[ WAJIB BACA ]Malek Noor terima Hidayah di usia 46 tahun

~kisah benar Ahli bina badan negara, dahulu beliau pernah meneguk arak dan makan daging khinzir semasa zaman jahil nyer~

Gaji dan elaun menteri- menteri di malaysia title

Rahsia kerajaan terbongkar. Mari kita lihat gaji-gaji golongan elit negara ini dan bandingkan dengan gaji anda.

STARBUCKS HALAL LAH !

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork).~ betul ke ?

PAK SAMAD DIUGUT TARIK GELARAN SASTERAWAN NEGARA

Begitu mudah negara melupakan jasa insan terbilang seperti Pak Samad ini hanya kerana pandangan dan fahamannya yang tidak selari dengan kerajaan...inikah kerjaan demokrasi seperti yang kita mahu ??? renung2 kan..

(ESKLUSIF) 10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI MENGENAI KEPUTUSAN PUTUS TUNANG DENGAN ELIA!

Alasan Khairul Fahmi mengenai keputusan putus tunangnya dengan Elia

Showing posts with label manchester united. Show all posts
Showing posts with label manchester united. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Sneijder sedia rendahkan gaji







LONDON - Bintang Inter Milan, Wesley Sneijder sanggup menurunkan permintaan gaji bagi memastikan penghijrahan ke Manchester United menjadi kenyataan.


Pemain tengah berusia 27 tahun itu gusar kerana terlepas peluang menyertai United selepas juara Liga Perdana Inggeris itu enggan melayan permintaan gaji lumayan 200,000 pound (RM980,000) seminggu.


Namun, Sneijder kini difahamkan pula bersedia mengurangkan permintaan tersebut sebanyak 60,000 pound seminggu.


Sekiranya berjaya menjadi pemain United kelak, dia tetap merupakan bintang kedua bergaji termahal di Old Trafford selepas Wayne Rooney yang meraih 250,000 pound seminggu.


United menawarkan kontrak kepada Sneijder bulan lalu selepas Inter bersetuju menjual tonggaknya itu pada harga 35 juta pound.


Bagaimanapun, rundingan antara pemain antarabangsa Belanda itu dengan United gagal mencapai kata putus berhubung permintaan gaji.


Sneijder menyangka United akan akur dan kembali kepadanya dengan tawaran baru tetapi ia tidak berlaku. - Agensi

Sunday, August 14, 2011

Man Utd mula epl dengan langkah kanan








Manchester United memulakan saingan EPL musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran West Bromwich albion pada aksi pembukaan EPL semalam. United yang turun dengan kesebelasan pemain muda dan kelibat  bintang baru seperti David de Gea dan Ashley Young  berjaya mengekang asakan West Brom pada awal perlawanan sebelum berjaya mendominasi 90 minit masa permaianan. United terlebih dahulu di depan menerusi Wayne Rooney, susulan hantaran kemas ashley Young.

Seminit sebeleum masa pertama berakhir, rembatan rendah Shane Long gagal ditangkap kemas De Gea untuk gol penyamaan  West Brom . Perlawanan kembali rancak pada separuh masa kedua dengan asakan United untuk memburu gol. Namun selang 10 minit permainan, Ferguson memasukkan Phil Jones dan Johny Evans untuk menggatikan bek utma mereka, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand kerana kecederaan.

United yang turun tanpa Javier Hernandez akibat kecederaan gegaran otak, akhirnya memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan sendiri Stephen Reid ekoran sepakan Ashley Young 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Tuesday, August 9, 2011

Gabriel Obertan Berpindah ke Newcastle







Pemain sayap Perancis, Gabriel Obertan menyertai Newcastle dari Manchester United pada hari Selasa lalu.

Obertan, 22, akan sedia untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Arsenal Sabtu ini selepas menandatangani kontrak lima tahun.

"Saya menghabiskan tempoh dua tahun yang baik di Manchester, tapi agak sukar dengan persaingan dan saya amat perlukan kelab yang mana saya boleh bermain lebih lagi," kata Obertan. "Saya tahu tak mudah bermain setiap perlawanan kerana ada kumpulan yang baik di sini, tapi saya mahu mulakan hidup baru dalam bola sepak saya."

Bekas pemain Bordeaux itu terhad kepada hanya 15 penampilan bersama United musim lalu.

"Dia ada kelajuan dan teknik yang sangat baik serta telah kian hebat dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan kini sedia membuat impak sebenar dalam Liga Perdana," kata pengurus Newcastle, Alan Pardew.

"Saya menghubungi Sir Alex mengenainya pada awal musim panas untuk melihat jika ada peluang untuk membawanya ke Newcastle, tapi itu mustahil sehingga Wayne Routledge menyertai Swansea, baru kami mampu untuk membawanya."

Monday, August 8, 2011

Ashley Young janji musim terbaik





LONDON – Pemain sayap England, Ashley Young yakin perpindahannya ke Manchester United bakal menjadi pemangkin kepada musim terbaik bagi kerjaya bola sepaknya musim ini.
Young membuat penampilan pertamanya bersama The Red Devils selepas hanya dua bulan berpindah dari Aston Villa pada nilai £16 juta (RM79.4 juta), apabila skuad Sir Alex Ferguson bangkit menundukkan Manchester City 3-2 pada perlawanan Piala Perisai Komuniti Ahad lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu mensasarkan permulaan kempen bersama MU yang lebih cemerlang dan berharap menamatkan karier bersama kelab itu dengan memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah dan membantu England menjulang Piala Eropah 2012.
“Ia mungkin menjadi musim yang paling bermakna dalam hidup saya. Diharapkan semua akan menjadi yang terbaik buat saya. Saya perlu membuktikan ketika latihan dan mengharapkan semuanya dibayar dengan ganjaran diharapkan,” katanya. – AFP

Sunday, May 8, 2011

Highlight Man utd vs Chelsea special editon


 Hoyeah !!!!!
Man utd semakin hampir utk mnjadi juara lagi...
kemenangan yg ke 19 dlm liga
sekaligus mencatat rekod baru

thnx to Chicharito n Vidic !!


line up sblum msuk padang


salam sang juara !!




gol chicharito !! a clever through pass from park ji sung



GOoooOOoooOLLLLL !! seawal 37 saat





Gol Vidic assisted by Ryan Giggs


Hero United
Petr Cech gagal mnghalang tandukan VIDIC

Oh YEAH !!!







Gol saguhati lampard































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Finder