[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Sunday, July 31, 2011

Penyanyi Hasnah Haron Meninggal Dunia





KUALA LUMPUR – Penyanyi popular lewat 60-an yang popular dengan lagu Bersedih , Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sekitar jam 8 pagi tadi. Kematian beliau akibat penyakit kanser pangkal rahim.


Jenazah Hasnah yang turut popular dengan lagu-lagu seperti Sabar Menanti, Aliran Usia, Jauh Dariki, Bintang Pujaan, Mengharap Kasih, Ayah Bonda, Kata Terpendam dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah dekat Johor Bahru selepas Solat Asar nanti.


Hasnah yang sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Kafilas mula mencipta nama dalam industri hiburan tempatan dengan lagu Bersedih.


Hasnah juga terlibat dalam menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.





p/s : ak tau rmi x knal...tpi smela2 kita sdekahkan Al-Fatihah


credit to 
mynewshub.my

Saturday, July 30, 2011

[ livestream ] Man Utd vs Barcelona - UCL Final Rematch - 30/7/2011

Buat enjin carian dengan nama sendiri



style kan ?
huuhu..

SUPERMAK TV3 2011 SDTV


Drama Supermak mengisahkan tentang seorang ibu bernama Amy Salim (lakonan Nasha Aziz) yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa yang diwarisi dari warisan nenek moyangnya yang berketurunan dari Riau.

Cerita bagaimana keturunan Amy memperolehi kuasa luarbiasa ini bermula apabila nenek moyangnya yang bernama Thani menyelamatkan seekor burung garuda yang tercedera terkena panah sakti. Setelah diselamatkan, burung garuda itu tiba² bertukar menjadi seorang wanita yang sangat jelita umpama bidadari. Sebagai membalas jasa kepada Thani. Burung garuda tersebut menganugerahkan 5 kuasa sakti kepadanya dan diperturunkan ke generasi seterusnya sehinggalah diwarisi oleh Amy.

Amy pula yang merupakan generasi ketika ini hidup bahagia bersama suaminya (seorang anggota polis) disamping 2 orang anak mereka iaitu Ayesha dan Amril. Kebahagian keluarga mereka mula tergugat apabila diganggu oleh musuh tradisi nenek moyangnya iaitu Bashar (lakonan Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur ketika itu. Bashar amat ditakuti oleh semua orang kerana mempunyai kuasa api yang amat kuat. Semua orang yang memusuhinya akan dibakar sehingga menjadi debu.

Episod 01    400 MB

Hotfile Download
Fileserve Download
 

Friday, July 29, 2011

Kerana BERSIH 2.0, Rancangan Ustaz Zamri di TV9 Dihentikan


Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

P/s:  Seperti dijangka, media pencacai akhirnya bertindak terhadap Ustaz Zamri yang menghadiri perhimpunan aman BERSIH 2.0. Tindakan yang hampir sama dikenakan terhadap seorang lagi pengacara tv Media Prima yang menghadiri majlis PR baru-baru ini.

Pada perkiraaan saya, Ustaz Zamri tidak rugi apa-apa. Rakyat melihat Ustaz Zamri sebagai seorang yang mahu menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan bebas daripada penipuan. Perhimpunan yang dihadiri oleh Ustaz Zamri bukanlah perhimpunan yang diselit dengan pelbagai unsur negatif. Yang rugi ialah TV itu sendiri. Tahukah mereka bahawa Ustaz Zamri memiliki peminat di FB hampir 400 RIBU orang? Bayangkanlah betapa hebatnya pengaruh Ustaz Zamri kepada generasi muda hari ini. Peminat inilah yang menyokong dan menonton rancangannya di TV. Malah seperti yang diakui media, rancangan yang dikelolakan oleh Ustaz Zamri mendapat rating yang tinggi.


Sejak Program Adik & al Quran dihentikan, ada pihak telah mewujudkan sebuah laman FB yang mahu rancangan itu diteruskan di TV9. Laman dengan nama Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan sudah ada hampir 18 ribu penyokong dalam masa yang singkat. Sambutan hangat pengguna FB ini sudah tentu berganda-ganda lebih hangat daripada laman FB yang menyokong Najib sebagai PM di FB yang ketika ini sedang merangkak menuju ke angka 400 RATUS orang.

Ringkasnya, DCM menyeru pengunjung blog ini agar mengurangkan masa menonton media pencacai yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi tuan besar mereka. Biar rating penonton mereka jatuh, dan hal itu sudah tentu menjejaskan pendapatan mereka.



credit to

Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta!





PUTRAJAYA – Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.
“Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci,” katanya.
Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.
Nor Mohamed berkata Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).
Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).
Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.
Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.
Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.
Nor Mohamed berkata daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).
Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. – BERNAMA


p/s : tu blum msuk jumlah PATI, tmbah tolak rse2 dlm 30 juta ! ish2

Kepala tertusuk pedang Samurai

keadaan Zhang di hospital

pedang samurai jepun


Seorang remaja China secara ajaib telah terselamat daripada kemalangan ngeri di mana pedang telah tertusuk ke dalam kepalanya.

mata bilah berukuran 5cm terbenam ke dalam dahi Zhang Bin selepas beliau dansekumpulan kawan-kawan mula bermain dengan senjata, .

Remaja berusia 15 tahun itu terpaksa menunggu sehingga empat jam sebelummenerima rawatan selepas hospital pertama yang beliau pergi untuk dilaporkan tidak mampu untuk merawat kecederaannya yang parah.

kemudian dia dikejarkan 400km ke hospital lain di Changsha, salah sebuah wilayah diHunan.
"Tiga rakan sekelas datang untuk melawat saya di rumah dan salah seorang daripada mereka membawa pedang," kata remaja yang kemalangan.

"Dia berdiri 3-4m jauh dari saya. Saya tidak tahu bagaimana pedang terbang saya danmenikam ke dalam kepala saya."

Selepas empat jam pembedahan, Zhang dijangka pulih dalam masa 2 minngu .

Spartacus : Gods of the Arena HDTV 500 MB

Spartacus Gods of the Arena (Season 1) HDTV


Quote:
The mini-series features the bloody history of the House of Batiatus and the city of Capua before the arrival of Spartacus. Quintus Lentulus Batiatus becomes a lanista (manager) when he takes over his father's ludus of gladiators. He has ambitions of stepping out of his father's shadow by seeking recognition for his own name and achieving greatness for his house. By his side stands his beautiful wife Lucretia who will help her husband achieve his goal no matter what the cost. Batiatus puts all his fortunes on the man who will gain him fame and glory, his best gladiator, the Celt, Gannicus; a skilled warrior who wields his swords in the arena as if it were his last day alive. However, there are those who oppose Batiatus and his future champion(s) of Capua, plotting against him only to fail. Purchased as an undisciplined and disheveled recruit in the first episode, the Gaul Crixus endures mockery and threats of death to become the greatest gladiator in the house after Gannicus. As Batiatus fends off repeated attempts by his professional rival Tullius to obtain Gannicus, his relationships with his father Titus and friend Solonius begin to suffer the strain of Quintus' relentless ambition. Former champion gladiator Oenomaus reluctantly retires from combat to become Doctore, while Syrian recruits Ashur and Dagan become fierce enemies as Ashur tries to prove himself worthy of being a gladiator. Veteran gladiators Barca and Gannicus accept the rising star of Crixus but fear that their own careers will suffer, as the machinations of Batiatus and Lucretia to court Capua's elite end in tragedy for several members of the household. Against all of this, the city's splendid new arena nears completion and with it the opening games that will make men into gods.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x400.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x400.





Ep 1 || Ep 2 || Ep 3 || Ep 4 || Ep 5 || Ep 6 

SuBtiTle Eng

Ep 1 || Ep 2 || Ep 3 || Ep 4 || Ep 5 || Ep 6 



Jual 3 anak untuk biaya judi online






CHINA - sepasang kekasih ditangkap di bandarDongguan, China kerana menjual tiga anak mereka untuk membiayai ketagihan mereka terhadap permainan dan judi atas talian. Menurut laporan akhbar China, ketiga-tiga kanak-kanakmalang itu telah dijual kira-kira 63 000 yuan (S$ 11,760).
  

Pasangan, Li Lin dan Li Juan, dilaporkan bertemu di sebuah kafeinternet pada tahun 2007 dan seterusnya menjalinkan hubungankerana mempunyai minat yang sama, iaitu permainan atas talian.

Pasangan itu dilaporkan menerima kelahiran anak pertama setahunkemudian. Yang menyedihkan, media melaporkan bahawa pasangan ini meninggalkan bayi lelaki mereka seorang diri di rumahsemata-mata kerana kemaruk bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet yang letaknya kira-kira 30 km dari rumah mereka. 

Pada tahun 2009, pasangan itu menerima kelahiran bayi perempuan sebelum bertindak menjualnya untuk membiayai tabiatperjudian mereka di internet.


Pasangan itu dilaporkan telah menjual bayi perempuan mereka untuk 3 000 yuan (S$560)  dan kemudiannya menjual anak sulungmereka untuk jumlah yang lebih besar, iaitu 30 000 yuan (S$5 600). Apabila anak ketiga mereka dilahirkan, pasangan ini menjualnya serta-merta dengan harga yang sama.

Ibu Li Lin yang mendapat tahu perkara yang berlaku telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Pasangan ini didakwa menganggap perbuatan mereka tidak melanggar undang-undang.

Apabila ditanya jika mereka merindui anak-anak mereka, tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "Kami tidak mahu membesarkanmereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk sedikit wang." - AsiaOne



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...