LONDON: Laporan terkini mengenai bidaan terbaru Barcelona untuk membawa kapten Arsenal Cesc Fabregas ke Nou Camp sekali lagi ditolak kelab dari London itu.
Menurut laporan Sky Sports, Arsenal berpegang pada jumlah 40 juta (RM196.5 juta), tanda harga yang diletakkan ke atas pemain tengah Sepanyol itu.
Tawaran asal juara Eropah, Barcelona sekitar 30 juta (RM147.4 juta) sebelum ini menemui kegagalan dan mereka dilaporkan membuat tawaran baru 29 juta euros (RM124 juta) dengan tambahan enam juta euros (RM25.6 juta) akan dibayar kemudian tetapi masih gagal memikat Gunners.
Fabregas yang mahu berpindah ke Barca dilaporkan sedia mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak tiga juta euros (RM12.8 juta) bagi memastikan urusan perpindahan itu menjadi.
Tetapi pakej keseluruhan sekitar 38 juta euros (RM162.6 juta) itu masih kurang tujuh juta euros (RM29.9 juta) jika dibandingkan dengan permintaan kelab Liga Perdana itu. -AFP
0 comments:
Post a Comment