TEHRAN – Biarpun pedih dan terseksa, namun Ameneh Bahrami memutuskan untuk memaafkan lelaki yang menyebabkan seluruh hidupnya musnah selepas dia menolak lamaran perkahwinan lelaki itu yang juga rakan sekelasnya di universiti.
Keberanian dan ketulusan hati Ameneh itu menyelamatkan Majid Movahedi daripada menerima hukuman sama seperti yang dilakukan ke atas gadis tersebut, iaitu mencurahkan asid ke dalam matanya.
“Allah menyebut mengenai ‘qesas’ dalam Al- Quran namun Allah juga menyebut mengenai keampunan yang lebih besar kesannya dari gesas.
“Saya menunggu selama 7 tahun untuk menyaksikan lelaki ini dikenakan hukuman sama namun hari ini saya memaafkannya. Saya melakukannya demi negara saya, memandangkan kes ini menjadi tumpuan dunia,” katanya.
Majid menerima pengampunan dari Ameneh di saat-saat dia hampir menjalani hukuman `qesas’ iaitu hukuman dibutakan matanya dengan asid selepas disabitkan kesalahan mencurahkan asid ke mata Ameneh kerana menolak lamarannya pada Februari 2009.
Malah wakil daripada hospital dan pakar mata hadir untuk menyaksikan hukuman itu dijalankan sebelum Majid diampunkan Ameneh.
Sementara itu, pendakwaraya Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi memuji keputusan Ameneh.
“Bagaimanapun Ameneh menuntut wang untuk kecederaannya,” katanya Jafari merujuk kepada pampasan yang diperuntukkan kepada mangsa keganasan sekiranya mereka mengalami kecederaan parah.
Pertengahan Mei lalu, akhbar Arman melaporkan Ameneh sebagai berkata, dia mahukan dua juta euro sebagai jaminan untuknya meneruskan hidup selain bayaran rawatan.
Ameneh yang berusia 24 tahun ketika bertemu Majid pada 2002, telah menjalani rawatan perubatan selama beberapa tahun di Sepanyol.
Selain buta kedua-dua mata, dia juga mengalami kecederaan parah di muka dan badan.
p/s : mulia nya hati dia
0 comments:
Post a Comment