Sunday, August 7, 2011

3 Laluan “Sakaratulmaut” Di Kelantan – JPJ



KOTA BAHARU – Tiga laluan pintu masuk ke negeri ini iaitu Machang-Grik, Kuala Krai-Gua Musang dan Pasir Puteh-Bukit Yong dikenalpasti sebagai berisiko tinggi nahas jalan raya atau ‘Jalan Sakaratulmaut’ pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Pengarah JPK Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim, berkata kawasan terbabit kerap berlaku kemalangan jalan raya, terutama dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas hari raya, berpunca daripada pemandu yang ingin pulang ke kampung memandu dalam keadaan mengantuk atau memandu terlalu laju.
Sehubungan itu, katanya, JPJ Kelantan akan meningkatkan pemantauan di tiga laluan pintu masuk utama itu sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
“Kita akan membuat rondaan dan jika perlu menempatkan anggota secara statik di kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi berlaku kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kaunter Online “One JPJ” di Pasar Tani Terminal Agribisnes Negara (Teman), di Tunjung di sini, hari ini.
Beliau berkata, gerakan itu akan dijalankan sebaik saja Ops Raya bersepadu dilancarkan secara serentak di peringkat kebangsaan tidak lama lagi.
Sempena pelancaran itu, JPJ membuka kaunter bagi menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk perkhidmatan membaharui lesen memandu dan cukai jalan serta mengemaskini alamat pemegang lesen memandu dan menyemak saman polis dan JPJ dengan kerjasama pengendali sistem elektronik e-Government Service Provider.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder