[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label artikel best. Show all posts
Showing posts with label artikel best. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

Realiti Perbandingan Harga Petrol di Malaysia Dengan Negara Lain




Jika dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Berikut adalah perbandingannya..

Perbandingan harga Petrol di Asia Tenggara:
  • Singapura: RM 5.14 seliter untuk RON 95
  • Thailand: RM 3.91 seliter untuk RON 95
  • Filipina: RM 3.90 seliter untuk RON 95
  • Indonesia: RM 3.18 seliter untuk RON 95
  • Vietnam: RM 3.14 seliter untuk RON 95
  • Malaysia: RM 1.90 seliter untuk RON 95 dan RM 2.90 seliter untuk RON 97
  • Brunei: RM 1.28 seliter untuk RON 97

Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000(kira-kira RM 6000) sebulan masih perlu membayar S$2.12(kira-kira RM 5.14) untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan pula perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.


Perbandingan Diantara Malaysia dan Brunei 

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.


Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.

Malaysia hanya berada pada tangga ke-60 senarai ini. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut.

Pembahagian ini penting untuk perbandingan yang lebih tepat kerana sebagai contohnya walaupun pendapatan Malaysia lebih besar daripada Brunei, jumlah penduduk Malaysia juga ialah 68 kali ganda lebih besar. Maka KDNK (PKB) adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi bagi membandingkan kebajikan per kapita dan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara.



Realiti Malaysia Sebagai Negara Pengeluar Minyak 

Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang utama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008 walaupun ia adalah negara pengeluar minyak yang lebih besar dari Malaysia.

Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.



Negara-Negara Arab Mempunyai Harga Petrol Termurah di Dunia 

Negara yang memiliki harga termurah (RM0.82 untuk RON 97) antara sepuluh negara tersebut ialah Qatar, yang juga merupakan anggota OPEC. Ia diikuti oleh Oman (RM0.93 untuk RON 95). Kedua-dua negara tersebut memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia.

Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir (RM1.38 untuk RON 95), namun dalam mata wang Mesir harganya ialah EGP2.75. Bayangkan sekiranya rakyat Malaysia perlu membayar RM2.75 untuk petrol gred terendah di pasaran, mungkin rusuhan sebesar di Mesir pula berlaku di sini.



Subsidi Minyak di Malaysia Antara Yang Tertinggi

Berdasarkan data Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah subsidi minyak Malaysia sudah pun yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4 peratus daripada KDNK. Brunei, negara yang memiliki harga petrol terendah di Asia Tenggara pun sekadar membelanjakan 2.2 peratus sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) jauh lebih kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).


Realiti Subsidi Minyak 

Pada November 2010, sidang kemuncak negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.


Situasi ini sudah pasti akan menggalakkan pembaziran minyak, seterusnya meningkatkan permintaan untuk bekalan yang lebih. Bayangkan apabila berjuta-juta pengguna kereta di negara terbesar di dunia menuntut bekalan minyak yang lebih, tidakkah ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia? Apabila China menaikkan harga petrol sebanyak 20 peratus pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun AS$5 setong.

Tekanan daripada G20 telah menyebabkan China mula mengambil langkah untuk mengurangkan subsidi. Harga produk-produk minyak telah diindekskan kepada harga-harga wajar minyak mentah antarabangsa pada 2008. Harga gas asli telah dinaikkan sebanyak 25 peratus pada Mei 2010, manakala tariff kuasa untuk industri intensif buruh telah dihapuskan.


Berpijak di Bumi Nyata 

Ketika kuasa ekonomi dan politik gergasi seperti China pun terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir di antara kita dalam negara ini yang kononnya lebih bijak apabila menabur janji untuk mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta-merta". Apa yang lebih pelik, walaupun janji mereka ini langsung tidak berpijak di bumi nyata, berduyun-duyun orang mempercayai janji ini, termasuklah golongan terpelajar.


sumber: berita harian, utusan, OPEC, mstar, 

Tuesday, March 8, 2011

nenek paling muda dalam sejarah

Rifca dan cucunya Ion yang kini berusia 2 tahun.


Sebelum ini, DCM ada menyiarkan kisah nenek muda di Britain. Anda boleh membaca kisahnya di sini.

Semalam, saya baca satu lagi artikel yang memeranjatkan apabila seorang wanita yang berusia 25 tahun diiktiraf sebagai nenek paling muda di dunia seperti yang dilaporkan dalam  akhbar atas talianDM. Saya terjemahkannya semalam untuk dikirimkan hari ini. Rupa-rupanya akhbar Malaysia pun ada mengambil cerita yang sama. Tidak mengapalah.

Wanita yang dimaksudkan ialah Rifca Stanescu dari kelompok gipsi yang berasal dari Kampung Investi, Romania. Rifca kini berusia 25 tahun menurut laporan DM, bukannya 23 tahun seperti yang dilaporkan dalam HM. Mungkin ada kekeliruan kerana berdasarkan laporan DM, Rifca menjadi nenek pada usia 23 tahun apabila anaknya Maria melahirkan anak pada usia 11 tahun.

Rifca bersama suami dan cucunya.

Rifca sendiri melahirkan anak sulungnya Maria pada usia yang 13 tahun. Ketika berusia 11 tahun, Rifca berkahwin dengan suaminya, Ionel yang pada ketika itu berusia 13 tahun.Dia melangsungkan perkahwinan tanpa restu itu apabila bapanya mahu mengahwinkannya dengan pemuda yang tinggal di kampung lain. Biarpun begitu, perkahwinan mereka akhirnya direstui apabila Rifca melahirkan Maria. Rifca melahirkan anak kedua, Nicolae setahun kemudian.

Biarpun menegaskan bahawa perkahwinan pada usia terlalu muda adalah amalan biasa masyarakat di sana serta gagal memujuk anaknya agar tidak berkahwin pada usia muda, Rifca berkata remaja/kanak-kanak tidak sepatutnya mengikuti langkahnya memiliki anak pada usia terlalu muda.

Adakah rekod ini membanggakan? Sudah tentu tidak. Banyak alasan untuk berkata demikian. Fikirkan!


 P/s: Nenek paling muda di Britain yang namanya dirahsiakan berusia 26 tahun. Dia berasal dari Rotheram, Yorkshire. Berdasarkan laporan akhbar, dia dinobatkan sebagai nenek paling muda di sana apabila anak perempuannya berusia 12 tahun melahirkan anak pada tahun 1999. Di Malaysia?

Taubatlah Ummi Hafilda !

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,”tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

P/s: Sayang pak cik, mak cik kat Kerdau dan tempat yang dikunjungi Ummi ini tidak tahu akan hal ini.

Ayah Loh berkahwin dengan 29 wanita ....


Saya petik:
[SH] BESUT - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang.

Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan.

Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29.

Dia mula ‘rancak’ berkahwin ketika umur 40 hingga 50 tahun, dan ketika itu kebanyakan isterinya adalah anak dara sunti berusia 20-an.

Hasil perkahwinannya sebanyak 29 kali, Ayah Loh dikurniakan tujuh anak, dua daripadanya sudah meninggal dunia.

“Kalau ikutkan hati memang mahu kahwin lagi. Tetapi tidak terdaya kerana sudah tua sangat,” luah warga emas, Abdullah Awang Besar, 90, yang pernah berkahwin dengan 29 wanita.

Penghuni Pondok Agama (Pondok Paku) itu memberitahu, dia melangsungkan pernikahan dengan isteri pertama ketika berusia 14 tahun, selepas sebulan berkhatan.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh atau Pak Ngah Dollah mula memasuki pondok itu kira-kira lima tahun lalu, tidak lama selepas berpisah dengan isteri terakhirnya, dari Seberang Jertih.

“Dahulu mas kahwin murah biasanya sekitar RM52 sahaja untuk kahwin dengan anak dara. Biasanya bila bercerai baru saya berkahwin lain.

“Tetapi pernah juga saya ada tiga isteri sekali gus, memandangkan isteri tua tidak mahu berpisah. Namun, akhirnya semua bercerai,” katanya yang masih sihat tanpa menghidap sebarang penyakit, malah penglihatannya juga jelas dan tidak menghadapi masalah pendengaran.

Menurutnya, walaupun berkahwin ramai, tetapi dia hanya memperoleh tujuh cahaya mata. Dua daripadanya, hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, sudah meninggal dunia hasil. Isterinya pertamanya, Habsah Abdullah juga telah meninggal dunia.

Abdullah berkata, kebanyakannya dia berkahwin untuk tempoh sebulan hingga setahun, bergantung terhadap perangai isterinya, malah dia pernah berkahwin tiga kali dalam setahun.

“Sekarang empat anak saya menetap di Kuantan, Pahang dan yang sulung tinggal di Kampung Telaga Nibong, Besut,” katanya yang pernah bekerja sebagai pekerja biji timah dengan sebuah syarikat Inggeris di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pada 1 Januari 1951.

Menurutnya, dia rancak berkahwin silih berganti ketika usianya mencecah 40 hingga 50 tahun, dan sebahagian besar isterinya adalah anak dara berusia bawah 20 tahun.

“Dahulu Ayah Loh nakal sikit. Hendak buat macam mana, kadang kala orang gilakan Ayah Loh. Malah kalau ada yang berkenan, Ayah Loh akan pergi minta dengan keluarga perempuan itu dan pasti tidak ditolak,” ceritanya cuba menyembunyikan ilmu yang penuh di dadanya.

Malah katanya, ada dalam kalangan wanita yang pernah dikahwininya sanggup menawarkan diri tidur bersama madu dalam satu kelambu, tetapi ditolaknya kerana bertentangan dengan agama.

Sunday, March 6, 2011

slim sport car



Kereta yang diberi nama Tango nie hanyalah mempunyai lebar sebyk ~ 99m. He3, kurang drp 1 meter tue, kalo jalan 1 lorong kat Malaysia nie bleh lalu sebelah menyebelah. Walaupun kecik2 dan comel2 camtu, tapi korang jgn terkejut lak sb kelajuan maksimum dia adalh 240 km/j. Menggunakan kuasa bateri yg dapat dicaj sebanyak 80% hanya dalam masa 10 minit ja.

Spesifikasi:
# Lebar: 39 inci (~99 cm)
# Panjang: 101 inci (~257 cm)
# Berat: 3000+ lb (1360+ kg)
# 0–60 mph (0–96 km/h): 4 ssaat
# ¼ mile (0.4 km): 12 saat @ melebihi 120 mph (193 km/h)
# Kelajuan max: 150 mph (240 km/h)


















Ais Krim Berperisa Susu Manusia



Ais krim berperisa susu manusia mula dijual di sebuah restoran baru di London. 

Dengan harga £14 (RM70) yang dipanggil Baby Gaga, ia boleh didapati di restoran Icereamists di Covent Garden. 
Susu manusia dari penderma berkenaan diadun dengan perisa vanila Madagascar dan kulit lemon berkenaan kemudian dijadikan ais krim. 

Pengasasnya, Matt O’Connor berkata: “Baby Gaga ini amat berkrim. Tiada siapa yang melakukan sesuatu yang menarik dengan ais krim sejak 100 tahun lalu"

p/s : sape nk bukak cwngn kat msia...sunrise business nie...haha

Friday, March 4, 2011

Kasut pelik

A shoe is an item of footwear evolved at first to protect the human foot and later, additionally, as an item of decoration in itself. What fashion lover doesn’t love shoes? A photo collection of weirdly designed shoes. These shoes are strange, innovative and funny.

footwear designs 01 Strange Footwear designs
footwear designs 02 Strange Footwear designs
footwear designs 03 Strange Footwear designs
footwear designs 04 Strange Footwear designs
footwear designs 05 Strange Footwear designs
footwear designs 06 Strange Footwear designs
footwear designs 07 Strange Footwear designs
footwear designs 08 Strange Footwear designs
footwear designs 09 Strange Footwear designs
footwear designs 10 Strange Footwear designs
footwear designs 11 Strange Footwear designs
footwear designs 12 Strange Footwear designs
footwear designs 13 Strange Footwear designs
footwear designs 14 Strange Footwear designs
footwear designs 15 Strange Footwear designs
footwear designs 16 Strange Footwear designs
footwear designs 17 Strange Footwear designs
footwear designs 18 Strange Footwear designs
footwear designs 19 Strange Footwear designs
footwear designs 20 Strange Footwear designs
footwear designs 21 Strange Footwear designs
footwear designs 22 Strange Footwear designs
footwear designs 23 Strange Footwear designs
footwear designs 24 Strange Footwear designs
footwear designs 25 Strange Footwear designs
footwear designs 26 Strange Footwear designs
footwear designs 27 Strange Footwear designs
footwear designs 28 500x470 Strange Footwear designs
footwear designs 29 Strange Footwear designs
footwear designs 30 500x567 Strange Footwear designs
footwear designs 31 500x440 Strange Footwear designs
footwear designs 32 500x440 Strange Footwear designs
footwear designs 33 500x357 Strange Footwear designs
footwear designs 34 500x376 Strange Footwear designs
footwear designs 35 500x447 Strange Footwear designs
footwear designs 36 500x567 Strange Footwear designs
footwear designs 37 500x322 Strange Footwear designs
footwear designs 38 500x322 Strange Footwear designs
footwear designs 39 500x376 Strange Footwear designs
footwear designs 40 500x322 Strange Footwear designs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder