Monday, August 15, 2011

Belon panas rempuh rumah








BRISTOL, Britain - Sebuah belon panas merempuh deretan rumah selepas melanggar wayar telefon, lapor sebuah akhbar semalam.


Kejadian tersebut berlaku ketika belon panas yang mengambil bahagian dalam Pesta Belon Panas Antarabangsa Bristol itu tidak dapat terbang tinggi.


Keadaan itu berlaku kerana kru belon berkenaan telah menukar silinder gas belon tersebut.


Bakul belon panas yang membawa seorang bapa dan anaknya itu kemudian merempuh sebuah rumah dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.


Bapa itu yang merupakan jurupandu belon berpengalaman, Martin Read berjaya mendaratkan belon panas tersebut kira-kira 8.04 kilometer dari tempat kejadian.


Pihak berkuasa penerbangan melakukan siasatan manakala kerosakan dijangka ditanggung oleh syarikat insurans.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder