Friday, July 22, 2011

Wow! Persalinan Kahwin Memey RM7.2 Juta




KUALA LUMPUR — Berita dua pelakon pasangan sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor bukan lagi kejutan.
Apa yang mengejutkan ialah Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut, yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta, pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.
Memey yang baru berusia 23 tahun dikatakan akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.
Selain itu, Memey akan berhias dengan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara serta dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.
Menurut blog hiburan, beautifulnara.com, pihaknya tidak sabar untuk menunggu tarikh 24 September ini untuk menyaksikan kilauan daripada baju pengantin Memey.
“Gila hebak. Ini barulah wedding of the year. Baju persalinan perkahwinan Memey Suhaiza akan bernilai RM7.2 juta pada hari bahagiannya. Meleleh la air liur melihat kilauan emas pertama baju Memey nanti,” katanya.
Norman adalah bekas suami pelakon popular yang juga bekas penyanyi, Abby Abadi dan bapa kepada Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder