Saturday, July 23, 2011

Bangunan Kerajaan Norway di Bom, 17 maut





Devastating: Paramedics and civilians help the injured in nearby shops after the Oslo bomb blast

A seriously injured female victim is carried away from the scene by police officers

Wrecked: The blast in Oslo was outside a government office


Musnah: Letupan di Oslo berlaku di luar bangunan kerajaan

Smoke billows from a 17-storey government building after a powerful explosion rocked central Oslo


A man lies injured in the road amid wreckage from the blast as emergency service personnel rush to help him 


The wreckage of a car lies outside government buildings in the centre of Oslo. Police have confirmed the blast was caused by a bomb


OSLO – Norway digegarkan dengan dua serangan berkembar menyebabkan 17 orang terkorban dalam serangan terbesar di barat Eropah sejak peristiwa pengeboman di London pada 2005.
Dalam serangan pertama, kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan, sebutir bom meletup di pejabat kerajaan di Oslo menyebabkan tujuh orang maut, selain menyebabkan kerosakan kepada bangunan berkenaan.
Bom tersebut turut meletupkan tingkap di bangunan diduduki Perdana Menteri, Jens Stoltenberg selain memusnahkan Kementerian Kewangan dan Minyak.
Sejurus selepas itu, penyerang yang berpakaian seragam polis melepaskan tembakan di kem remaja anjuran parti pemerIntih di Pulau UToeya, membunuh 10 orang.
Penyerang berjaya ditahan.
Suspek sebelum ini dilihat berada di Oslo sebelum letupan berlaku.
Polis percaya dua serangan itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Sementara itu, Jens Stoltenberg ketika dihubungi stesen televisyen TV2 Norway, memaklumkan keadaan amat serius dan beliau telah diminta polis supaya tidak memaklumkan lokasinya.
Menurutnya, biarpun Norway digegarkan oleh penjahat namun demokrasi di negara tersebut akan kekal subur.
“Kita adalah sebuah negara kecil dan kita bangga dengannya. Tiada siapa yang mampu meletupkan kita bagi tujuan menyuruh Norway berdiam diri,” katanya.
Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.


(mynewshub.my)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder