Saturday, July 30, 2011

SUPERMAK TV3 2011 SDTV


Drama Supermak mengisahkan tentang seorang ibu bernama Amy Salim (lakonan Nasha Aziz) yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa yang diwarisi dari warisan nenek moyangnya yang berketurunan dari Riau.

Cerita bagaimana keturunan Amy memperolehi kuasa luarbiasa ini bermula apabila nenek moyangnya yang bernama Thani menyelamatkan seekor burung garuda yang tercedera terkena panah sakti. Setelah diselamatkan, burung garuda itu tiba² bertukar menjadi seorang wanita yang sangat jelita umpama bidadari. Sebagai membalas jasa kepada Thani. Burung garuda tersebut menganugerahkan 5 kuasa sakti kepadanya dan diperturunkan ke generasi seterusnya sehinggalah diwarisi oleh Amy.

Amy pula yang merupakan generasi ketika ini hidup bahagia bersama suaminya (seorang anggota polis) disamping 2 orang anak mereka iaitu Ayesha dan Amril. Kebahagian keluarga mereka mula tergugat apabila diganggu oleh musuh tradisi nenek moyangnya iaitu Bashar (lakonan Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur ketika itu. Bashar amat ditakuti oleh semua orang kerana mempunyai kuasa api yang amat kuat. Semua orang yang memusuhinya akan dibakar sehingga menjadi debu.

Episod 01    400 MB

Hotfile Download
Fileserve Download
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder