[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Peng Shuilin, Manusia Yang Hidup Dengan Setengah Badan

 Peng Shuilin, lelaki berusia 37 tahun dari China telah bertemu dengan kecelakaan dua tahun lepas dan menghancurkan separuh daripada badannya. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Doktor begitu terpegun melihat kebolehannya dan menyatakan dia merupakan satu-satu manusia yang boleh hidup dalam keadaan begitu. Dia telah menjadi teladan untuk semua orang OKU dan cacat di China supaya tidak menyerah dan putus asa. Hidup tetap hidup selagi kita belum lagi menemui ajal.Kita yang masih mempunyai segalanya, janganlah cari nahas, hargailah nyawa anda selagi anda mampu.











Friday, August 19, 2011

Keris ajaib peninggalan kerajaan Sriwijaya






TEBING TINGG, Sumatera Utara – Sebilah keris di wilayah ini dilaporkan bukan sahaja mampu berdiri sendiri, bahkan turut mempunyai kuasa ajaib.


Omansyah, 28, pemilik keris yang dikenali sebagai Santan Lanang Betino itu memberitahu, dia memperoleh keris itu daripada bapa saudara sulungnya lima tahun lalu.
Dia bagaimanapun tidak berapa jelas tentang asal usul keris yang mempunyai tujuh luk dan 30 sentimeter panjang itu, tetapi mengikut sejarah, keris itu adalah peninggalan kerajaan Sriwijaya yang dimiliki oleh golongan atasan.


“Saya sendiri tidak mengetahui asal-usul keris ini kerana bapa saudara saya enggan menceritakannya,” katanya kepada Tribunnews.com.
Omansyah berkata, keris itu mempunyai kuasa ajaib iaitu boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah.


“Apabila ada pergaduhan, saya sering gunakan keris ini bagi mendamaikan keadaan kerana ia mampu meredakan kemarahan kepada sesiapa yang melihatnya.
“Binatang buas juga akan lari jika melihat keris ini,” ujar Omansyah. – AGENSI







Thursday, August 18, 2011

Lelaki mengaku lakukan hubungan seks dengan ekzos kereta




NORFOLK - Seorang lelaki berbangsa british mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan keretanya sendiri di halaman garaj beliau.


Tarquin Quimm, 38, berasal dari Kota Yarmouth, mengaku telah ketagihan untuk mengadakan hubungan seks dengan kereta terutamanya kereta jenis Range Rovers.


"Saya tidak tahu apa itu kereta sebenarnya" terang encik Quimm, "tetapi apa yang saya tahu sebuah kereta dapat memuaskan nafsu saya. Ini mungkin disebabkan sentuhan nikmat di antara anu saya dan saluran ekzos kereta yang sempit"


"Bagi saya, tiada apa lagi yang paling saya suka melainkan berpakaian dengan seluar dalam wanita, menggesarkan anu saya di dalam saluran ekzos kereta dan memberikan kepuasan yang terhebat kepada kereta saya.



Awan mendarat atas tanah






Segumpal awan putih kecil yang terbang rendah di atas dataran hijau seperti gumpalan besar kapas, lalu jatuh ke tanah, dan tersangkut di pagar. Kejadian ini dikatakan berlangsung di daerah subur Bida Faris, tepat di sebelah timur kota oasis Al-Ain.

Peristiwa segumpal awan ajaib mendarat diatas tanah berjaya dirakam di UAE pada 4 ogos lalu.
Kejadian ni memang pelik dan kesahihannya masih belum dapat dipastikan lagi.








Wednesday, August 17, 2011

Google+ kena kutuk dengan Facebook





Eksekutif Facebook berkata bahawa laman sosial Google, Google+, tidak mempunyai ramai pengguna, kurang ‘originality’ dan hanyalah pengaruh dari kesan ekonomi.
Google+ yang mula dibuka dua bulan yang lalu oleh syarikat gergasi Google, telah dikritik oleh pegawai eksekutif kanan Facebook kerana ianya sesuatu yang tidak tulen, tidak mempunyai ramai pengguna dan juga hanyalah pengaruh daripada kesan perkembangan teknologi.
Sean Ryan, Pengarah Rakan Kongsi Permainan Facebook berkata bahawa “Google telah mengadaptasikan beberapa aspek dari sistem Facebook dan mereka rasakan bahawa mereka berhak untuk lakukan perkara tersebut. Kita perlu lakukan lebih baik daripada itu.”
Laporan The Fortune juga melibatkan perbandingan yang dilakukan oleh Ryan antara kadar keuntungan kadar perkongsian model antara mereka dan pengusaha permainan. Facebook berada di depan dengan kadar 30% manakala Google+ hanya sekadar mendapat 5%. “Google hanya mendapat 5% kerana mereka tidak mempunyai ramai pengguna,” kata Ryan. Beliau juga menyamakan taktik yang digunakan oleh Google seperti taktik dimana McDonalds cuba untuk meniru Starbucks dengan menjual kopi.
Google+ kini mempunyai lebih kurang 25 juta pengguna. Pada tahun 2004, Facebook mengambil masa 10 bulan untuk mendapat sejuta pengguna. Fortune menyatakan bahawa penggunaan kemudahan permainan seperti Zynga Poker dan Angry Birds telah membuatkan Facebook sedikit tergugat, dan menyebabkan mereka juga mengumumkan bahawa mereka akan menambahbaik servis-servis komunikasi dan permainan.
Pasaran permainan merupakan satu faktor yang besar kerana ianya boleh mencapai kadar jualan sehingga AS$20.3 billion menjelang 2014, menurut satu kajian yang dilakukan oleh bank ThinkEquity.

Jom 'Honeymoon' di Hotel Angkasa Lepas



























Firma Rusia, Orbital Technologies telah mendedahkan rancangan untuk membina hotel angkasa lepas , yang dibuka kepada pelancong dunia menjelang 2016.


Hotel itu mempunyai empat kabin yang cukup untuk memuatkan tujuh tetamu dengan kemudahan melakukan aktiviti sosial seperti melihat keindahan sistem solar dengan teropong serta merakam pergerakan angkasa dengan kamera DSLR yang disediakan khas unutk pengunjung .Selain itu, hotel itu juga akan bertindak sebagai hab untuk penyelidikan saintifik dan ujikaji sains .


Pengalaman 'sekali seumur hidup itu' pastinya tidak semurah yang disangka . Ia akan menelan belanja kira-kira $ 410,000 (RM 1,220,979.97) hanya untuk sampai ke stesen angkasa komersial, dan kos tinggal selama lima hari dianggarkan sekitar $ 165.000 (RM 491,369.98).


"Kami menganggap Hotel Angkasa merupakan projek komersial yang amat menarik, dan kami sangat-sangat menggalakkan penyertaan pihak swasta. Ia akan menarik pelaburan swasta bagi industri angkasa Rusia," kata Vitaly Davydov, Timbalan Ketua Persekutuan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia.

Nenek 102 tahun masuk sekolah darjah satu



Ma Xiuxian,   menjadi orang yang tertua di dunia untuk masuk ke sekolah iaitu pada umur 102 tahun . Semangat beliau membuktikan umur bukanlah penghalang untuknya mencari ilmu dan mengejar cita-cita meskipun usianya mencecah lebih satu abad.




Ma mula bekerja di kilang kapas pada usia 13 tahun dan tidak pernah mendapat peluang untuk pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain-lain.


Katanya, peluang belajar di kelas darjah Satu di Sekolah Jalan Elementary Weshan di China adalah satu impian yang menjadi kenyataan.


Sekolah tersebut menawakan pengajaran asas dalam pendidikan seperti membaca, mengiran, dan sebagainya.
Ma memakai alat bantu pendengaran dan membawa kanta pembesar untuk membantu beliau semasa kelas ejaan.


Pada akhir hari pertama persekolahan, Ma mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan kelasnya, dan beliau berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada negara.


Nenek 101 tahun tumbuh tanduk di dahi








Zhang Ruifang hanya menyedari kewujudan tanduk di sebelah kiri dahinya membesar pada tahun 2009 dan kini sudah mencecah 6cm panjang. 


Bagaimanapun Zhang mengatakan dia menolak tawaran doktor untuk membuang tanduknya secara percuma, meskipun beliau sering menjadi perhatian orang disekelilinya termasuklah pelawat yang berkunjung ke rumahnya di Linlou, timur China.


'Pada mulanya, tanduk ini sering menganggu aktiviti harian saya terutama waktu tidur, tetapi sekarang ia membwa tuah kerana ramai orang  melawat saya dan membawa makanan serta hadiah pada setiap masa . Malah, ada juga yang meminta untuk mengambil gambar saya .

 'tanduk kulit' milik Zhang  dipercayai terhasil daripada keratin, bahan sama yang membentuk kuku. Walaupun kebanyakan tanduk kulit yang wujud hanya satu milimeter panjang, tetapi tidak mustahil ada yang boleh memanjang  sehingga beberapa inci .

Tanduk 'Hellboy' tumbuh di kepala




Huang Yuanfan, 84, berkata dua tahun lalu benjolan kecil telah tumbuh di kepalanya, namun tanpa beliau sedari, benjolan itu telah berkembang hingga menyerupai tanduk.

 'Saya cuba mematahkannya dan mencabutnya tetapi tidak berjaya.  Bahkan Tanduk itu terus membesar di kepala saya. '

Yuanfan berkata panjang tanduk di kepalanya kini telah mencecah tiga inci dan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti.

Beliau menambah: 'Doktor berkata, mereka tidak tahu apa puncanya tetapi jika mereka cuba memotong  ia akan tumbuh semula. Saya cuba menyembunyikan disebalik topi tetapi ia hanya melihatkan keganjilan di kepala saya'




Itik Berkaki empat















Seekor itik yang diberi nama "Stumpy" menarik perhatian dunia apabila dilahirkan dengan 4 kaki di Warrawee Duck Farm, New Forest, Hampshire, pada 7 februari 2011. Lebih menarik lagi itik ini dilahirkan dengan satu sayap sahaja.


Bagaimanapun, satu daripada kaki itik itu terlerai dari badannya selepas mengalami kemalangan ketika cuba melepaskan diri akibat tersangkut di pagar. Ini menjadikan Stumpy hanya memiliki tiga kaki saja.


Di sebalik kemalangan itu, ianya merupakan satu kebaikan bagi itik tersebut. Stumpy boleh merayau dan berjalan secara bebas dengan itik yang lain tanpa berhadapan dengan risiko tersangkut sehingga membahayakan nyawanya sendiri.


Pemilik ternakan, Nicky Janaway, berkata "dia sekarang hanya mempunyai tiga kaki dan satu sayap. Ketika kaki dia tersangkut di pagar, dia berjaya melepaskan diri tetapi tidak merasa apa-apa kesakitan walaupun kakinya terlerai. Kami telah mengubati luka pada bahagian kakinya dan membalut luka tersebut. Kebaikan daripada kemalangan itu ialah dia boleh merayau di sekitar ladang bersama dengan teman wanitanya, Alice sambil membuli itik-itik yang lain".


Isteri Nicky Janaway iaitu Mrs Janaway pula berkata, dia sangat terkejut apabila melihat Stumpy mempunyai empat kaki ketika sedang memeriksa jantinanya. Kes kelahiran sebegini pernah berlaku pada tahun 2002 di Queensland, Australia, tetapi itik yang diberi nama Jake telah meninggal dalam waktu yang singkat.







Lelaki Kahwin adik beradik kembar elak keliru













Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.


Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.


Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.


Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.


Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.


Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.


Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.


Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Tuesday, August 16, 2011

Gambar Pejabat Apple yang sangat 'Alien'








CUPERTINO, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa lakaran gambar pejabat baharu syarikat Apple yang mengeluarkan komputer iPad dan telefon bimbit iPhone didedahkan kelmarin.
Pejabat baharu penyelidikan dan pembangunan itu dibina menyerupai sebuah piring terbang.
Foto kampus itu yang bakal dibina di sini didedahkan oleh arkitek Britain, Norman Foster dalam satu mesyuarat majlis perbandaran sebelum ia tersebar di Internet.
Kampus berkenaan yang digelar AppleSaucer, terdiri daripada sebuah bangunan pejabat serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di tapak seluas 260,000 meter persegi.
Ia merupakan bangunan kaca empat tingkat berbentuk bujur dan berkonsepkan mesra alam yang mengelilingi sebuah taman dan boleh menempatkan 13,000 kakitangan Apple.
Antara kemudahan yang bakal dibina termasuk sebuah auditorium korporat berkapasiti 1,000 tempat duduk, pusat kecergasan, loji janakuasa mesra alam dan tempat letak kereta.
Syarikat Apple diasaskan oleh Steve Jobs yang merupakan antara bilionair di dunia. - Agensi





Bayi ganjil seperti makhluk asing


GAMBAR menunjukkan bayi ganjil yang dilahirkan seorang ibu di sebuah 
hospital di Iyin Ekiti, Nigeria pada Khamis lalu.



ADO EKITI - Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an diIyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatanseperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan. Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.- Agensi








Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York






KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.
Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.
Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.
Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).
Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.
"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters


Rihanna belanja $3000 sehari untuk rambut






Daily Mail melaporkan bahawa Rihanna telah mengupah pendandan rambut , Ursula Stephen untuk  menjaga rambutnya pada kadar $ 3243 sehari bersamaan dengan $ 22,701 seminggu, dan mungkin $ 1,18 juta untuk 365 hari .

Oleh itu, Ursula dipertanggungjawabkan untuk bersama Rihana kemana sahaja dia berada semata-mata untuk menjaga rambutnya itu sepanjang masa. Kebanyakan kos tersebut dibayar oleh pihak pengurusan beliau."

Kenalan rapat beliau mengatakan, Rihanna suka menjadi perintis kepada gaya baru tanpa mengira berapa kosnya. Sejak November lalu,  Rihanna telah mengubah gaya rambutnya sebanyak 13 kali semenjak ia dicelup dengan pewarna merah terang.

Misteri Bebola Ais di Hutan Milovice,Republik Czech









Satu bebola ais misteri telah muncul dalam hutan Milovice di Republik Czech, dengan beberapa laporan yang mengatakan ia adalah objek 'asing'.


Saksi mendakwa mereka percaya ia benar-benar objek asing dan ada hubung kait dengan UFO, Pandangan mereka juga disokong oleh media tempatan, yang mendapat telahan kasar daripada Pusat Pelaporan Global UFO.


Objek berbentuk sfera yang masih tidak dikenali itu dilitupi oleh lapisan ais dijumpai berada di tengah-tengah trek laluan hutan yang berlumpur. Ia mempunyai garisan mendatar dan menegak yang menyerupai rumah salji atau igloo.


Kewujudan bebola ais itu dianggap misteri kerana ia berlaku dalam persekitaraan yang tidak mempunyai tanda-tanda ais atau salji di dalam hutan itu . Persoalan timbul mengenai asal usul bebola misteri itu dan ada yang pihak yang mengandaikan ia benar-benar berasal dari ankgkasa lepas.



Tertidur Selama 2 bulan




Lily Clarke, 21, mempunyai tabiat istimewa kerana mampu tidur selama 2 bulan dalam satu-satu tempoh masa. Beliau yang  mengalami Sindrom Kleine-Levin yang jarang ditemui ,  pernah tidur sewaktu peperiksaan universiti dan perayaan Krismas dan Tahun Baru.


Paling menyedihkan  beliau  terlepas majlis sambutan hari jadinya ke-18 selepas tertidur beberapa hari sebelumnya.


Ibu Adele, 47, berkata penyakit itu disedarinya pada tahun 2007 selepas mereka sekeluarga sedang makan di restoran . Beliau menambah: "Sebelum makanan sampai, Lily tiba-tiba tidur di kerusi beliau, kami gagal mengejutkannya dan terpaksa mangangkatnya keluar dari restoran."


Sindrom yang masih belum ditemui penawanya ini menyebabkan Lily tidur lena  kira-kira 23 jam sehari dan terbangun hanya untuk makan di rumah ibu bapanya di Haslemere, Surrey. Dalam tempoh tujuh bulan, purata masa tidur beliau adalah 2 bulan.





credit to
The Sun



Teknologi Storan 'kristal memory'








Pengguna komputer tidak lama lagi boleh menyimpan kerja-kerja mereka ke dalam cakera keras a.k.a hard disk yang dibuat dari kaca selepas saintis berjaya membangunkan teknologi 'kristal memory'.


Kumpulan Sainits berkenaan telah menggunakan pancaran laser untuk mengubah kaca bagi menyimpan data didalamnya.


Mereka berkata teknologi 'kristal Memory' ini mampu menyimpan lebih banyak data daripada cakera keras konvensional dan kurang terdedah kepada keroskan dan suhu panas.


Pada masa ini, belingan kaca itu boleh menyimpan sehingga 50GB data, bersamaan kapasiti storan Cakera Blu-ray. Ia  juga boleh menahan suhu sehingga 1800 F dan tahan untuk beribu-ribu tahun tanpa menjejaskan sedikit pun kualiti data yang disimpan di dalamnya.


Proses pembuatannya adalah dengan meletakkan titik-titik kecil yang dipanggil 'voxels' ke dalam gelas silika tulen yang mengubah cara cahaya bergerak melaluinya.
Voxels ini kemudian boleh dibaca menggunakan decoder optik, membenarkan pengguna untuk menulis atau memadam data seberapa kerap yang mereka suka.


Prof. Martynas Beresna, Ketua penyelidik, daripada  Pusat Penyelidikan Optoelektronik, Universiti  Southampton  berkata: 'Kami telah membangunkan teknologi 'Kristal Memory' yang bermaksud data boleh disimpan pada kaca dan kekal selama-lamanya selain lebih stabil dan selamat ia juga sangat mudah alih".


'Ia sangat berguna untuk organisasi yang mempunyai simpanan arkib yang besar memandangkan sesebuah syarikat kini harus melalukakan back-up arkib setiap 5-10 tahun, kesan daripada penggunaan teknologi storan sedia ada yang mempunyai jangka hayat yang agak singkat.


Para penyelidik kini bekerjasama dengan salah sebuah syarikat Lithuania untuk memasarkan teknologi 'kristal memory' ini -news.asiantown






Jutawan Rusia Beli Rumah Paling Mahal Di Britain










Rumah paling mahal di Britain, Park Place, telah dijual kepada pembeli Rusia dengan harga rekod £ 140m ( RM 684,062,277 juta )


Pembeli, yang tidak dikenal pasti, berjaya membida rumah berusia 300 tahun yang terletak di kampung Remenham, berhampiran Henley-on-Thames, Oxon.


Penjualan rekod itu juga termasuk kira-kira 200 ekar taman-taman, monumen tugu , rumah, kotej, kandang kuda dan sebuah rumah bot.


Pakar-pakar berkata jualan itu menunjukkan bahawa pasaran hartanah di UK masih cergas meskipun krisis ekonomi global.


Rumah yang dibina pada awal abad ke-18 itu pernah dimiliki oleh Frederick, Prince of Wales dan anak sulungnya George II, sebelum beberapa strukutrnya diubahsuai dan dibina semula pada tahun 1800-an.


Namun, Ruang biliknya masih mengekalkan ciri asal batuan besar dan tingkap kaca berwarna, meskipun suatu ketika dahulu rumah itu pernah dihantui cerita seram Mary Blandy, yang dituduh meracuni bapanya pada tahun 1752 di rumah itu.




Peminat Setia F1 dapat tangan bionik






Matthew James, 14, yang dilahirkan tanpa tangan kirinya, secara suka-suki menghantar surat  kepada Ross Brawn, bos pasukan F1 Mercedes GP Petronas, meminta £ 35,000 untuk membiayai kos tangan palsu baru .


Sebagai balasan, Matthew secara licik berkata dia akan membenarkan syarikat penaja meletakkan logo Mercedes di atas tangan palsunya itu - seperti iklan yang dilihat pada kereta F1.


Team Mercedes F1 yang tersentuh dengan surat bersahaja Matthew, bersetuju untuk membantu dan bekerjasama dengan firma Touch Bionics, firma yang membuat dan memasang anggota palsu berteknologi tinggi.


Usahasama antara kedua-dua firma gergasi itu berjaya mereka teknologi i-LIMB Pulse - anggota badan palsu yang paling maju di dunia.


Tangan Bionik yang dibuat daripada plastik gred tinggi dengan soket silikon hitam, telah dipasang dalam tangan Matius. Dua elektrod di bahagian dalam soket mengesan impuls elektrik yang dibuat oleh otot lengan Matius.  Isyarat dipancarkan ke komputer mini di tapak tangannya yang bertindak menterjemahkan impuls kepada pergerakan, menyamai fungsi  tangan normal. Tangan Bionic ini juga dilindungi oleh casis aluminium yang mampu menampung bebanan sehingga 90kg (14st).


Touch Bionics juga bersetuju memasang tangan palsu itu dan melatih Matthew secara percuma, dimana kos sebenar nya dianggkarkan sebanyak £ 25,000.


Tangan Bionic versatil itu membolehkan Matthew menggenggam pen untuk menulis dan melukis gambar , selain mengikat tali kasut beliau dan menangkap bola - 








credit to
telegraph.co.uk





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder