Sunday, July 31, 2011

Penyanyi Hasnah Haron Meninggal Dunia





KUALA LUMPUR – Penyanyi popular lewat 60-an yang popular dengan lagu Bersedih , Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sekitar jam 8 pagi tadi. Kematian beliau akibat penyakit kanser pangkal rahim.


Jenazah Hasnah yang turut popular dengan lagu-lagu seperti Sabar Menanti, Aliran Usia, Jauh Dariki, Bintang Pujaan, Mengharap Kasih, Ayah Bonda, Kata Terpendam dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah dekat Johor Bahru selepas Solat Asar nanti.


Hasnah yang sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Kafilas mula mencipta nama dalam industri hiburan tempatan dengan lagu Bersedih.


Hasnah juga terlibat dalam menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.





p/s : ak tau rmi x knal...tpi smela2 kita sdekahkan Al-Fatihah


credit to 
mynewshub.my

1 comments:

innalillah hi wa innalillah hirajiun....semoga rohnya di cucuri rahmat...amin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder