Sunday, July 3, 2011

Perjalanan Seni Michael Bay


Bersempena dengan filem transformer 3 yg sedang meletup kat wayang skrg,  eloklah sngt kita berkenalan dgn Mr. Bay , pengarah filem serba hebat dgn CGI tue...jom bace kisah perjalanan seni beliau sebelum bergelar pengarah termasyur abad ini...


Michael Bay dilahirkan pada 17hb Februari tahun 1965.Beliau dibesarkan oleh 
keluarga angkat iatu Harriet seorang pemilik kedai buku dan ahli psikiatrik kanak2 dan Jim seorang CPA.
Salah seorang sepupunya iaitu Susan Bay ialah isteri kepada pelakon Star trek iaitu Leonard Nimoy.

Ketika zaman kanak2 dia bersekolah di sebuah sekolah eksklusif iaitu 
Crossroad School di Santa Monica,California.Sejak kecil lagi dia meminati bidang perfileman 
dan pernah semasa kanak2 dia memfilemkan sendiri 1 ujian dengan meletakkan mercun ke dalam sebuah keretapi mainan menggunakkan kamera milik ibu nya.

Pada usia 15 tahun,dia mendapat peluang pertama nya dalam industri perfileman 
ketika  bekerja sebagai pelatih di bawah pengarah George Lucas dengan bertugas memfailkan storyboard untuk filem Raiders of the Lost Ark.
Pada tahun 1986 dia berjaya menamatkan pengajian nya di Wesleyan University 
dalam bidang English dan filem.

Michael Bay memulakan kerjaya awal nya di Propaganda FIlms
dengan mengarah iklan2 dan video2 muzik.
Iklan nya untuk Persatuan Bulan Sabit Merah telah berjaya
memenangi anugerah 'Clio Award' pada tahun 1992.
Antara video muzik artis yang pernah
di arahkan nya seperti Faith Hill,Aerosmith,Tina Tumbler,
Lionel Ritchie dan Meatloaf.

Setelah berjaya sebagai pengarah iklan dan video muzik,
Michael meneruskan langkah nya sebagai pengarah filem pula.
Antara filem terawal arahan nya seperti Bad Boys(1995),The Rock(1996),
Dan Armageddon(1998).Filem2 seterus nya yang berjaya ialah seperti Pearl Harbour,
Bad Boys II,The Amityville Horror,Friday the 13th,A nightmare on Elm Streets
dan yang terbaru mestilah filem Transformers.

Antara anugerah yang pernah diterima nya dari MTV Movie Awards
seperti untuk Best Movie,Best Summer Movie,Best Action Movie untuk
Bad Boys II,The Rock dan Pearl Harbour.

Antara syarikat2 penerbitan komersial yang dimiliki dan diasaskan nya
atau dikongsi bersama ialah The Institute,Digital Domain dan Platinum Dunes.
Secara kasarnya filem2 Michael Bay ni telah berjaya mendapat kutipan melebihi
USD3 billion di serata dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder