Sunday, July 3, 2011

Pak Samad diugut tarik gelaran Sasterawan Negara








Pak Samad orangnya lemah lembut, tidak sombong. Tutur katanya juga lembut. Namun, ketegasannya mempertahankan pendirian terlalu keras, lebih keras daripada batu dan besi. Semasa mempertahankan maruah bahasa kebangsaan semasa pelaksanaan PPSMI, beliau ke depan menghadapi gas pemedih mata pasukan keselamatan. Berapa banyak tokoh bahasa dan sastera yang terlibat dan menentang PPSMI secara terang-terangan? Baru-baru ini tokoh sastera yang baru menerima anugerah sastera tertinggi negara membidas Pak Samad kerana terlibat dengan BERSIH yang konon baginya sebuah perhimpunan yang mempromosikan keganasan. Bagi saya jika beliau tidak berani atau mendengar sumber maklumat daripada sebelah pihak sahaja, lebih baik berdiam diri daripada membidas orang! 

Hari ini anak muda yang menyokong UMCO dengan biadap/kurang ajar mengugut dan mentohmah Pak Samad. Ada yang mencadangkan agar gelaran Datuk dan gelaran Sasterawan Negaranya ditarik semula, ada yang mencadangkan agar karyanya tidak diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran sebagai teks KOMSAS, ada yang menggelarkannya musang berjanggut, biawak hidup (lihat petikan blog exco Pemuda UMCO/Pengerusi Unit Media di atas).Karyanya dikaitkan dengan tokoh Freemason. Apalah bingainya jurublog UMCO apabila menuduh karya Pak Samad dipengaruhi karya tokoh Freemason hanya semata-mata apabila Pak Samad mengingat peristiwa Sam Adams menentang cukai oleh Parlimen Britain terhadap orang Amerika.

Sebagai tokoh yang begitu tinggi jati dirinya, saya tidak fikir Pak Samad gentar dengan segala ugutan dan tohmahan itu. Apalah sangat dengan gelaran yang diberikan dengan nilai keadilan yang diimpikan. Tanpa gelaran Sasterawan Negara atau Datuk, Pak Samad tetap tokoh sastera terunggul dan bermaruah di negara ini!


P/s: begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder