Friday, July 29, 2011

Tauke Popiah Antara Orang Terkaya Di Singapura




Bilionair Sam Goi Seng Hoi, 62, lebih dikenali dengan gelaran ‘Raja Popiah’, membuat penampilan pertamanya tahun ini sebagai antara orang terkaya Singapura melalui perniagaan menghasilkan popiah.
Tee Yih Jia Food Manufacturing, syarikat utamanya yang menguruskan secara peribadi empayar makanan beku, dengan anggaran hasil $1.3 bilion, merupakan pembuat kulit popiah terbesar di dunia, menghasilkan 35 juta kepingan setiap hari di kilang di Singapura, China, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Dijual dibawah jenama Springs Home, ia boleh didapati di bandar utama seluruh dunia dari San Francisco ke Kolkata dan juga China. Tidak ada penyaing yang boleh menandingi Tee Yih Jia, yang mengeksport 90 peratus pengeluarannya ke 49 negara.
Daripada hanya membuat kulit popiah, syarikat Goi telah mengembangkan pengeluarannya dari membuat popiah kepada satu rangkaian
pelbagai makananan-sedia-makan hidangan Asia, termasuk roti paratha, samosa India, bebola pulut dan gulungan udang.
“Saya seorang lelaki sederhana yang bermula secara kecil-kecilan dengan popiah. Tetapi kini kami telah pergi jauh melebihi itu,” Goi berkata. “Sam telah menunjukkan bahawa dengan dorongan, keghairahan dan keazaman apa sahaja tidak mustahil. Dia seorang yang bersemangat,” kata rakan pengusaha hotelnya dan rakan tersenarai kaya, Ow Chio Kiat, yang mempengerusikan Stamford Land.
Dengan minatnya terhadap makanan dan pemilikan lain, terutamanya hartanah, dia muncul buat pertama kali di No. 12 antara orang terkaya Singapura, dengan keuntungan yang dianggarkan pada $1.2 bilion.
Makanan bukan perniagaan yang Goi ingin lakukan. Bapanya, Goi Koh Tong, seorang petani di wilayah Fujian China, berhijrah ke Singapura ketika Goi berusia enam tahun. Keluarganya menetap di Geylang, sebuah kawasan serbah serbih yang dikenali sebagai daerah pelacuran Singapura, dimana bapanya telah membuka sebuah kedai runcit kecil. Goi berhenti belajar ketika di sekolah menengah untuk membantu bapanya di kedai.
Kini Goi menetap di Tony Nassim Road, alamat pilihan bagi orang-orang terkaya di Singapura.



credit to

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder