Tuesday, July 19, 2011

Tokong Diperbuat Daripada 1.5 Juta Botol Bir







Sebuah tokong telah dibina oleh sekumpulan sami di Timur Laut Thailand yang menggunakan lebih sejuta botol bir yang dikitar semula untuk membina dinding dan atap tokong tersebut.
Wat Pa Maha Chedi Kaew, yang juga dikenali sebagai Wat Lan Kuad atau ‘Tokong Sejuta Botol’, terletak di daerah Sisaket berhampiran sempadan Cambodia, 400 batu dari ibu kota Bangkok.
Kumpulan sami berkenaan telah mengambil masa 25 tahun untuk menyiapkan pembinaan sebuah tokong seperti yang dilihat dalam gambar. Bahan-bahan yang digunakan adalah 1.5 juta botol bir. Ia satu-satunya tokong di dunia yang keseluruhannya dibina dengan botol bir.
Idea asal kumpulan sami itu ialah untuk membersihkan alam persekitaran daripada botol-botol yang mencemarkan dan lantaran itu mereka memulakan koleksi mengumpul botol bir pada tahun 1984. Idea itu akhirnya menjadi satu pembinaan arkitektur yang menarik.
Mereka menggalakkan pihak berkuasa tempatan untuk menghantarkan lebih banyak botol bir dan kini mereka telah mendirikan sebuah kompleks yang terdiri daripada 20 bangunan yang menggunakan botol bir, termasuk tokong utama di atas sebuah tasik, tempat pembakaran mayat, bilik-bilik sembahyang, sebuah dewan, menara air, tandas pelawat dan beberapa banglo kecil yang berfungsi sebagai kuarters sami.
Tokong botol bir kini berada dalam senarai yang diluluskan sebagai tempat-tempat pelancongan eko-mesra di Asia Tenggara.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...