Saturday, May 15, 2010

Alasan Lelaki....


Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu.

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato mana bela ni

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Dont worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia boring!!

huhu.. n komen! jawab je la poll bawah ni k..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...