Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan Al-Quran dan dipandukan Hadis.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata." (Surah an-Nisaa’ ayat 119).
Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4)
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Hadis Riwayat Abu Daud).
Jika ada tindakan nekad segelintir lelaki yang merubah jantina ataupun berperawakan seperti wanita, maka perbuatan mereka itu adalah melanggar ketentuan Allah.
Jika individu dilahirkan sebagai seorang lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukar jantinanya melalui pembedahan, begitu juga jika sebalikya.
Kenapa ia Boleh Berlaku Sebegini?
Inilah kesan dan produk daripada penerapan ideologi kapitalisme dalam sistem demokrasi yang terlalu bebas waktu ini.
Sistem yang berlandaskan pemisahan antara agama dengan politik (kehidupan), hak individu sangat dijunjung tinggi, bahkan oleh negara sekalipun.
Seseorang dibiarkan untuk melakukan apa saja. Manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah telah menjadi seburuk-buruk makhluk yang:-
a. Bebas beragama (freedom of religion)
b. Bebas berpendapat (fredom of speech)
c. Bebas berkepemilikan (freedom of ownership)
d. Bebas bertingkah laku (personal freedom)
Ini bertentangan dengan Islam, sebab dalam Islam seorang muslim wajib terikat dengan hukum syara’ dalam segala perbuatannya.
Tidak boleh bebas dan seenaknya. Terikat dengan hukum syara’ bagi seorang muslim adalah wajib dan sekaligus merupakan pertanda adanya iman padanya.
Aqidah Islam wajib diutamakan
Islam dibangun di atas landasan Aqidah Islam, yang mewajibkan pelaksanaan perintah dan larangan Allah. Yakni hukum-hukum syara’ yang lahir dari Aqidah Islamiyah di dalam seluruh urusan kehidupan dan urusan kenegaraan.
Aqidah ini menerangkan bahawa manusia tidak berhak membuat peraturan hidupnya sendiri. Manusia hanya berkewajiban menjalani kehidupan menurut peraturan yang ditetapkan Allah SWT untuk manusia.
Namun, demokrasi sentiasa menjamin kebebasan manusia dalam bertingkah laku selagimana ia tidak menggangu kebebasan individu lain.
Elemen ini merupakan intipati yang perlu dipertahankan oleh sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, demi melestarikan kebebasan individu ini yang akhirnya menggantikan Allah sebagai as-Syari’ (pembuat hukum).
Tanggungjawab Siapa?
Siapakah yang harus bertanggungjawab di atas pelbagai masalah keji yang berlaku di atas?
Individu, Keluarga, Masyarakat, Jabatan Agama ataupun Negara.
Pada hari ini, negara harusnya mampu menjadi pelindung rakyat dengan menciptakan rasa aman apabila melaksanakan syariat Islam.
Insya Allah, di suatu hari, bila Negara Islam Global (Daulah Khilafah) kembali.
Daulah Khilafah bukan sekadar Nizhâm al-Hukm (sistem pemerintahan).
Daulah Khilafah juga berfungsi sebagai
- al-hâris li al-‘aqîdah (penjaga bagi akidah),
- munaffidz asy-syarî’ah (pelaksana syariah),
- muqîm ad-dîn ý(penegak agama),
- muwahhid al-muslimîn (penyatu seluruh kaum muslimin) dan
- al-hâmi li bilâd al-muslimîn (penjaga negeri-negeri kaum Muslim), darah, harta, dan cita-cita mereka.
dan segera menggantikan Negara Sekular Demokrasi yang sengaja mengabaikan umatnya bergelumang dengan dosa ini. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment