Sunday, June 26, 2011

Manchester United Intai Thiago Alcantara





PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson membuat kejutan apabila mengemukakan bidaan bernilai £15 juta bagi mendapatkan bintang muda Barcelona, Thiago Alcantara.
Namun Barcelona dikatakan enggan menjual pemain itu kepada mana-mana pencabar utama mereka pada saingan Liga Juara-Juara.
Tawaran United itu bagaimanapun merupakan yang tertinggi di kalangan kelab-kelab lain yang turut berminat untuk membeli Thiago.
Barcelona memang mahukan pemain tengah berbakat itu mencari pengalaman bersama kelab Liga Perdana England dengan syarat mereka boleh membeli semula pemain itu.
Namun syarat tersebut tidak dipersetujui oleh United.
Thiago, 20, sudah pasti tidak akan mendapat peluang beraksi dengan kerap bersama Barcelona yang dilimpahi bintang-bintang terbaik dunia.
Ia menimbulkan masalah buat jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang tidak mahu kehilangan pemain itu untuk jangka panjang.
Ferguson jelas mahu mendapatkan Thiago sebagai mengisi kekosongan ditinggalkan Paul Scholes yang bersara.
Namun Barcelona lebih berminat untuk meletakkan Thiago sebagai pakej tawaran mereka untuk membeli kapten Arsenal, Cesc Fabregas.
Satu lagi pasukan iaitu Bolton turut berpeluang mendapatkan Thiago kerana mereka bersetuju dengan syarat-syarat ditetapkan Barcelona itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder