[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Thursday, June 30, 2011

Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger






Tiba-tiba nama Wardina meletup bagai bom atom apabila dikaitkan dengan sebuah parti politik. Namanya ditulis di banyak blog-blog politik yang cuba mengambil kesempatan di atas hal ini. Wardina yang memang terkenal dengan semangat wajanya telah memberi 14 hari kepada blogger terbabit untuk menarik balik entri tersebut.
Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.
Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.
Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.
“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.
“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Baca entri ini sepenuhnya untuk penjelasan Wardina mengenai punca kekecohan ini.
Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina menjelaskan tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wardina berkata, kehadirannya pada majlis tersebut atas jemputan seorang individu yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.
“Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu ramai orang sedang menunggu.
“Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang,” katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, Rabu.
Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Turut hadir peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.
Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut.
“Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujarnya.
Menurut Wardina, dia terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih.
Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas insiden berkenaan.
“Saya ingin menjelaskan yang saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan.
“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,” ujarnya.
Ditanya adakah dia mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin politik pembangkang, kata Wardina sebagai seorang selebriti dia berhak berbaik dengan sesiapa sahaja.
Wardina turut menjelaskan, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.
Kata Wardina, tindakan itu bukanlah hukuman yang dikenakan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ia adalah keputusan dia sendiri untuk membolehkan isu itu kembali reda selain mahu menceriakan semula kehidupannya.
“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.
Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik bloq yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.
Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut.

Sepah Hampir Berpecah Kerana Maharaja Lawak






Inilah namanya tekanan. Rasanya kalau Sepah benar-benar berpecah, memang ramai yang akan kecewa. Almaklumlah lawak Sepah walaupun agak kasar tetapi memang kena dengan jiwa orang Melayu. Lawak mereka ialah lawak yang sering berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Itu sebab mereka berjaya bergelar juara Maharaja Lawak.
Akibat tekanan untuk memberikan persembahan yang terbaik pada final Maharaja Lawak baru-baru ini, Jepp Sepah akibat terlalu tertekan mahu membubarkan kumpulan Sepah dan membawa haluan masing-masing. Rupa-rupanya semasa rehearsal pun persembahan kumpulan Sepah hanya siap separuh sahaja akibat kekeringan idea. Kata Jepp:
Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak. Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham

Wednesday, June 29, 2011

Harga Sam Dan Lisa RM100,000







Semalam, Zass, ada mengupas isu tentang harga artis kita dan khabarnya pelakon yang semakin mencipta nama, Shahizey Sam dan Lisa Surihani, bakal menerima bayaran RM100,000 untuk sebuah filem. 

Harga itu pastinya cukup lumayan, sedangkan bayaran termahal yang diterima oleh seseorang artis untuk sebuah filem ialah RM30,000 hingga RM50,000. Namun dengan jumlah yang mencecah RM100,000, menjadikan Lisa dan Sam antara artis termahal di negara ini. 

Nampaknya populariti yang dimiliki mereka membuatkan ada pengarah dan penerbit sanggup mengeluarkan kos yang besar hanya untuk mendapatkan khidmat lakonan mereka. 

Menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam, dikatakan, mengadakan pertemuan dengan CEO Metrowealth Pictures, David Teo untuk melamar dua bintang popular itu. 

David yang dihubungi Zass mengesahkan berita itu. Menurutnya, dua bintang di bawah pengurusan MIG Talent itu akan berlakon di bawah arahan anak Yusof, iaitu Syafiq yang baru berusia 19 tahun. 

“Memang benar Datuk Yusof berjumpa saya untuk menawarkan Sam dan Lisa berlakon dengan produksinya. 

“Setelah berbincang, Metrowealth Pictures bersetuju untuk ‘meminjamkan’ Sam dan Lisa kepada Skop Productions demi mengembangkan lagi kerjaya mereka berdua,” katanya. 

Ketika ditanya mengenai bayaran untuk Sam dan Lisa yang dikatakan mencecah RM100,000 David bagaimanapun enggan mendedahkannya. 

“Bayarannya tidak boleh didedahkan kerana sudah termaktub dalam perjanjian, tetapi saya hanya boleh beritahu jumlahnya sangat lumayan. 

“Bagi saya, bayaran itu setimpal dengan status Sam dan Lisa sebagai antara pelakon paling popular ketika ini,” katanya. 

Dalam pada itu, David turut melahirkan kegembiraannya apabila usahanya menggilap bakat baru di bawah MIG Talent mula mendapat perhatian produser lain. 

“Hari ini bintang Sam dan Lisa sedang bersinar, jadi kita memberi peluang kepada mereka. 

“Tetapi, saya akan terus mencungkil bakat lain sama ada dalam bidang pengarahan, lakonan, penulisan skrip mahupun pengurusan untuk sama-sama membantu industri,” katanya. 

Beralih kepada filem Sekali Lagi yang mempertaruhkan genre komedi romantik, David yakin keserasian Sam dan Lisa mampu menarik penonton ke pawagam. 

“Agak mencabar bagi filem Sekali Lagi untuk meraih kutipan tinggi kerana perlu bersaing dengan filem Transformers 3 yang ditayangkan serentak. 

“Namun, saya percaya kekuatan gandingan Sam dan Lisa serta pelakon lain seperti Mia Sara juga Bront Palarae membolehkan filem ini mencapai kutipan melebihi RM3 juta,” katanya. 

Sementara itu, Lisa dan Sam gagal dihubungi untuk menjawab persoalan berkenaan.

Syamsul Mengambil Rosyam Nor Untuk KL Gangster 2











SEJARAH industri perfileman tempatan terus dicipta dengan bangganya apabila hasil tangan anak tempatan yang baru berusia 27 tahun, Syamsul Yusof terus dilakar apabila terbaru arahannya, KL Gangster membuat kutipan kasar RM10.3 juta. 


Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu dijangka mampu membuat kutipan sehingga RM11 juta kerana mengikut Syarat Wajib Tayang, masih ada seminggu lagi ditayangkan di panggung utama. 


Bagaimanapun, ia mungkin mencatatkan rekod tersendiri iaitu menjadi filem tempatan pertama membuat kutipan kasar melepasi angka RM10 juta menerusi tayangan di panggung mengikut peraturan Syarat Wajib Tayang sahaja, iaitu tidak termasuk tayangan di panggung bebas atau daripada bayaran hak siaran di TV.


Filem yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu dan berdasarkan kutipan kasar itu, ia sekali gus berjaya menandingi filem Hollywood yang pernah ditayangkan di tanah air hingga hari ini. 


Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan KL Gangster itu diukur dari aspek pembikinan yang menyerlahkan hasil kualitinya. 


“Alhamdulillah atas kejayaan ini, sebenarnya saya sedikit bimbang apabila ingin bercerita mengenai kutipan filem yang dikhuatiri menjadi riak. Saya bercerita atas penilaian saya dan pihak pawagam yang meramalkan filem itu mampu pergi lebih jauh. 


“Saya ada melayari internet dan mengetahui sendiri maklum balas daripada mereka yang sudah menontonnya, ramai yang bercerita mengenai aspek komersial dan kualiti penghasilannya dan tidak banyak yang menceritakan mengenai aspek negatif.


“Dari ramalan pihak pawagam juga, mereka menyatakan filem ini berkemungkinan akan melepasi RM11 juta sehingga tempoh wajib tayang. Insya-Allah kerana kita masih mempunyai masa beberapa lagi untuk melepasi sasaran itu,” katanya yang dihubungi Hip semalam. 


Namun begitu kejayaan filem itu juga, membuatkan Yusof bimbang dengan tekanan yang akan dihadapi anaknya untuk menghasilkan filem seterusnya selepas ini. 


“Saya melihat Syamsul semakin tertekan dengan situasi itu, orang di luar sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih berkualiti. Jika dilihat, filem pertamanya Evolusi KL Drift mencatat kutipan RM2 juta, diteruskan dengan Bohsia RM4 juta, KL Drift 2 (RM6 juta), Khurafat (RM8 juta) dan kini sudah mencecah RM10 juta, graf itu semakin menaik dan ia cukup merisaukan dia dan saya juga,” katanya. 


Filem kelima arahan Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 itu turut dibintangi Syamsul sendiri (Shark), Ady Putra (Jai), Sheera Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja Lawak (Fadil), Adam Corrie (Dragon) dan Ku Faridah (Ibu). 


Sementara itu, Syamsul turut membayangkan untuk menghasilkan sambungan kepada filem KL Gangster 2 tidak lama lagi. 


Katanya, penggambaran akan dimulakan pada Oktober depan dan ketika ini dia sedang berbincang dengan panel skrip serta barisan pelakon yang membintangi filem itu nanti. 


“Saya juga ada menyatakan hasrat untuk mengambil Rosyam Nor sebagai pelakon,” katanya.

Monday, June 27, 2011

Rango (2011) Extended 720p BRRip 600mb PRT





7.6/10 
 Users: (21,864 votes198 reviews | Critics: 257 reviews Metascore: 75/100 (based on 35 reviews from Metacritic.com)
Rango is an ordinary chameleon who accidentally winds up in the town of Dirt, a lawless outpost in the Wild West in desperate need of a new sheriff.

Screenshot










http://www.mediafire.com/?o2cosc0oqf37kfp
http://www.mediafire.com/?d3xvbq8idh4kl9u
http://www.mediafire.com/?f9mzi16ve5cf1tz

Angkasawan Negara Tak Sabar Timang Anak


Menunggu kelahiran anak sulungnya yang dijangka akan lahir pada bulan hadapan, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui sangat teruja dan tidak sabar.
Sudah menghias sebuah bilik khas buat anaknya, Sheikh Muszaphar dan isteri bagaimanapun enggan membuat imbasan jantina anaknya kerana mahu ia menjadi kejutan untuk mereka berdua sewaktu anak itu lahir nanti. 
"Saya mahu anak lelaki dan isteri mahu anak perempuan, jadi kami ambil keputusan untuk menjadikan jantina anak ini sebagai kejutan pada kami bila dia lahir nanti. 
SHEIKH MUSZAPHAR TIDAK SABAR MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGNYA

"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.
"Saya memang sukakan kanak-kanak, kalau boleh saya mahu berkahwin awal untuk dapat cepat dapat anak, tapi ketika itu saya terikat dengan kontrak bersama kerajaan yang tidak membenarkan saya berkahwin dalam jangka masa dua tahun.
"Alhamdulillah, selepas berkahwin saya cepat dianugerahkan anak, jadi saya tidak sabar lagi untuk melihat anak saya sendiri.
"Saya juga bersyukur isteri saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan tidak mengidam perkara-perkara yang pelik. Sepanjang dia mengandung, Alhamdulillah, perjalanannya nampak mudah dan senang,"luahnya.
Bercerita tentang anak, jelas Sheikh Muszaphar dia tidak meletakkan satu-satu bidang khusus untuk anaknya nanti, malah sebagai bapa, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang diminati anaknya itu.
"Saya akan menyokong apa sahaja yang diminatinya, tidak kisah jika dia mahu menjadi doktor, dan sekiranya dia mahu menjadi angkasawan juga saya tidak keberatan,"jelasnya yang masih tidak mahu memikirkan tentang pelajaran anaknya terlebih dahulu.
Bagi Datin Dr. Halina pula, dia bersyukur apabila dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, sebagai ibu, Dr Halina sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kandungannya.
"Sepanjang mengandung, saya banyak membaca buku tentang otak bayi dan berinya mendengar ayat-ayat Al Quran dan muzik yang abik untuk minda bayi,"jelas Dr.Halina yang akan menghabiskan tempoh berpantang di Lembah kelang sahaja.

114 Nama Sebenar Artis Malaysia


 
1. Aida Rahim – Khalidah Adibah Ahmad
2. Abby Abadi-arbaeyah
3. Awie – Ahmad Azhar Othman
4. Amelina – Norazlina Amir
5. Abot – Norimah Muhammad
6. Accapan – Samynathan
7. Arash Mohamad – Azman Shah Ramlee
8. Azida NS – Ainol Jamal
9. Aris Ariwatan – Haris Fadzillah Daud
10. Baby Arin – Lily Zarina

 eman manan

11. Cico – Eezaq Farrouq Harahap
12. D J Dave – Irwan Shah
13. Didie Alias – Fadzila Ali
14. Erma Fatima – Sayang Nor Fatimah Rahmat
15. Ella – Nor Zila Aminuddin
16. Eman Manan – Abdul Manan Embong
17. Hattan – Mohd Syukri Sharuddin
18. Imuda – Abdul Rahim Muda
19. Jay Jay – Mohd Fauzi Darus
20. Joe Wings – Abdul Zamin Kadir

21. Korie – Azahari Aminuddin
22. Loloq – Rosli Khamis
23. Lydiawati – Salina Zaimon
24. Mamat Exist – Mohd Ali Kamarudin
25. Man Keedal – Rahman Mahmud
26. Man Bai – Abdul Rahman Osman
27. Nanu – Sarabanu Baharudin
28. N D Lala – Amir Hamzah
29. Nash – Nasaruddin Alias
30. Noryn – Norazmahwati Aziz
31. Os – Yusof Hamid
32. Ogy – Fauziah Ahmad Daud
33. Rohana Jalil – Dara Abdul Jalil
34. Rem – Ramzani
35.Sheila Majid – Shahila Abdul Majid
36. To’Ki – Mohd Zaki Mansor
37. Ziana Zain – Siti Roziana Zain
38. Rosyam Nor – Mohd Nor bin Shamsuddin
39. Malique Too Phat – Cairil Edrin
40. AC Mizal – Mizal Zaini
 
41. Anita Sarawak – Ithnaini binti Mohamed Taib Salleh
42. Betty Benafe – Ibtisam
43. M. Nasir – Mohd Nasir bin Mohamed
44. Ning Baizura – Ning Baizura bt Sheikh Hamzah
45. Umie Aida – Umi Kalthom bt Rahmad
46. Zila Bakarin – Rosmawati bt Bakarin
47. Mawar Berduri Ahli Fiqir – Noor Hidayati Mohd Yusop
48. Nor Aliah Lee – Vianney Anastasia Lee @ Nor Aliah Lee bt Abdullah
49. Ani Mayuni – Aishah An-Nur bt Osman
50. Mila AF – Harmila bt Jirin

51. Lisdawati – Nisdawati bt Nazaruddin
52. Kaer AF – Wan Mohd Khair Wan Azami
53. Stacy AF – Stracie Angie Anam
54. Chaq Mentor – Camellus De’lelli Anam
55. Bront Palarae – Nasrul Suhaimin
56. Zizan (Raja Lawak) – Mohd Razizan Abdul Razak
57. Acis = Hashridz Murshim bin Hassim
58. Aqasha = Firdee Akassya bin Rosli
59. Camelia = Dayang Nur Camelia bt Abang Khalid
60. Cat Farish = Farrish Zaquan bin Ramli

61. Harun Salim Bachik = Harun Aminar Rashid b Salim Bachik
62. Jaclyn Victor = Jaclyn a/p Joshua Thanaraj Victor
63. Jasmin Hamid = Jamiah bt Abdul Hamid
64. Kieran ERA = Maskiran Jakiran bin Jakomah
65. Neves Pretty Ugly = Raizan bin Zainal Abidin
66. Nikki = Nicolette Louisa Palikat
67. Que Haidar = Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar
68. Sazzy Falak = Sazlini bt Shamsul Falak
69. Joe Flizzow = Johan bin Ishak
7o. zack taipan – Zulkifli Bin Isa
 
71. fizz fairuz – Mohd Fairuz Zainal Abidin
72. fizo omar – Wan Hafizol Wan Omar
73. zaibo – Zainal Arifin B aBDUL Hamid
74. abon – Shahrizan Ahmad
75. ar tompel – Aman Ramli Jaafar
76. ar badul – Armaya Aman Ramli
77. imuda – Abdul Rahim bin Muda
78. kuswadinata – Kuswadi Bujang
79. hamid gurkha – Abdul Hamid Ab Rahman
80. nora – Wan Norafizah binti Ariffin

 
81. saloma – Salmah binti Ismail
82. sm salim – Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros
83. uji rashid – Fuziah Harun Al Rashid
84. anuar zain – Shahrul Anuar bin Zain
85. dato shake – Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad
86. erema – Dayang Zaira Erema Awang Moshdad
87. deja moss – Sharifah Hadijah binti Wan Moss.
88. dia fadila – Nur Fadilla Nadia Abu Bakar
89. elly mazlein – Sharifah Aida Mazlina Bt Syed Hanafi
90. elyana – Emeelya Elyana Emrizal

91. jamal abdillah – Jamal Ubaidillah bin Haji Ali
92. tauke raja lawak – Zamatul Zamri Zakaria
93. Mat Sentul – Rasif B Yahya
94. m rajoli – Mohd Rajoli Mohd Zain
95. Aziz Satar – Abdul Azez Satta
96. Eddie Wings – Samsiadi Ulong Idris
97. Siput Sarawak – Ramlah Bt Mohamed Sulaiman
98. dafi – gaddafi ismail sabri
99. Linda Onn- Rozlindah Onn
100. shima – Ku Nazhatulshima Kamarazzaman
 
101. yatt – Haryati Hamzah
102. zee avi @ kokokaina – Izyan Alirahman
103. sherie merlis – sharifah saadah wan zainal
105. tiara jacquelina – JACQUELINA EU ABDULLAH
106. siso kopratasa – Syed Ismail Syed Omar
107. dee – syed muradhi
108. eizlan yusof – Idris Yusof
109. zul handy black – Nurzul Suphiaan
110. nadia mustafa – Siti Naziyah bt Sheikh Mustafar
111. imran ajmain – Ahmad Imranullah bin Ahmad Husaini Ajmain
112. siput sarawak – Ramlah Dollah
113. siti tanjung perak – Siti Saudari Samad
114. misha omar-aisah@samiha

Sunday, June 26, 2011

Manchester United Intai Thiago Alcantara





PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson membuat kejutan apabila mengemukakan bidaan bernilai £15 juta bagi mendapatkan bintang muda Barcelona, Thiago Alcantara.
Namun Barcelona dikatakan enggan menjual pemain itu kepada mana-mana pencabar utama mereka pada saingan Liga Juara-Juara.
Tawaran United itu bagaimanapun merupakan yang tertinggi di kalangan kelab-kelab lain yang turut berminat untuk membeli Thiago.
Barcelona memang mahukan pemain tengah berbakat itu mencari pengalaman bersama kelab Liga Perdana England dengan syarat mereka boleh membeli semula pemain itu.
Namun syarat tersebut tidak dipersetujui oleh United.
Thiago, 20, sudah pasti tidak akan mendapat peluang beraksi dengan kerap bersama Barcelona yang dilimpahi bintang-bintang terbaik dunia.
Ia menimbulkan masalah buat jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang tidak mahu kehilangan pemain itu untuk jangka panjang.
Ferguson jelas mahu mendapatkan Thiago sebagai mengisi kekosongan ditinggalkan Paul Scholes yang bersara.
Namun Barcelona lebih berminat untuk meletakkan Thiago sebagai pakej tawaran mereka untuk membeli kapten Arsenal, Cesc Fabregas.
Satu lagi pasukan iaitu Bolton turut berpeluang mendapatkan Thiago kerana mereka bersetuju dengan syarat-syarat ditetapkan Barcelona itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder