[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Rozita Che Wan Hanya Pilih Lelaki Bujang Sahaja





KUALA LUMPUR – Pelakon jelita berstatus ibu tunggal, Rozita Che Wan, 38, hanya akan memilih lelaki bujang sahaja sebagai calon suaminya sekiranya takdir menentukan bahawa beliau akan berkahwin sekali lagi.
Rozita berkata, beliau yakin bahawa hanya lelaki berstatus bujang sahaja yang mampu meyakinkannya sebagai calon suami terbaik untuk menjaga masa depan diri serta dua orang anaknya, Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12.
“Terus-terang saya katakan, saya lebih prefer lelaki bujang untuk menjadi suami saya nanti. Saya rasa lelaki bujang sahaja yang dapat menyakinkan saya untuk terima saya dan juga anak-anak saya,” katanya yang dipetik dari blog hiburan popular, murai.com.my.
Berkata kepada laman blog tersebut, pelakon yang masih ‘bergetah’ ini menjelaskan bahawa beliau bimbang kasih sayang kepada anak-anaknya terabai jika beliau berkahwin dengan lelaki berstatus duda yang turut memiliki anak-anak yang lain.
“Saya mahu lelaki yang boleh memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak saya juga, kalau tidak lebih baik saya tak payah kahwin,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai pendiriannya itu, Rozita turut menyatakan kerisauannya berdepan dengan pelbagai masalah sekiranya berkahwin dengan duda atau suami orang memandangkan mereka akan tidak dapat tidak, tentunya akan masih terikat dengan bekas isteri atau isteri masing-masing.
“Jadi kalau saya nak kahwin biarlah elak daripada perkara semua itu.
“Apa yang penting, saya mahu suami yang saya kahwini nanti, saya akan sayangkanya dengan sepenuh hati supaya apa sahaja kemahuan dan kerenah dia saya boleh layan dengan ikhlas,” jelasnya lagi kepada murai.com.
Rozita yang memegang status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu berkata, sekiranya ada jodoh, beliau mahu menamatkan status tersebut dengan berkahwin secepat mungkin memandangkan dirinya tidak berteman sekian lama dan cemburu melihat adik-beradiknya yang semua sudah berumahtangga berbanding dirinya yang sendirian sekian lama.
Pelakon jelita itu juga mendedahkan bahawa beliau berdoa di Tanah Suci Mekah agar dicepatkan bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh dan baik yang mampu membimbingnya, ketika menunaikan umrah bersama hampir semua anggota keluarganya baru-baru ini.
Terbaru mengenai pelakon diminati ramai ini, beliau sedang menjalani pengambaran drama berjudul Biarlah Rahsia dan selepas ini hanya akan bercuti raya selama beberapa hari sebelum meneruskan penggambaran drama bersiri Kiah Perkasam Musim 2 pada pada Hari Raya keempat.

Video ini boleh Batalkan Puasa anda Dengan Sengaja


macam mane ?? awesomekan~ ade yang termuntah x ? oopps... sory...
hahahaha

Tuesday, August 16, 2011

Rihanna belanja $3000 sehari untuk rambut






Daily Mail melaporkan bahawa Rihanna telah mengupah pendandan rambut , Ursula Stephen untuk  menjaga rambutnya pada kadar $ 3243 sehari bersamaan dengan $ 22,701 seminggu, dan mungkin $ 1,18 juta untuk 365 hari .

Oleh itu, Ursula dipertanggungjawabkan untuk bersama Rihana kemana sahaja dia berada semata-mata untuk menjaga rambutnya itu sepanjang masa. Kebanyakan kos tersebut dibayar oleh pihak pengurusan beliau."

Kenalan rapat beliau mengatakan, Rihanna suka menjadi perintis kepada gaya baru tanpa mengira berapa kosnya. Sejak November lalu,  Rihanna telah mengubah gaya rambutnya sebanyak 13 kali semenjak ia dicelup dengan pewarna merah terang.

Sunday, August 14, 2011

Kad kahwin Unik Ashraff Muslim











KUALA LUMPUR – Kalau kad jemputan perkahwinan Zed Zaidi berbentuk Facebook, kad jemputan perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina pula berbentuk kimono dan banyak lagi pasangan dengan reka bentuk yang unik, kad jemputan perkahwinan Ashraf Muslim pula direka seperti lembaran kitab suci Al-Quran.
Menurut blog zonartis.com, kad jemputan perkahwinan Ashraf Muslim sangat unik dan istimewa.
“Seperti yang pernah kami maklumkan dulu, Ashraf Muslim akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Noor Dayana pada 1 Syawal di tanah suci Mekah,
“So, marilah sama-sama kita doakan agar apa yang sudah mereka rancangkan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” katanya.
Sementara itu, izyan.com berkata, pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana sudah pun memasuki 4 bulan.
“Alhamdulillah sehingga ke saat ini tali pertunangan masih lagi terpelihara. Dan kini mereka sibuk untuk menyiapkan dan mengedar kad perkahwinan yang dijangkakan perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada 24 September bersamaan 26 Syawal,
“Mengenai kad nya pula, memang sungguh unik, tulisan jawi dan berkonsepkan Quran. Tapi yang tak tahu baca Jawi tue, jangan risau, sebab ada perkataan rumi dibawah ayat Jawi berkenaan. Apa-apa pun, kad ini sungguh unik dan jarang dapat kita lihat,” katanya.
Blog beautifulnara.com pula berkata, kad kahwin Ashraff Muslim sememangnya melambangkan ciri-ciri penuh keagamaan.


















Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September Ini









Nabil Raja Lawak (28 tahun) akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Nabil dan Nazirah sudah dikatakan sudah berkenalan selama 6 tahun.


"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri"  Ulas Nabil


Tahniah kepada Nabil atas berita gembira ini. Semoga dengan pernikahan ini, rezeki Nabil akan bertambah-tambah.






credit to
beatifulnara

Saturday, August 13, 2011

Joe Jonas Suka Pakai Pakaian Kotor



MELIHAT penampilan Joe Jonas yang sentiasa berpenampilan menarik, pasti ramai yang tidak percaya apabila mendapat tahu Joe seorang yang pengotor.

Joe yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jonas Brothers itu mengakui dia sering memakai pakaian kotor dan tidak keberatan memakai sehelai baju untuk beberapa kali.

'Bagi saya ia satu perkara yang mudah dan cepat untuk saya bersiap lebih-leih lagi ketika saya mahu bersukan.

'Rasanya, itu adalah perkara normal dalam hidup saya,' katanya kepada majalah Malefirst.

Selain itu, mengimbas kenangan lama, kata Joe, dia juga gemar menyakat adik beradiknya iaitu Nick, Kevin dan Frankie semasa kecil.

'Saya memang suka mengusik orang disekeliling saya. Malah saya pernah emmbalut pokok-pokok di sekitar laman rumah dengan kertas tisu tandas,' selorohnya."

Tuesday, August 9, 2011

Gambar Lady Gaga Berimej Lelaki









Lady Gaga



LONDON: Bintang pop Lady Gaga yang terkenal dengan pelbagai penampilan pelik kini muncul pula dengan imej terbaru seperti seorang lelaki untuk kulit album ‘single’ terbarunya iaitu You And I. Dalam foto yang wajahnya hampir tidak dikenali itu, Gaga tampil dengan berseluar pendek, berambut palsu warna gelap, memakai jambang di pipi dan menghisap rokok.


Gaga memuat naik foto tersebut di laman Twitternya berserta mesej yang berbunyi:
“Anda tidak akan menemui cinta yang anda cari jika anda tidak mencintai diri anda sendiri terlebih dulu.”Dalam foto yang wajahnya hampir tidak dikenali itu, Gaga tampil dengan berseluar pendek, berambut palsu warna gelap, memakai jambang di pipi dan menghisap rokok. Gaga memuat naik foto tersebut di laman Twitternya berserta mesej yang berbunyi:


“Anda tidak akan menemui cinta yang anda cari jika anda tidak mencintai diri anda sendiri terlebih dulu.” –Mstar Online

Ustaz Baca Doa Filem MIG Production Dapat Bonus




KUALA LUMPUR – Penerbit MIG Production, David Teo membuktikan dia pemurah apabila semua karyawan filem Kongsi terbitannya mendapat bonus termasuklah Ustaz Fauzan Abd. Samad yang menerima RM10,000 pada majlis berbuka puasa syarikatnya itu semalam.
Menurut David, meskipun Ustaz Fauzan cuma sekadar membaca doa pada majlis kesyukur pelancaran dan tamat penggambaran filem-filem MIG Production tetapi dia juga berhak menerima imbuhan itu apabila Kongsi mengutip kutipan tiket RM8.5 juta baru-baru ini.
“Ini bukan kali pertama saya memberi bonus kepada Ustaz Fauzan tetapi tahun lepas pada majlis seperti ini saya juga telah memberi bonus wang tunai RM10,000 kepadanya. Setakat ini sudah ramai ustaz yang saya jemput membacakan doa selamat pada majlis saya.
“Bagaimanapun, saya dapati Ustaz Fauzan kelihatan lebih jujur dan ikhlas. Perkara itu saya dapat lihat daripada air muka dan nada suaranya sewaktu membacakan doa. Malah, kebanyakkan filem saya yang dia bacakan doa juga mendapat keuntungan besar.
“Saya sudah biasa dengan Ustaz Fauzan dan untuk terus bekerjasama dengannya. Bagi saya, orang seperti dia juga amat penting bagi memastikan kejayaan filem-filem terbitan MIG Production pada masa akan datang,” ujarnya pada sidang akhbar sebelum majlis berbuka puasa itu.
Pada majlis itu, penerbit berasal dari Segamat, Johor itu memberikan bonus kepada pengarah, pelakon dan karyawan di belakang tabir Kongsi yang merupakan filem ke-45 terbitannya di mana kutipan tiketnya adalah yang tertinggi di bawah syarikat produksi tersebut.
Pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari contohnya, menerima wang tunai RM50,000 dan RM50,000 biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang filem di luar negara, pelakon utamanya, Shahiezy Sam (RM60,000) dan Yana Shamsudin (RM10,000).
Farid Kamil yang berasal dari Kedah berkata, dia terharu dengan sumbangan David itu kerana ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi motivasi kepadanya untuk berkarya dengan lebih kreatif lagi pada masa akan datang.
“Saya belum memutuskan untuk melanjutkan pengajian di universiti mana di luar negara dalam bidang perfileman selepas ini. Buat masa ini, saya mahu menyiapkan terlebih dulu filem terbaru arahan saya yang berjudul Cup Prix yang juga diterbitkan oleh MIG Production,” katanya.
Majlis yang dikenali sebagai Malam Kongsi Rezeki itu turut menyaksikan David menghulurkan sumbangan anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Rumah Anak Yatim Syifa, Pusat Jagaan dan Asuhan Raudhatul Ikhwan, Persatuan Kebajikan Al-Munirah dan Darul Kifayah.
Tidak ketinggalan sumbangan berupa wang tunai RM1,000 setiap satu kepada enam persatuan artis termasuklah Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan Persatuan Sutradara Malaysia di mana ia juga adalah amalan MIG Production sejak beberapa tahun lalu.

Monday, August 8, 2011

Sah! Penyanyi Aishah Bercerai Kali Ke-3












































KUALA LUMPUR – Penyanyi Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan lagu Janji Manismu telah bercerai buat kali ke-3, kali ini lebih ‘ringkas’ iaitu menerusi satu kiriman SMS oleh bekas suaminya, Faizal Sazali Zulkifli.
Menurut blog zonartis.com, berita perceraian Aishah dengan suaminya itu yang dinikahi di Narathiwat, Thailand pada 30 April tahun lalu sudah kedengaran sejak bulan lepas lagi.
“Kini, belum pun selesai kes mahkamah disebabkan berkahwin di Narathiwat, Thailand itu, Aishah dengan Faizal akhirnya bercerai. Aishah mengesahkan yang Faizal ‘melafazkan’ cerai pada 19 Mei lalu dan ianya dibuat hanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS),
“Untuk yang mungkin masih tak tahu, Aishah telah bernikah dengan Faizal pada 30 April 2010. Pernikahan pula dilangsungkan secara diam-diam di Narathiwat, Thailand. Kerana itu tidak ramai yang tahu mengenai pernikahan kali ketiganya ini sehinggalah Aishah tampil membuat kenyataan,” kata blog berkenaan.
Sebelum ini, ada laporan yang menyatakan bahawa perkenalan Aishah dengan Faizal hanya berlangsung dalam tempoh seminggu dengan berkenalan ketika Faizal sedang menguruskan hal penceraiannya.
Aishah menganggap jodohnya dengan Faizal sebagai jodoh ekspress kerana sudah menjadi ketentuan. Dia terima Faizal dengan baik dan berharap akan mendapat bimbingan dari Faizal. Faizal adalah duda beranak enam.
Aishah yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand pernah meraih banyak anugerah dalam kerjaya seninya antaranya Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Pemenang Juara Lagu 1990 – Janji Manismu, Pemenang Juara Lagu 1995 – Cinta Beralih Arah dan Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995.

Saturday, August 6, 2011

Siti Nurhaliza Jawab Isu Berus SimplySiti Dari Bulu Babi




Terlebih dahulu, mynewshub menyiarkan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pahang mengenai berus Simply Siti yang dikatakan mengunakan bulu babi.

Berikut pula ialah kenyataan oleh Datuk Siti Nurhaliza berhubung dakwaan tersebut :
Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.
Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam.
Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut.
BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.
Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.
SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011

Wednesday, August 3, 2011

Bekas penyanyi R & B tubuh kumpulan nasyid






PERTEMUAN di kelas agama ternyata telah memberi satu wadah perjuangan baru kepada beberapa bekas ahli tiga buah kumpulan yang sememangnya cukup popular dengan lagu berentak R&B dan Soul.
Jika sebelum ini kebanyakan lagu-lagu mereka lebih menjurus ke arah mencintai wanita, kini lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lebih kepada mencintai Allah dan Rasulullah.
Itulah yang kini diperjuangkan oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).
Amer yang mewakili ahli kumpulannya itu berkata, memandangkan minat mereka yang tetap mendalam terhadap muzik sejak dulu lagi, kini mereka sepakat untuk meneruskan karier nyanyian dengan lagu-lagu yang menjurus kepada agama.
"Selama ini kami memang berkawan antara satu lain, namun kali ini kami dipertemukan dan bersatu melalui sebuah kelas agama yang telah dihadiri sejak beberapa tahun yang lalu.
"Apabila sering bertemu di kelas agama, kami telah berbincang tentang pendekatan yang lebih sesuai dilakukan memandangkan minat terhadap muzik itu masih ada dan akhirnya tertubuhlah sebuah kumpulan nasyid yang diberi nama Al Mawlid," ujarnya.
Menurut Amer, ketika ini ahli kumpulan nasyid tersebut dianggotai oleh tujuh orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge), tetapi buat masa ini cuma mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.
Ujarnya, sejak beberapa tahun yang lalu, mereka semua mengikuti kelas agama yang dibimbing oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid pada setiap hari Jumaat di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat dan hari Ahad di Madras Annur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Ditanya tentang pengajian kelas agama yang diikuti mereka, Amer menjelaskan, mereka mempelajari ilmu Talaqi yang merangkumi empat bidang pengajian iaitu ilmu Tauhid, Tasauf, Hadis dan Feqah.
"Boleh dikatakan cara pembelajaran kami di kelas agama ini adalah lebih cara tradisional iaitu mempelajari ilmu agama menerusi kitab dan akan dibimbing oleh seorang guru agama," ujarnya.
Mengenai nama kumpulan pula, mereka sepakat untuk dikenali dengan nama Al Mawlid yang bermaksud kelahiran Rasulullah dan ia merupakan satu simbolik kepada kelahiran semula mereka dalam bidang nyanyian menerusi wadah perjuangan yang baru.
"Pada mulanya kami agak risau juga sekiranya apa yang kami lakukan ini tidak mendapat persetujuan daripada guru agama kami. Alhamdulillah, beliau ternyata tidak menentang, memberi sepenuh sokongan kepada kami.

GABUNGAN daripada grup Innuendo, Ruffedge dan VE kini membentuk sebuah grup baharu yang diberi nama Al Mawlid.



"Bagaimanapun, kami tidak mahu dilabel sebagai kumpulan dakwah kerana masih belum layak lagi. Matlamat kami adalah untuk menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat menerusi nyanyian," ujarnya.
Sementara itu, Azan pula menjelaskan nyanyian juga sebenarnya boleh dijadikan medium kepada penyampaian mesej-mesej yang positif dan mereka sendiri cukup tertarik dengan lagu-lagu Qasidah.
Menurutnya, mereka sendiri begitu tertarik dan kagum dengan keindahan lagu-lagu Qasidah yang mempunyai irama yang sangat indah dan lirik-liriknya yang banyak memuji Allah dan Rasulullah.
"Memandangkan kami semua sudah mempunyai pemahaman tentang muzik, jadi kami merasakan tidak ada halangan untuk meneruskan penglibatan dalam bidang muzik dan akhirnya tertubuhlah Al Mawlid," ujarnya.
Jadual padat
Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia, sudah menjadi kebiasaan kepada kumpulan-kumpulan nasyid yang akan diundang untuk membuat persembahan terutamanya ketika majlis berbuka puasa.
Meskipun kumpulan Al Mawlid boleh dikatakan baru sahaja ditubuhkan, namun Amer mengakui jadual mereka ternyata cukup padat bagi memenuhi undangan untuk membuat persembahan sepanjang bulan puasa ini.
"Alhamdulillah, jadual kami untuk bulan Ramadan pada tahun ini memang padat dan memang agak sukar untuk ditolak kerana kami akan berusaha untuk memenuhi hasrat pihak yang telah mengundang kami.
"Pada mulanya kami tidak menyangka akan mendapat undangan membuat persembahan yang banyak memandangkan Al Mawlid masih lagi baru. Bagaimanapun, itu semua adalah rezeki untuk kami menghiburkan orang ramai pada bulan yang mulia," ujarnya.
Walaupun merasakan rezeki mereka tidak lagi mewah seperti dulu setelah bergabung dan membentuk sebuah kumpulan nasyid, Amer memberitahu ia bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan.
Menurutnya, selain menyanyi, setiap ahli kumpulan Al Mawlid juga mempunyai kerjaya masing-masing, meskipun setiap undangan membuat persembahan turut dijadikan sumber pendapatan sampingan.
"Fokus kami buat masa ini adalah mahu menggunakan bakat muzik yang dikurniakan oleh Allah untuk mengembangkan lagi syiar-syiar Islam menerusi lagu-lagu yang berunsur nasihat," jelasnya.
Mengenai album pula, buat masa ini mereka merancang album Al Mawlid dihasilkan menerusi konsep kompilasi, di mana setiap ahli kumpulan akan menghasilkan single masing-masing dan kesemua lagu single tersebut akan digabungkan untuk menjadi sebuah album.
Jelas Amer, setakat ini dia sendiri telah menghasilkan single yang pertama berjudul Cahaya Seluruh Alam, manakala Pot pula menghasilkan lagu berjudul Belaian Jiwa 1432 dan Lah pula akan keluar dengan single berjudul Yang Penuh Dosa.
Kisah tersendiri

INI adalah persembahan sulung Al Mawlid iaitu di pelanjaran program Ramadan stesen televisyen AlHijrah pada bulan lalu.



Di sebalik penghijrahan yang dilalui oleh setiap anggota kumpulan nasyid Al Mawlid ini, sebenarnya masing-masing mempunyai kisah tersendiri dalam usaha untuk mencari erti kehidupan yang lebih bermakna.
Bagi Amir, dirinya mula terdetik untuk berubah apabila dia berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang diri Rasulullah yang juga dikenali sebagai kekasih Allah.
"Dalam usaha untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai peribadi Nabi Muhammad, saya banyak membaca buku-buku berkenaan baginda. Kemudian timbul perasaan kagum terhadap pujian ke atas baginda yang berjuang menegakkan syiar Islam.
"Sebenarnya saya sudah ada keinginan untuk berubah semenjak bersama kumpulan Ruffedge lagi, tetapi tetap bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berubah dan sekarang ini saya akan pastikan solat saya cukup lima waktu serta mahu menjadi seorang manusia yang lebih baik," ujarnya.
Sementara itu, Zaf yang turut berkongsi cerita tentang perubahan yang dilaluinya memberitahu bahawa sejak belum berkahwin lagi dia sudah merasakan kekosongan di dalam hatinya.
Kemudian dia cuba untuk mengubah cara kehidupannya dengan mendekatkan dirinya dengan Allah, tetapi mengakui bahawa pada masa itu dia berbuat demikian hanya semata-mata kerana mahu mendirikan rumah tangga.
"Tidak lama selepas saya berkahwin, akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan VE. Bagaimanapun, apa yang menghairankan, saya terus berasa kekosongan di dalam hati.
"Walaupun terus diberikan rezeki oleh Allah, saya cuba untuk mencari jawapan terhadap kekosongan yang dialami dan pada masa yang sama saya berusaha untuk mendalami ilmu agama," jelasnya.
Tambahnya lagi, hanya pada tahun lalu dia telah dipertemukan dengan Amir setelah kedua-duanya terserempak di sebuah masjid di Taman Tun Dr. Ismail setelah empat tahun tidak berjumpa.
Ujarnya, pada pertemuan yang tidak disangka itu, Amir telah menggunakan peluang yang ada untuk menceritakan perubahan yang dialami serta mengajaknya untuk mengikuti kelas agama yang dihadirinya.
"Sememangnya saya merasa agak sebak juga dengan apa yang diceritakan oleh Amir tentang pengalaman yang dilaluinya dan kemudian saya bersetuju untuk sama-sama menyertai kelas agama tersebut sehingga sekarang," ujarnya.
Menurut Zaf, dia mengakui sekarang telah menjalani kehidupan yang lebih tenang dan bahagia serta sudah menemui jawapan sebenar tentang kekosongan hatinya selama ini.
Berbanding dengan kisah Amir dan Zaf, seorang lagi anggota Al Mawlid iaitu Azan menyatakan detik perubahan terhadap dirinya mula berlaku setelah melalui kegagalan dalam kerjayanya.
"Akhirnya mula timbul kesedaran dalam diri untuk berubah kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah meneruskan kehidupan. Saya anggap kegagalan yang dilalui itu sebagai muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder