Monday, August 8, 2011

Arsenal beli Chamberlain £15 juta








ALEX Oxlade-Chamberlain malam tadi mendapat hadiah istimewa sempena hari jadinya iaitu perpindahan bernilai £15 juta (RM74.3 juta) ke Arsenal.
Bintang muda Southampton itu yang bakal genap berusia 18 tahun pada Isnin depan akhirnya sah menjadi pemain baru The Gunners.
“Saya cukup teruja dapat menyertai Arsenal. Ia sebuah kelab yang hebat dan saya memandang ke hadapan untuk merebut peluang beraksi di peringkat tertinggi.
“Arsenal juga memiliki seorang pengurus yang hebat iaitu Arsene Wenger, pemain-pemain yang berkualiti serta memiliki corak dan gaya permainan yang menarik.
“Kesemua faktor inilah yang menjadi pendorong untuk saya menandatangani kontrak dengan Arsenal,” kata Chamberlain.
Chamberlain mengikut jejak langkah pemain sayap England, Theo Walcott yang menyertai Arsenal daripada Southampton pada 2006.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder