gambar hiasan
ALOR SETAR – Tujuh lelaki yang leka bermain judi lemas selepas mereka terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau kerana bimbang ditangkap selepas sarang judi mereka diserbu polis, semalam.
Lima mayat sudah ditemui, namun dua lagi masih hilang.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Hashim Ali berkata, mayat pertama ditemui pada pukul 3 petang manakala mayat kedua pada pukul 5.30 petang, di lokasi berhampiran tempat mereka terjun.
Manakala mayat ketiga ditemui pada pukul 7.30 malam.
Menurutnya, gerakan mencari dua lagi mayat yang hilang itu ditamatkan pada pukul 10 malam tadi disebabkan cuaca buruk dan ia disambung semula pagi tadi.
“Identiti mangsa belum dikenalpasti namun mereka adalah warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun,” katanya.
Beliau berkata, serbuan itu dilakukan oleh polis Bukit Aman selepas melakukan intipan selama beberapa hari.
Malah sarang judi yang terletak dalam semak itu dipercayai beroperasi sejak hampir sebulan lalu -mynewshub
0 comments:
Post a Comment