Tuesday, August 9, 2011

Gabriel Obertan Berpindah ke Newcastle







Pemain sayap Perancis, Gabriel Obertan menyertai Newcastle dari Manchester United pada hari Selasa lalu.

Obertan, 22, akan sedia untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Arsenal Sabtu ini selepas menandatangani kontrak lima tahun.

"Saya menghabiskan tempoh dua tahun yang baik di Manchester, tapi agak sukar dengan persaingan dan saya amat perlukan kelab yang mana saya boleh bermain lebih lagi," kata Obertan. "Saya tahu tak mudah bermain setiap perlawanan kerana ada kumpulan yang baik di sini, tapi saya mahu mulakan hidup baru dalam bola sepak saya."

Bekas pemain Bordeaux itu terhad kepada hanya 15 penampilan bersama United musim lalu.

"Dia ada kelajuan dan teknik yang sangat baik serta telah kian hebat dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan kini sedia membuat impak sebenar dalam Liga Perdana," kata pengurus Newcastle, Alan Pardew.

"Saya menghubungi Sir Alex mengenainya pada awal musim panas untuk melihat jika ada peluang untuk membawanya ke Newcastle, tapi itu mustahil sehingga Wayne Routledge menyertai Swansea, baru kami mampu untuk membawanya."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder