[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Perjalanan Seni Michael Bay


Bersempena dengan filem transformer 3 yg sedang meletup kat wayang skrg,  eloklah sngt kita berkenalan dgn Mr. Bay , pengarah filem serba hebat dgn CGI tue...jom bace kisah perjalanan seni beliau sebelum bergelar pengarah termasyur abad ini...


Michael Bay dilahirkan pada 17hb Februari tahun 1965.Beliau dibesarkan oleh 
keluarga angkat iatu Harriet seorang pemilik kedai buku dan ahli psikiatrik kanak2 dan Jim seorang CPA.
Salah seorang sepupunya iaitu Susan Bay ialah isteri kepada pelakon Star trek iaitu Leonard Nimoy.

Ketika zaman kanak2 dia bersekolah di sebuah sekolah eksklusif iaitu 
Crossroad School di Santa Monica,California.Sejak kecil lagi dia meminati bidang perfileman 
dan pernah semasa kanak2 dia memfilemkan sendiri 1 ujian dengan meletakkan mercun ke dalam sebuah keretapi mainan menggunakkan kamera milik ibu nya.

Pada usia 15 tahun,dia mendapat peluang pertama nya dalam industri perfileman 
ketika  bekerja sebagai pelatih di bawah pengarah George Lucas dengan bertugas memfailkan storyboard untuk filem Raiders of the Lost Ark.
Pada tahun 1986 dia berjaya menamatkan pengajian nya di Wesleyan University 
dalam bidang English dan filem.

Michael Bay memulakan kerjaya awal nya di Propaganda FIlms
dengan mengarah iklan2 dan video2 muzik.
Iklan nya untuk Persatuan Bulan Sabit Merah telah berjaya
memenangi anugerah 'Clio Award' pada tahun 1992.
Antara video muzik artis yang pernah
di arahkan nya seperti Faith Hill,Aerosmith,Tina Tumbler,
Lionel Ritchie dan Meatloaf.

Setelah berjaya sebagai pengarah iklan dan video muzik,
Michael meneruskan langkah nya sebagai pengarah filem pula.
Antara filem terawal arahan nya seperti Bad Boys(1995),The Rock(1996),
Dan Armageddon(1998).Filem2 seterus nya yang berjaya ialah seperti Pearl Harbour,
Bad Boys II,The Amityville Horror,Friday the 13th,A nightmare on Elm Streets
dan yang terbaru mestilah filem Transformers.

Antara anugerah yang pernah diterima nya dari MTV Movie Awards
seperti untuk Best Movie,Best Summer Movie,Best Action Movie untuk
Bad Boys II,The Rock dan Pearl Harbour.

Antara syarikat2 penerbitan komersial yang dimiliki dan diasaskan nya
atau dikongsi bersama ialah The Institute,Digital Domain dan Platinum Dunes.
Secara kasarnya filem2 Michael Bay ni telah berjaya mendapat kutipan melebihi
USD3 billion di serata dunia.

Sajian telur exotic dari Serbia

Have a Ball at Serbia’s Testicle Cooking Championship (3 Photos)
Have a Ball at Serbia’s Testicle Cooking Championship (3 Photos)


Memang nampak jelik bagi mereka yang tidak pernah merasai keenakan sajian exotic ini. Di Serbia, tradisi memakan testikel ini dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin untuk lelaki. Testikel atau telur binatang ini dijadikan hidangan enak di Serbia. Hampir kesemua testikal haiwan boleh dijadikan makanan menurut mereka seperti babi, burung, lembu ostrich , kangaroo dan mcm2 lagi. 

Untuk mengkomersialkan lagi sajian exotic ini, Ljubomir Erovic telah mengasaskan pertandingan memasak testikal sedunia, dimana melibatkan penyertaan chef2 terkemuka dari seluruh negara utk menunjukkan kebolehan masing2 menyaji hidangan testikel ini.

Hidangan testikel ini , biasanya dijadikan dalam bebola, sosej, dan pizza...


Saturday, May 7, 2011

8 hacker terbaek dunia


To do a great right do a little wrong.

Walaupun kebanyakkan hacker melakukan kesalahan, tak semestinya dia adalah seorang yang jahat. Setiap manusia ada melakukan kesalahan dan setiap manusia ada kelebihanya. Disini senarai 8 orang hacker terbaik dunia bukan sahaja melakukan kesalahan tetapi juga membuat kebaikan untuk dunia.

wallpaper-50918

image
  • Robert Tappan Morris. Mencipta Worm Morris , worm yang pertama sekali pernah berada di Internet pada tahun iaitu pada tahun 1986. Worm yang dianggarkan merebak sehingga  6,000 komputer universiti dan tentera. Morris dihukum 3 tahun percubaan, 400 jam perkhidmatan masyarakat dan didenda $ 10.500. Dia sekarang menjadi profesor tetap di MIT Computer Science & Artificial Intelligence Lab.

image
  • Tim Berners-Lee. Mencipta World Wide Web, tetapi ketika dia seorang pelajar di Oxford University dia ditangkap ketika hacking akses ke komputer universiti dan kemudian dilarang daripada menggunakan komputer lagi.
image
  • Adrian Lamo. Seorang celebrity hacker kerana telah menceroboh banyak sistem terbesar dunia seperti Yahoo, Bank of America, Microsoft dan The New York Times, tapi malangya mendapat masalah besar ketika dia hacking intranet NYT. Lamo diperintahkan untuk membayar $ 65.000 denda dan dihukum 6 bulan perintah berkurung dalam rumah dan 2 tahun masa percubaan.
    image
  • Albert Gonzalez. Ia adalah seorang bekas hackers Secret Service AS, membantu mereka menangkap penjenayah hacker, sehingga mereka menyedari  dia sebenarnya membantu hackers lain! Dari 2005-2007, dia memberi bantuan kepada hacker tentang operasi Secret Service AS. Pada waktu itu, lebih 170 juta kad kredit dan nombor ATM, nombor sosial, sijil kelahiran … TELAH TERJUAL…
image
  • David Smith. Dia dan mengeluarkan virus Melissa pada tahun 1999. Virus ini menjangkiti lebih dari 1 juta komputer peribadi dan membanjiri rangkaian syarikat dengan mesej e-mel memaksa syarikat-syarikat besar seperti Microsoft dan Intel Corp untuk menutup sistem e-mel mereka. Smith dijatuhi hukuman 20 bulan penjara dan diperintahkan untuk membayar $ 5.000 di denda.
    image
  • Jeffrey Lee Parson. Dia adalah pelajar 18 tahun  SMA dari Minnesota yang bertanggungjawab menyebarkan varian dari cacing komputer Blaster . Program ini merupakan sebahagian daripada serangan DoS terhadap komputer menggunakan sistem operasi Microsoft Windows. Dia dijatuhi hukuman 18 bulan penjara pada tahun 2005.
image
  • Gary McKinnon. Kesalahan dia? menceroboh komputer NASA, US Army, Tentera Laut Amerika Syarikat, Jabatan Pertahanan dan Tentera Udara AS. Pihak berkuasa memberitahu kos kerosakan sekitar USD800,000 . McKinnon membantah menyebabkan sebarang kerosakan kerana dalam usaha mencari bahan UFO, dia telah memasuki satu sistem terbuka, tanpa password dan tiada sistem firewall dan dengan baik hati dia meninggalkan nota tentang kegagalan mereka membuat sistem yang lebih selamat.
image
  • Kevin Poulsen. Sekarang senior editor untuk website terkenal Wired. Tapi pada masa lalu, Poulsen dikenali sebagai “Hannibal Lecter Of Computer Crime” dengan pakar hacking telefon. Dia berada di radar FBI setelah mereka dia cuba hacking ke komputer persekutuan untuk maklumat “wiretap”. Fotonya kemudian muncul di Unsolved Mysteries, tetapi saluran telefon 1-800 untuk program tersebut tidak boleh dihubungi oleh semua orang kerana disekat. Akhirnya, Poulsen ditangkap di supermarket dan menjalani hukuman lima tahun.

Rahsia simbol NAZI

Rahsia simbol nazi

Semua orang mengenali perkataan NAZI dan semua orang juga tahu apa itu NAZI. Orang ramai sudah biasa dengan perkataan ini malah apabila menyebutnya pastinya teringatkan negara Jerman dan pemimpin diktatornya iaitu Adolf Hitler.

Namun, kita kurang didedahkan oleh asal usul nama NAZI itu sendiri. Pendedahan ini bukanlah suatu perkara baru, ianya telah lama didedahkan oleh kebanyakan ahli-ahli sejarah yang bukan berlatarbelakangkan Yahudi.

Asal Usul Perkataan NAZI

Sebenarnya perkataan NAZI bukanlah akronim bagi sesuatu pertubuhan. Ianya sebenarnya berasal dari suatu perkataan purba yang merujuk kepada sebuah suku Yahudi iaitu Ashkenazi.

(Ramai pengkaji sekarang membuktikan Ashkenazi bukanlah dari keturunan Yahudi Bani Israel yakni ia bukanlah dari pengikut Nabi Ibrahim a.s.)

Perkataan NAZI diambil dari 4 huruf hujung perkataan AshkeNAZI. Perkataan itu dikeluarkan oleh Dajjal dan dibangunkan inputnya sehingga menjadi suatu bentuk ideologi ekstrem.

Apa itu Ashkenazi?

Menurut Wessthea iaitu Pengarah Black Solidarity Terdapat dua kontradiksi di sini membabitkan asal usulnya. Fakta sejarah dari karangan sarjana Oxford dan juga PBB sendiri mengiktiraf Ashkenazi sebagai salah satu suku dari bangsa Yahudi Kuno.

Manakala para ilmuan sejarah era moden sekarang tidak mengiktiraf dan tidak mengesahkan fakta tersebut kerana fakta menyatakan Ashkenazi adalah seorang lelaki yang bukan dari keturunan Nabi Ibrahim tetapi dia adalah berasal dari keturunan Yafith anak Nabi Nuh a.s.

Secara faktanya juga Ashkenazi bukanlah golongan Sematik dan Hematik, Arab atau Parsi tetapi dari Eropah.

Pembentukan simbol NAZI

Simbol NAZI adalah seperti gambarajah di bawah. Kelihatan seperti kipas yang dibengkokkan setiap hujungnya.

Namun sebenarnya ialah simbol tersebut adalah hasil gabungan dua huruf iaitu N dan Z. Huruf N jika diterbalikkan akan kelihatan seperti Z dan begitu juga sebaliknya.

N diambil daripada suku kata NA manakala Z diambil dari suku kata ZI.

Selain teori di atas, ada juga sebahagian pendapat mengatakan simbol NAZI itu berasal daripada salib yang dipatah-patahkan hujungnya. Kemudian terbentuklah suatu simbol yang seperti sekarang ini.

Jadi, apa kaitannya NAZI dengan Dajjal ?

Mungkin anda sendiri mengetahui jawapannya.

Wallahu’alam


Monday, April 11, 2011

Sejarah Kad Pengenalan Malaysia


kad%2Bpengenalan%2B1 Sejarah Kad Pengenalan Malaysia
Kad pengenalan Tunku Abdul Rahman - Perdana Menteri dari '57 - '70
Dari tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad.
Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.
JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.
kad%2Bpengenalan%2B2 Sejarah Kad Pengenalan Malaysia
Kad pengenalan Tun Abdul Razak - Perdana Menteri dari '70 - '76
Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.
Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.
Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.
1948 : Kad pengenalan kertas
kad%2Bpengenalan%2B3 Sejarah Kad Pengenalan Malaysia
Kad pengenalan Tun Hussein Onn - Perdana Menteri dari '76 - '81
> Pengenalan : Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.
> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.
> Ciri-ciri : Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.
kad%2Bpengenalan%2B4 Sejarah Kad Pengenalan Malaysia
Kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri dari '81 - '03
1960 : Kad pengenalan plastik
> Pengenalan : Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.
> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.
> Ciri-ciri : Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.
kad%2Bpengenalan%2B5 Sejarah Kad Pengenalan Malaysia
Kad pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri dari '03 - '09
1990 : Kad pengenalan bermutu tinggi
> Pengenalan : Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.
> Pelaksanaan : Diperkenalkan pada April 1990.
> Ciri-ciri : Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.
Kad pengenalan pintar
> Pengenalan : Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.
> Pelaksanaan : Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.
> Ciri-ciri : Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder