Wednesday, August 17, 2011

Rozita Che Wan Hanya Pilih Lelaki Bujang Sahaja





KUALA LUMPUR – Pelakon jelita berstatus ibu tunggal, Rozita Che Wan, 38, hanya akan memilih lelaki bujang sahaja sebagai calon suaminya sekiranya takdir menentukan bahawa beliau akan berkahwin sekali lagi.
Rozita berkata, beliau yakin bahawa hanya lelaki berstatus bujang sahaja yang mampu meyakinkannya sebagai calon suami terbaik untuk menjaga masa depan diri serta dua orang anaknya, Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12.
“Terus-terang saya katakan, saya lebih prefer lelaki bujang untuk menjadi suami saya nanti. Saya rasa lelaki bujang sahaja yang dapat menyakinkan saya untuk terima saya dan juga anak-anak saya,” katanya yang dipetik dari blog hiburan popular, murai.com.my.
Berkata kepada laman blog tersebut, pelakon yang masih ‘bergetah’ ini menjelaskan bahawa beliau bimbang kasih sayang kepada anak-anaknya terabai jika beliau berkahwin dengan lelaki berstatus duda yang turut memiliki anak-anak yang lain.
“Saya mahu lelaki yang boleh memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak saya juga, kalau tidak lebih baik saya tak payah kahwin,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai pendiriannya itu, Rozita turut menyatakan kerisauannya berdepan dengan pelbagai masalah sekiranya berkahwin dengan duda atau suami orang memandangkan mereka akan tidak dapat tidak, tentunya akan masih terikat dengan bekas isteri atau isteri masing-masing.
“Jadi kalau saya nak kahwin biarlah elak daripada perkara semua itu.
“Apa yang penting, saya mahu suami yang saya kahwini nanti, saya akan sayangkanya dengan sepenuh hati supaya apa sahaja kemahuan dan kerenah dia saya boleh layan dengan ikhlas,” jelasnya lagi kepada murai.com.
Rozita yang memegang status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu berkata, sekiranya ada jodoh, beliau mahu menamatkan status tersebut dengan berkahwin secepat mungkin memandangkan dirinya tidak berteman sekian lama dan cemburu melihat adik-beradiknya yang semua sudah berumahtangga berbanding dirinya yang sendirian sekian lama.
Pelakon jelita itu juga mendedahkan bahawa beliau berdoa di Tanah Suci Mekah agar dicepatkan bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh dan baik yang mampu membimbingnya, ketika menunaikan umrah bersama hampir semua anggota keluarganya baru-baru ini.
Terbaru mengenai pelakon diminati ramai ini, beliau sedang menjalani pengambaran drama berjudul Biarlah Rahsia dan selepas ini hanya akan bercuti raya selama beberapa hari sebelum meneruskan penggambaran drama bersiri Kiah Perkasam Musim 2 pada pada Hari Raya keempat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder