Wednesday, August 17, 2011

Google+ kena kutuk dengan Facebook





Eksekutif Facebook berkata bahawa laman sosial Google, Google+, tidak mempunyai ramai pengguna, kurang ‘originality’ dan hanyalah pengaruh dari kesan ekonomi.
Google+ yang mula dibuka dua bulan yang lalu oleh syarikat gergasi Google, telah dikritik oleh pegawai eksekutif kanan Facebook kerana ianya sesuatu yang tidak tulen, tidak mempunyai ramai pengguna dan juga hanyalah pengaruh daripada kesan perkembangan teknologi.
Sean Ryan, Pengarah Rakan Kongsi Permainan Facebook berkata bahawa “Google telah mengadaptasikan beberapa aspek dari sistem Facebook dan mereka rasakan bahawa mereka berhak untuk lakukan perkara tersebut. Kita perlu lakukan lebih baik daripada itu.”
Laporan The Fortune juga melibatkan perbandingan yang dilakukan oleh Ryan antara kadar keuntungan kadar perkongsian model antara mereka dan pengusaha permainan. Facebook berada di depan dengan kadar 30% manakala Google+ hanya sekadar mendapat 5%. “Google hanya mendapat 5% kerana mereka tidak mempunyai ramai pengguna,” kata Ryan. Beliau juga menyamakan taktik yang digunakan oleh Google seperti taktik dimana McDonalds cuba untuk meniru Starbucks dengan menjual kopi.
Google+ kini mempunyai lebih kurang 25 juta pengguna. Pada tahun 2004, Facebook mengambil masa 10 bulan untuk mendapat sejuta pengguna. Fortune menyatakan bahawa penggunaan kemudahan permainan seperti Zynga Poker dan Angry Birds telah membuatkan Facebook sedikit tergugat, dan menyebabkan mereka juga mengumumkan bahawa mereka akan menambahbaik servis-servis komunikasi dan permainan.
Pasaran permainan merupakan satu faktor yang besar kerana ianya boleh mencapai kadar jualan sehingga AS$20.3 billion menjelang 2014, menurut satu kajian yang dilakukan oleh bank ThinkEquity.

2 comments:

nasib le...tak ada google + lagi

google msih dlm bntuk beta...kecoh jew fb nie..haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder