Thursday, July 21, 2011

6 perkara yang lelaki mahukan selain hubungan intim






Kemahuan lelaki sering dikhususkan berkaitan dengan hubungan intim sahaja. Sedangkan lelaki juga adalah manusia biasa yang memerlukan sentimen-sentimen lain untuk melengkapkan kehidupan mereka. Tetapi ia sering tidak diendahkan oleh wanita kerana merasakan lelaki tidak perlu sikap sebegini. Hanya memikirkan wanita sahaja yang layak untuk menerima layanan sebagini. Pada dasarnya, pasti akan ramai lelaki yang bersetuju bahawa mereka juga mempunyai keinginan yang dinyatakan tetapi tidak diluahkan kepada pasangan mereka. Ini kerana lelaki lebih suka untuk difahami berbanding daripada memberitahu apa yang harus dilakukan.

Kejutan- Seperti wanita juga, lelaki amat suka apabila menerima kejutan terutamanya pada hari-hari bersejarah mereka. Ia tidak semestinya berbentuk hadiah, cukup sekadar menunjukkan penghargaan kepada mereka. Bukan wanita sahaja yang sukakan kejutan. Seorang lelaki juga akan lebih mudah untuk terharu sekiranya menerima kejutan daripada pasangan mereka. Mungkin mereka tidak dapat mengekspresikan perasaan mereka sama seperti apabila wanita menerima kejutan, tetapi sebenarnya mereka amat menghargai apa yang anda lakukan.

Sentuhan yang tidak disangka- Tidak dinafikan lelaki amat gemar untuk menyentuh wanita. Pada kebiasaannya lelaki yang akan mulakan untuk menyentuh wanita. Tetapi lelaki juga amat sukakan terhadap sentuhan yang tidak mereka sendiri sangkakan. Sebagai contoh, apabila wanita berasa takut wanita akan secara automatik menyentuh seseorang lelaki itu, lelaki amat sukakannya kerana merasakan mereka adalah wira sejati.

Pujian- Siapa yang tidak sukakan pujian? semua orang akan menyukainya. Begitulah juga seorang lelaki. Tambahan pula pujian diberikan oleh pasangan mereka. Sesekali lelaki juga harus dipuji untuk meningkatkan semangat mereka. Sebagai contoh, ketika suami ingin pergi kerja, berikan pujian bahawa mereka kelihatan kacak pada hari ini. Pasti suami anda lebih bersemangat di tempat kerja.

Layanan istimewa- Seorang lelaki amat sukakan layanan yang istimewa terutamanya daripada pasangan mereka. Pada kebiasaannya, lelaki tidak suka sekiranya cara wanita berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain digunakan di dalam perhubungan mereka. Sebagai contoh, mungkin seseorang wanita apabila bersama rakan-rakan mereka menggunakan nama panggila yang kasar seperti ‘kau’ dan ‘aku’. Lelaki tidak sukakannya untuk digunapakai didalam hubungan mereka. Ini adalah kerana mereka sukakan sesuatu yang istimewa.

Perhatian- Adakah anda merasakan lelaki dengan sengaja sanggup melakukan sesuatu untuk mengharukan hati seseorang wanita? Pasti tidak, mereka melakukan sesuatu kerana inginkan perhatian daripada seseorang wanita. Ini bukan bermakna mereka tidak ikhlas melakukan sesuatu untuk pasangan mereka, tetapi cukup dengan sekadar perhatian anda terhadap mereka. Mereka pasti akan lebih rasa dihargai sekiranya mendapat perhatian yang cukup daripada pasangan mereka.

Sokongan- Mungkin ramai yang ketahui bahawa disebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita berada dibelakangnya untuk menyokong terhadap apa yang mereka lakukan. Sokongan wanita terutamanya daripada pasangan amat bermakna untuk seorang lelaki. Pasti mereka akan lebih bersemangat untuk mengejar apa yang mereka impikan. Sentiasalah memberi sokongan terhadap lelaki kerana dengan sokongan yang anda berikan mampu untuk mengubah sikap seorang lelaki itu. Mungkin sifat lelaki kasar pada luarannya, tetapi sekiranya diberikan sokongan yang berterusan, mungkin lambat laun ia akan lembut juga. Kesabara amat diperlukan.




P/s : aq paling Suka pegang pipi perempuan... hehhee




credit to sempoi.org 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder