Sunday, August 7, 2011

nenek paling muda dalam sejarah

Rifca dan cucunya Ion yang kini berusia 2 tahun.


Sebelum ini, DCM ada menyiarkan kisah nenek muda di Britain. Anda boleh membaca kisahnya di sini.

Semalam, saya baca satu lagi artikel yang memeranjatkan apabila seorang wanita yang berusia 25 tahun diiktiraf sebagai nenek paling muda di dunia seperti yang dilaporkan dalam  akhbar atas talianDM. Saya terjemahkannya semalam untuk dikirimkan hari ini. Rupa-rupanya akhbar Malaysia pun ada mengambil cerita yang sama. Tidak mengapalah.

Wanita yang dimaksudkan ialah Rifca Stanescu dari kelompok gipsi yang berasal dari Kampung Investi, Romania. Rifca kini berusia 25 tahun menurut laporan DM, bukannya 23 tahun seperti yang dilaporkan dalam HM. Mungkin ada kekeliruan kerana berdasarkan laporan DM, Rifca menjadi nenek pada usia 23 tahun apabila anaknya Maria melahirkan anak pada usia 11 tahun.

Rifca bersama suami dan cucunya.

Rifca sendiri melahirkan anak sulungnya Maria pada usia yang 13 tahun. Ketika berusia 11 tahun, Rifca berkahwin dengan suaminya, Ionel yang pada ketika itu berusia 13 tahun.Dia melangsungkan perkahwinan tanpa restu itu apabila bapanya mahu mengahwinkannya dengan pemuda yang tinggal di kampung lain. Biarpun begitu, perkahwinan mereka akhirnya direstui apabila Rifca melahirkan Maria. Rifca melahirkan anak kedua, Nicolae setahun kemudian.

Biarpun menegaskan bahawa perkahwinan pada usia terlalu muda adalah amalan biasa masyarakat di sana serta gagal memujuk anaknya agar tidak berkahwin pada usia muda, Rifca berkata remaja/kanak-kanak tidak sepatutnya mengikuti langkahnya memiliki anak pada usia terlalu muda.

Adakah rekod ini membanggakan? Sudah tentu tidak. Banyak alasan untuk berkata demikian. Fikirkan!


 P/s: Nenek paling muda di Britain yang namanya dirahsiakan berusia 26 tahun. Dia berasal dari Rotheram, Yorkshire. Berdasarkan laporan akhbar, dia dinobatkan sebagai nenek paling muda di sana apabila anak perempuannya berusia 12 tahun melahirkan anak pada tahun 1999. Di Malaysia?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder