca melahirkan anak kedua, Nicolae setahun kemudian.

Biarpun menegaskan bahawa perkahwinan pada usia terlalu muda adalah amalan biasa masyarakat di sana serta gagal memujuk anaknya agar tidak berkahwin pada usia muda, Rifca berkata remaja/kanak-kanak tidak sepatutnya mengikuti langkahnya memiliki anak pada usia terlalu muda.

Adakah rekod ini membanggakan? Sudah tentu tidak. Banyak alasan untuk berkata demikian. Fikirkan!


 P/s: Nenek paling muda di Britain yang namanya dirahsiakan berusia 26 tahun. Dia berasal dari Rotheram, Yorkshire. Berdasarkan laporan akhbar, dia dinobatkan sebagai nenek paling muda di sana apabila anak perempuannya berusia 12 tahun melahirkan anak pada tahun 1999. Di Malaysia?

Saturday, August 6, 2011

Budak Ini Tak boleh berhenti ketawa









LONDON: Seorang kanak-kanak tidak boleh berhenti ketawa selepas menjalani satu pembedahan otak.
Enna Stephens, tujuh, menghidapi masalah berkenaan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan. Kini, apa saja yang kelihatan aneh akan menyebabkan dia ketawa.


Ibu bapanya sebelum ini diberi amaran pembedahan itu akan menyebabkan Enna murung atau sentiasa marah memandangkan pesakit sepertinya sering mengalami perubahan personaliti jangka pendek.
Tetapi dalam kes Enna, dia sentiasa ketawa.


Ibunya, Vana, 40, berkata: “Enna akan ketawa selama 15 minit pada satu masa, sepanjang hari. Ketika dia sedar selepas pembedahan, dia ketawa.


“Pernah neneknya memegang pisang seperti telefon untuk membuatnya dia ketawa. Dia ketawa tidak berhenti. Sungguh seronok mendengar dia ketawa selepas melihat derita yang dilalui selama ini. “Apabila dia mula ketawa, kami juga ketawa. Ia seperti berjangkit dan menjadi satu cara terbaik untuk meluahkan emosi kami.” Vana, anggota polis, berkata: “Dia masih ketawa dan apabila ia bermula, sukar baginya untuk berhenti.”




Thursday, August 4, 2011

5 Perkahwinan Selebriti Termahal Dunia

5 Perkahwinan Selebriti Termahal Dunia


Amit Bhatia dan Vanisha Mittal
Tarikh: 22 Jun 2004
Kos: AS$78 Juta
Vanisha Mittal merupakan anak kepada pemilik syarikat besi terbesar dunia, manakala Amit Bhatia pula merupakan seorang pelabur di London. Perkahwinan yang berlangsung selama enam hari tersebut telah menjemput 1,000 jemputan yang diterbangkan melalui 12 buah kapal terbang Boeng yang ditempah. Majlis perkahwinan tersebut dijalankan di Grand Versailles di Beirut, Lebanon dan menyediakan 45 orang chef, 10,000 bunga, kek perkahwinan gergasi dan setiap jemputan wanita diberikan hadiah-hadiah mewah. Bukan itu sahaja, kelab-kelab malam di bandar tersebut telah disewa supaya pasangan tersebut boleh melakonkan kisah bagaimana mereka berjumpa.

Kate Middleton dan Putera William
Tarikh: 29 April 2011
Kos: AS$34 Juta
Jika anda anggap perkahwinan diraja bagi Puteri Diana adalah perkahwinan termahal dalam sejarah dunia, anda salah. England sering menjalankan majlis perkahwinan yang mewah dan perkahwinan bagi Kate Middleton dan Putera William tiada bezanya. Dengan cincin perkahwinan yang berharga AS$136,000, kek AS$80,000, Gaun AS$70,000, bunga-bunga AS$800,000 dan bilik-bilik hotel bagi pengunjung yang berharga AS$550 setiap malam. Tiada sesen pun yang ditinggalkan.


Al-Muhtadee Billah dan Sarah Salleh
Tarikh: 9 September 2004
Kos: AS$5.7 Juta
Sultan Brunei, Al-Muhtadee Billah telah berkahwin dengan Sarah Salleh, 17. Majlis mereka yang dilangsungkan selama seminggu diisi oleh pertunjukan bunga api, 103 buah limosin dan mahkota emas bagi pengantin perempuan. Apabila keluarga diraja Brunei berkahwin, mereka perlu membuat sambutan selama dua minggu. Mengikuti tradisi tersebut, majlis perkahwinan mereka dilengkapkan dengan persembahan dari kumpulan marching band dan senarai jemputan-jemputan terkemuka.


Liza Minnelli Dan David Gest
Tarikh: 16 Mac 2002
Kos: AS$4.2 Juta
Perkahwinan ini merupakan salah satu daripada perkahwinan terbesar di Hollywood. Pengapit bagi Gest adalah Micheal Jackson, manakala pengapit bagi Liza pula adalah Elizabeth Taylor. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa 1,000 orang telah dijemput ke perkahwinan ini. Muzik bagi majlis tersebut telah dibawa oleh Tony Bennett dan dibantu oleh kumpulan 60-piece orchestra.


Paul McCartney Dan Heather Mills
Tarikh: 11 Jun 2002
Kos: AS$4.2 Juta
Perkahwinan bagi bekas ahli kumpulan Beatle, Paul McCartney dan Heather Mills, model yang kehilangan kaki dalam kemalangan motorsikal, telah melangsungkan perkahwinan mereka di Castle Leslie, sebuah istana mewah di Ireland. Senarai 300 jemputan itu tidak dikeluarkan namun antara mereka mungkin Bill Clinton dan ramai lagi pemimpin-pemimpin dunia. Selepas majlis tersebut, para tetamu menari di tempat tarian yang luas dan sebuah bot mewah

Monday, August 1, 2011

Budak Paling Banyak Bulu







Guinness Book of Records telah menobatkan seorang gadis sebelas tahun dari Thailand sebagai "World's Hairiest Girl."

Supatra Sasuphan telah hidup dalam penderitaan disebabkan kanak-kanak lain yang menggelarnya 'wajah monyet', 'gadis serigala' dan gelaran mengerikan yang lain. Kini semua itu berubah dan kemasyuran yang baru ditemuinya telah membuat dia sangat popular di sekolah.

"Saya sangat gembira berada dalam Guinness World Records! Banyak orang telah melakukan banyak perkara untuk masuk. Yang saya lakukan adalah menjawab beberapa soalan dan kemudian mereka memberikannya kepada saya," kata Supatra gembira.

Supatra, yang dikenali sebagai Nat dalam keluarga dan teman-temannya, mempunyai keadaan perubatan yang sangat jarang berlaku dikenali sebagai Ambras Syndrome. Memang wujud dan hakikatnya hanya 50 kes yang didokumentasikan sejak abad pertengahan.

Keadaan genetik yang aneh yang merupakan hasil daripada kromosom rosak, menyebabkan rambut tebal untuk tumbuh di seluruh wajah, telinga, lengan dan kaki.

Banyak pesakit dilabel sebagai 'manusia serigala'. Pada abad ke-19, seorang wanita menderita keadaan ini. Julia Pastrana, bekerja dalam persembahan tambahan Barnum dan dilabel seorang yang aneh.


Malek Noor Dan Cerita Keinsafannya







ADA yang bertanya mengapa Malek Noor menjadi figura pertama untuk ditemu bual pada hari pertama Ramadan Al Mubarak yang bermula hari ini.
Relevannya mudah. Barangkali ada yang beranggapan bekas jaguh bina badan negara ini terlalu ‘senior’ untuk dijadikan bahan utama. Namun bukan itu yang Kosmo! pedulikan.
Sebaliknya, kami mahu berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi figura yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua.
Sebelum ini, umum tahu Malek telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya.
Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.
Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.
Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun.
Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.
“Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.
“Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu,” ujarnya sambil tersenyum.
Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.
“Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini,” luahnya jujur.

KASIH seorang bapa yang jelas terserlah antara Malek dan Amelin.


Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.
Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.
Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: “Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya.”
Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah.
Ditanya tentang menunaikan solat tarawih, seperti ‘melompat’ daripada satu masjid ke masjid lain, Malek ternyata mempunyai persepsi sendiri.
Dia memberitahu, dia bukan individu yang mengejar jemaah tarawih. Bukan tidak menyedari ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T, namun kata Malek, dia lebih gembira jika solat wajib lima waktu dilaksana sempurna dan dijaga baik, sebelum melakukan solat sunat.
“Saya akui, ada masa, saya akan ke masjid menunaikan solat tarawih, tetapi bukanlah setiap hari saya ke masjid, kerana kadang-kadang saya memang terlepas ke masjid melakukan tarawih secara berjemaah.
“Jadi saya akan lakukannya secara berseorangan di rumah. Secara peribadi, bagi saya sendiri, saya amat menitikberat soal solat wajib lima waktu. Apa yang penting solat wajib ini tidak tercicir hanya kerana mahu mengejar ganjaran bertarawih,” katanya jujur.
Sementara itu, ditanya tentang juadah berbuka, Malek tidak memilih juadah, cukup sekadar kurma pembuka selera dan sesekali dia mahu merasa nasi beriani, itu sudah memadai baginya.

MALEK dan Amelin bersama ibu dan bapa kandung Amelin, Sharifah Rohani dan Nik Mahmood.


Bukan ulama
Mengajak Malek berkongsi serba sedikit tentang transformasi dirinya kini, dia tidak mahu khalayak melihatnya sebagai seorang alim ulama, sebaliknya cukup sebagai salah seorang manusia yang pernah melakukan terlalu banyak khilaf dan sudah bertaubat nasuha untuk kembali patuh ke jalan-Nya.
Mengaku menjalani transformasi negatif kepada positif secara berperingkat-peringkat, perkara keji yang dilakukan secara drastik sebaik mendapat hidayah adalah berhenti memakan daging khinzir dan meminum arak. Sementara hal-hal buruk lain seperti pergi ke kelab malam dan sebagainya dilakukan secara berperingkat.
“Selepas saya mendedahkan kehidupan lampau saya, saya telah mendapat pelbagai respons daripada banyak orang.
“Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya mengatakan saya memalukan diri dan keluarga kerana membuka aib yang tidak akan dibuka oleh orang lain.
“Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan mahu memalukan keluarga atau membuka aib, sebaliknya saya mahu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya ruang untuk memperbaiki diri dengan menyedarkan saya tentang khilaf yang dilakukan sebelum saya meninggal dunia dalam kesesatan.
“Saya juga tidak malu mengaku keburukan lampau kerana saya tidak takut atau malu dengan pandangan masyarakat, sebaliknya saya mahu dan takut hanya pada Allah S.W.T sahaja,” tegasnya.
Biarpun sudah berubah paksi, itu tidak bermakna Malek melupai duniawi terus. Dia memberitahu kadang-kala masih bertemu teman-teman lama dan masih mengunjungi karaoke.
Katanya: “Sebab itu saya kata saya bukan alim ulama. Kehidupan saya banyak berubah tetapi saya juga harus menyeimbangi kehidupan duniawi asal ia tidak berlebihan dan sentiasa mementingkan akhirat.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder