[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Ramai Miliki Ejaan Nama Sama Dalam Daftar Pemilih





KUALA LUMPUR – Terdapat 825 individu memiliki ejaan nama yang sama dengan Azhar Ahmad, hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa menyiasat dakwaan Pemuda PAS wujudnya penyelewengan melibatkan nama lelaki itu.
Selain Azhar, Besah Mat turut memiliki ejaan nama yang sama dengan 14 orang lain manakala Mansor Ahmad memiliki ejaan nama sama dengan 229 orang.
Bagaimanapun, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menafikan dakwaan penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.
Penjelasan itu dibuat SPR untuk menafikan dakwaan Pemuda PAS melalui Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasinya Suhaizan Kalat yang kononnya curiga terhadap tiga individu itu dari kawasan utara tanah air yang memiliki ejaan nama sama, dengan nombor kad pengenalan hanya berbeza di dua digit terakhir didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.
Selain dakwaan itu, Suhaizan melalui sebuah akhbar tempatan turut mendakwa ketiga-tiga individu terbabit masing-masing mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihan raya.
Kamaruddin berkata SPR melakukan semakan menggunakan Agency Link-Up System (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara daripada 12.3 juta pengundi dalam negara untuk menyiasat dakwaan itu.
“Dalam urusan pendaftaran pemilih, pengenalan diri pengundi direkodkan berdasarkan kepada nombor kad pengenalan dan bukannya nama kerana sekiranya nama digunakan, ia tidak membolehkan SPR membezakan pengundi kerana ramai individu yang ejaan nama mereka adalah sama,” katanya.
Justeru, Kamaruddin meminta Suhaizan dan pihak lain supaya tidak membuat tuduhan sewenang-wenangnya tanpa bukti kukuh. – BERNAMA

Monday, August 15, 2011

Ummi hafilda sumpah tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda








Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.


Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.


“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...


“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.


“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.


Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.


Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.


Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.


“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.


Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.


Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.


Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.


Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. 




credit to DCM

Friday, July 29, 2011

Kerana BERSIH 2.0, Rancangan Ustaz Zamri di TV9 Dihentikan


Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

P/s:  Seperti dijangka, media pencacai akhirnya bertindak terhadap Ustaz Zamri yang menghadiri perhimpunan aman BERSIH 2.0. Tindakan yang hampir sama dikenakan terhadap seorang lagi pengacara tv Media Prima yang menghadiri majlis PR baru-baru ini.

Pada perkiraaan saya, Ustaz Zamri tidak rugi apa-apa. Rakyat melihat Ustaz Zamri sebagai seorang yang mahu menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan bebas daripada penipuan. Perhimpunan yang dihadiri oleh Ustaz Zamri bukanlah perhimpunan yang diselit dengan pelbagai unsur negatif. Yang rugi ialah TV itu sendiri. Tahukah mereka bahawa Ustaz Zamri memiliki peminat di FB hampir 400 RIBU orang? Bayangkanlah betapa hebatnya pengaruh Ustaz Zamri kepada generasi muda hari ini. Peminat inilah yang menyokong dan menonton rancangannya di TV. Malah seperti yang diakui media, rancangan yang dikelolakan oleh Ustaz Zamri mendapat rating yang tinggi.


Sejak Program Adik & al Quran dihentikan, ada pihak telah mewujudkan sebuah laman FB yang mahu rancangan itu diteruskan di TV9. Laman dengan nama Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan sudah ada hampir 18 ribu penyokong dalam masa yang singkat. Sambutan hangat pengguna FB ini sudah tentu berganda-ganda lebih hangat daripada laman FB yang menyokong Najib sebagai PM di FB yang ketika ini sedang merangkak menuju ke angka 400 RATUS orang.

Ringkasnya, DCM menyeru pengunjung blog ini agar mengurangkan masa menonton media pencacai yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi tuan besar mereka. Biar rating penonton mereka jatuh, dan hal itu sudah tentu menjejaskan pendapatan mereka.



credit to

Ahli Parlimen BN dapat duit raya RM 100 k !!!


Kalau Muhyidin berkata, "Semua MP akan menerima peruntukan sebanyak RM100 000 menjelang Aidilfitri." Tidaklah orang yang tahu cerita ini menjerit-jerit marah kepada TPM Malaysia. Namun seperti yang diberitakan di TMI, peruntukan sebanyak RM100 ribu HANYA diberikan kepada Ahli Parlimen BN.

Muhyiddin akan menggunakan wang siapa? Wang BN atau wang kerajaan Malaysia? Kalau duit BN, orang ramai yang menyedari hal ini sudah tentu tidak akan menjerit-jerit marah kepada Muhyiddin. Yang menjadi masalahnya, duit peruntukan itu datangnya dari kocek Kerajaan Malaysia yang sudah tentunya bukan duit BN, tetapi duit rakyat Malaysia. Jika Muhyiddin selaku TPM mahu mengumumkan hal itu, maka dia sepatutnya memaklumkan bahawa semua Ahli Parlimen menerima peruntukan yang sama.


Isu Cincin RM24j : Ini Satu Lagi Fitnah – Rosmah Mansor





KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam, dalam reaksi pertamanya berhubung isu pembelian cincin lebih RM24 juta, berkata, menyifatkan ianya sebagai satu lagi fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah…. apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah),
“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya di Pokok Sena, Kedah, semalam.
Dalam pada itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang berkelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.
“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya yang dipetik bharian.com.my.
Pada pertengahan bulan ini, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” oleh Rosmah.
Kata Badrul, beliau mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.


Sunday, July 3, 2011

Titag YDP Agong sempena BErsih




KUALA LUMPUR — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana danyang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama

Pak Samad diugut tarik gelaran Sasterawan Negara








Pak Samad orangnya lemah lembut, tidak sombong. Tutur katanya juga lembut. Namun, ketegasannya mempertahankan pendirian terlalu keras, lebih keras daripada batu dan besi. Semasa mempertahankan maruah bahasa kebangsaan semasa pelaksanaan PPSMI, beliau ke depan menghadapi gas pemedih mata pasukan keselamatan. Berapa banyak tokoh bahasa dan sastera yang terlibat dan menentang PPSMI secara terang-terangan? Baru-baru ini tokoh sastera yang baru menerima anugerah sastera tertinggi negara membidas Pak Samad kerana terlibat dengan BERSIH yang konon baginya sebuah perhimpunan yang mempromosikan keganasan. Bagi saya jika beliau tidak berani atau mendengar sumber maklumat daripada sebelah pihak sahaja, lebih baik berdiam diri daripada membidas orang! 

Hari ini anak muda yang menyokong UMCO dengan biadap/kurang ajar mengugut dan mentohmah Pak Samad. Ada yang mencadangkan agar gelaran Datuk dan gelaran Sasterawan Negaranya ditarik semula, ada yang mencadangkan agar karyanya tidak diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran sebagai teks KOMSAS, ada yang menggelarkannya musang berjanggut, biawak hidup (lihat petikan blog exco Pemuda UMCO/Pengerusi Unit Media di atas).Karyanya dikaitkan dengan tokoh Freemason. Apalah bingainya jurublog UMCO apabila menuduh karya Pak Samad dipengaruhi karya tokoh Freemason hanya semata-mata apabila Pak Samad mengingat peristiwa Sam Adams menentang cukai oleh Parlimen Britain terhadap orang Amerika.

Sebagai tokoh yang begitu tinggi jati dirinya, saya tidak fikir Pak Samad gentar dengan segala ugutan dan tohmahan itu. Apalah sangat dengan gelaran yang diberikan dengan nilai keadilan yang diimpikan. Tanpa gelaran Sasterawan Negara atau Datuk, Pak Samad tetap tokoh sastera terunggul dan bermaruah di negara ini!


P/s: begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

Saturday, May 21, 2011

Mari Kita Lihat Berapa Gaji Orang Yang Naikkan Harga Minyak

Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati





3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.
sumber maklumat disini



sumber

Monday, May 9, 2011

[Wajib Baca] Skandal Scorpene: Gelombang Perancis Bermula






[CheguBard] LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini. 

Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut. 

“Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan. 

“Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup,” kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle. 

Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk ‘rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat’ selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen. 

Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia. 

Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro. 

Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah. 

“Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci,” kata Cynthia dipetik. 

Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis. 

Seks dan pembunuhan C4 Altantuya 

Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut. 

Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut. 

Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil. 

Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya. 

Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia. 

Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau ‘melepaskan’ Altantuya kepada Razak. 

Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia. 

Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro 

Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut. 

Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak. 

Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD. 

Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut. 

Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali. 

“Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya,” tambah Gabriel.

* Rencana ini dipetik dan diterjemahkan daripada Malaysia Chronicle.

Friday, May 6, 2011

Kenali Dato' Eskay Part 2

Siapakah Datuk Shazryl Eskay Abdullah? Bahagian 2

Kongsi234 


Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam.

Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.

1) Penyelewengan dalam perniagaan arang batu di Indonesia

Eskay pernah menceburkan diri dalam perniagaan jual beli arang batu di Indonesia. Beliau menggunakan nama Dr. Mahathir (ketika itu PM) untuk mendapatkan kontrak membeli arang batu di Indonesia menerusi Jeneral Probowo (bekas menantu Presiden Soeharto).

Eskay menerima modal pusingan sebanyak RM2juta dari seorang Tan Sri taukey judi yang mendominasi perjudian mesin slot utama di Malaysia. Dengan kelicikannya, Eskay hanya menggunakan RM 1juta sahaja untuk urusan pembelian arang batu. Lebihan RM 1juta lagi dipindahkan melalui seorang pengurup wang bernama Haji Shah di Malaysia dan wang ini kemudiannya diterima oleh isteri Eskay.

2) Perniagaan membekal baja dari Thailand

Sebuah syarikat yang telah diberikan kontrak oleh sebuah syarikat baja dari Thailand sebagai pengedar tunggal baja keluaran Thailand ke seluruh Malaysia telah disabotaj oleh Eskay.

Eskay, dengan menggunakan jaringan politiknya telah menggunakan salah seorang anak Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) untuk melobi bagi mendapatkan hak membekalkan baja tersebut ke seluruh Negeri Sarawak.

Eskay seterusnya ke Thailand dan bertemu dengan pihak syarikat pembekal baja tersebut dan mendesak agar kontrak sebagai pengedar tunggal baja ke seluruh Malaysia yang telah diberikan kepada syarikat asal dibatalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat milik Eskay iaitu Aman Agropreneur Sdn Bhd. Eskay berjaya dalam usahanya dan menjadi pembekal baja ke seluruh Malaysia termasuklah untuk Risda yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Tambi Chik bekas Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan salah seorang Datuk T.

Difahamkan Eskay kini sedang berusaha menyogok pengurusan Felcra untuk memberikan beliau kontrak membekalkan baja di ladang-ladang milik Felcra.

3) Komisyen RM 20 juta dalam tender 'jambatan bengkok'

Eskay berbekalkan kelicikannya cuba mendapatkan "duit atas angin" sebanyak RM20 Juta daripada tender "jambatan bengkok" menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Negeri Johor dan Singapura.

Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan [Msian Insider]

Bagaimanapun dari laporan Malaysiakini, kes saman beliau terhadap Merong Mahawangsa telah ditolak hari ini. Merong Mahawangsa tidak perlu membayar RM 20 Juta kepada Eskay berikutan projek itu tidak lagi diteruskan.

Jelas sekali Eskay adalah seorang ahli perniagaan yang licik dan bijak mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya walaupun dengan cara menipu. Orang seperti ini sanggup berbuat apa saja termasuk bersumpah dengan nama Allah demi memenuhi cita-cita beliau.

ReJaM© "Kata bidalan Melayu Rasis, kalau jumpa keling dengan ular, bunuh keling dulu..."


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/siapakah-datuk-shazryl-eskay-abdullah.html#ixzz1Le3vYF3R

Kenali Dato' Eskay

Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah


Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini?

Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim.

Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.

Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau.

Siapakah Eskay?

1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu.

6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan ini

7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.


Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya...

ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..."


PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan.

Hasil pencarian di Twitter ADUN Titi Serong, YB Idham Lim beliau mengaku bertanggung jawab mendedahkan seperti berikut. Sila rujuk, link-link berikut untuk melihat sendiri [Twitter], [Twitter], [Twitter], [Twitter], [Twitter], [Twitter], [Twitter]





source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/siapakah-sebenarnya-datuk-shazryl-eskay.html#ixzz1Le3dq2Nx

Thursday, March 31, 2011

BAPA ARAK MALAYSIA

BAPA ARAK MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

TERKINI:PERLANTIKAN MIRZAN MAHATHIR SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PEMBELIAN SAHAM ARAK DALAM SYARIKAT SAN MIGUEL CORP, FILIPINA



Sekali lagi , kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak. Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama KEADILAN ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:

“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak ke atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Biro ini ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentangan dengan kehendak Islam yang meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad (Mantan Perdana Menteri) yang acapkali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Kita amat dukacita dengan perkembangan ini. Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak.

Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaannya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

credit to http://rubbertapperz.blogspot.com

Sunday, March 6, 2011

Perempuan Ini Menyamakan Nik Aziz dengan Ayah Pin. Cerminlah DADA & RAMBUT Itu!

Sumber Gambar: Milo Suam


Perempuan ini memberikan komen sebegitu (tertera dalam gambar di atas) dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Kalau mahu baca artikel Utusan itu, sila klik sini

Saya tidak mahu komen panjang-panjang kata-kata perempuan ini terhadap TGNA yang ternyata tidak berasas. Nasihat saya, cerminlah dahulu RAMBUT dan DADA itu dahulu sebelum mengata orang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder