KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam, dalam reaksi pertamanya berhubung isu pembelian cincin lebih RM24 juta, berkata, menyifatkan ianya sebagai satu lagi fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah…. apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah),
“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya di Pokok Sena, Kedah, semalam.
Dalam pada itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang berkelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.
“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya yang dipetik bharian.com.my.
Pada pertengahan bulan ini, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” oleh Rosmah.
Kata Badrul, beliau mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.
0 comments:
Post a Comment