[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Wednesday, August 17, 2011

Video ini boleh Batalkan Puasa anda Dengan Sengaja


macam mane ?? awesomekan~ ade yang termuntah x ? oopps... sory...
hahahaha

Jom 'Honeymoon' di Hotel Angkasa Lepas



























Firma Rusia, Orbital Technologies telah mendedahkan rancangan untuk membina hotel angkasa lepas , yang dibuka kepada pelancong dunia menjelang 2016.


Hotel itu mempunyai empat kabin yang cukup untuk memuatkan tujuh tetamu dengan kemudahan melakukan aktiviti sosial seperti melihat keindahan sistem solar dengan teropong serta merakam pergerakan angkasa dengan kamera DSLR yang disediakan khas unutk pengunjung .Selain itu, hotel itu juga akan bertindak sebagai hab untuk penyelidikan saintifik dan ujikaji sains .


Pengalaman 'sekali seumur hidup itu' pastinya tidak semurah yang disangka . Ia akan menelan belanja kira-kira $ 410,000 (RM 1,220,979.97) hanya untuk sampai ke stesen angkasa komersial, dan kos tinggal selama lima hari dianggarkan sekitar $ 165.000 (RM 491,369.98).


"Kami menganggap Hotel Angkasa merupakan projek komersial yang amat menarik, dan kami sangat-sangat menggalakkan penyertaan pihak swasta. Ia akan menarik pelaburan swasta bagi industri angkasa Rusia," kata Vitaly Davydov, Timbalan Ketua Persekutuan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia.

Nenek 102 tahun masuk sekolah darjah satu



Ma Xiuxian,   menjadi orang yang tertua di dunia untuk masuk ke sekolah iaitu pada umur 102 tahun . Semangat beliau membuktikan umur bukanlah penghalang untuknya mencari ilmu dan mengejar cita-cita meskipun usianya mencecah lebih satu abad.




Ma mula bekerja di kilang kapas pada usia 13 tahun dan tidak pernah mendapat peluang untuk pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain-lain.


Katanya, peluang belajar di kelas darjah Satu di Sekolah Jalan Elementary Weshan di China adalah satu impian yang menjadi kenyataan.


Sekolah tersebut menawakan pengajaran asas dalam pendidikan seperti membaca, mengiran, dan sebagainya.
Ma memakai alat bantu pendengaran dan membawa kanta pembesar untuk membantu beliau semasa kelas ejaan.


Pada akhir hari pertama persekolahan, Ma mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan kelasnya, dan beliau berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada negara.


Nenek 101 tahun tumbuh tanduk di dahi








Zhang Ruifang hanya menyedari kewujudan tanduk di sebelah kiri dahinya membesar pada tahun 2009 dan kini sudah mencecah 6cm panjang. 


Bagaimanapun Zhang mengatakan dia menolak tawaran doktor untuk membuang tanduknya secara percuma, meskipun beliau sering menjadi perhatian orang disekelilinya termasuklah pelawat yang berkunjung ke rumahnya di Linlou, timur China.


'Pada mulanya, tanduk ini sering menganggu aktiviti harian saya terutama waktu tidur, tetapi sekarang ia membwa tuah kerana ramai orang  melawat saya dan membawa makanan serta hadiah pada setiap masa . Malah, ada juga yang meminta untuk mengambil gambar saya .

 'tanduk kulit' milik Zhang  dipercayai terhasil daripada keratin, bahan sama yang membentuk kuku. Walaupun kebanyakan tanduk kulit yang wujud hanya satu milimeter panjang, tetapi tidak mustahil ada yang boleh memanjang  sehingga beberapa inci .

Tanduk 'Hellboy' tumbuh di kepala




Huang Yuanfan, 84, berkata dua tahun lalu benjolan kecil telah tumbuh di kepalanya, namun tanpa beliau sedari, benjolan itu telah berkembang hingga menyerupai tanduk.

 'Saya cuba mematahkannya dan mencabutnya tetapi tidak berjaya.  Bahkan Tanduk itu terus membesar di kepala saya. '

Yuanfan berkata panjang tanduk di kepalanya kini telah mencecah tiga inci dan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti.

Beliau menambah: 'Doktor berkata, mereka tidak tahu apa puncanya tetapi jika mereka cuba memotong  ia akan tumbuh semula. Saya cuba menyembunyikan disebalik topi tetapi ia hanya melihatkan keganjilan di kepala saya'




Itik Berkaki empat















Seekor itik yang diberi nama "Stumpy" menarik perhatian dunia apabila dilahirkan dengan 4 kaki di Warrawee Duck Farm, New Forest, Hampshire, pada 7 februari 2011. Lebih menarik lagi itik ini dilahirkan dengan satu sayap sahaja.


Bagaimanapun, satu daripada kaki itik itu terlerai dari badannya selepas mengalami kemalangan ketika cuba melepaskan diri akibat tersangkut di pagar. Ini menjadikan Stumpy hanya memiliki tiga kaki saja.


Di sebalik kemalangan itu, ianya merupakan satu kebaikan bagi itik tersebut. Stumpy boleh merayau dan berjalan secara bebas dengan itik yang lain tanpa berhadapan dengan risiko tersangkut sehingga membahayakan nyawanya sendiri.


Pemilik ternakan, Nicky Janaway, berkata "dia sekarang hanya mempunyai tiga kaki dan satu sayap. Ketika kaki dia tersangkut di pagar, dia berjaya melepaskan diri tetapi tidak merasa apa-apa kesakitan walaupun kakinya terlerai. Kami telah mengubati luka pada bahagian kakinya dan membalut luka tersebut. Kebaikan daripada kemalangan itu ialah dia boleh merayau di sekitar ladang bersama dengan teman wanitanya, Alice sambil membuli itik-itik yang lain".


Isteri Nicky Janaway iaitu Mrs Janaway pula berkata, dia sangat terkejut apabila melihat Stumpy mempunyai empat kaki ketika sedang memeriksa jantinanya. Kes kelahiran sebegini pernah berlaku pada tahun 2002 di Queensland, Australia, tetapi itik yang diberi nama Jake telah meninggal dalam waktu yang singkat.







Lelaki Kahwin adik beradik kembar elak keliru













Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.


Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.


Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.


Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.


Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.


Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.


Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.


Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder