Monday, August 8, 2011

Sah! Penyanyi Aishah Bercerai Kali Ke-3












































KUALA LUMPUR – Penyanyi Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan lagu Janji Manismu telah bercerai buat kali ke-3, kali ini lebih ‘ringkas’ iaitu menerusi satu kiriman SMS oleh bekas suaminya, Faizal Sazali Zulkifli.
Menurut blog zonartis.com, berita perceraian Aishah dengan suaminya itu yang dinikahi di Narathiwat, Thailand pada 30 April tahun lalu sudah kedengaran sejak bulan lepas lagi.
“Kini, belum pun selesai kes mahkamah disebabkan berkahwin di Narathiwat, Thailand itu, Aishah dengan Faizal akhirnya bercerai. Aishah mengesahkan yang Faizal ‘melafazkan’ cerai pada 19 Mei lalu dan ianya dibuat hanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS),
“Untuk yang mungkin masih tak tahu, Aishah telah bernikah dengan Faizal pada 30 April 2010. Pernikahan pula dilangsungkan secara diam-diam di Narathiwat, Thailand. Kerana itu tidak ramai yang tahu mengenai pernikahan kali ketiganya ini sehinggalah Aishah tampil membuat kenyataan,” kata blog berkenaan.
Sebelum ini, ada laporan yang menyatakan bahawa perkenalan Aishah dengan Faizal hanya berlangsung dalam tempoh seminggu dengan berkenalan ketika Faizal sedang menguruskan hal penceraiannya.
Aishah menganggap jodohnya dengan Faizal sebagai jodoh ekspress kerana sudah menjadi ketentuan. Dia terima Faizal dengan baik dan berharap akan mendapat bimbingan dari Faizal. Faizal adalah duda beranak enam.
Aishah yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand pernah meraih banyak anugerah dalam kerjaya seninya antaranya Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Pemenang Juara Lagu 1990 – Janji Manismu, Pemenang Juara Lagu 1995 – Cinta Beralih Arah dan Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995.

1 comments:

Ada yang tahu tanggal lahir Aishah? dan apakah sekarang masih sehat-sehat saja dia? apakah sudah menikah kali ke 4?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder